View: 4202|Reply: 14
|
"Hal Dengan Ayu Membuatkan Saya Jadi Emosi Serta Bertengkar Dengan Suami,"-Nourul Depp
[Copy link]
|
|
Kontroversi perang dingin dengan Ayu Nazirah, Nourul Depp menganggap situasi tersebut sebagai dugaan seorang ibu.
Katanya, resam anak muda mahu mengikut fikiran sendiri dalam melakukan semua perkara, namun sebagai insan yang melahirkan dia perlu menitipkan nasihat.
Enggan anaknya tersalah langkah, panduan serta doa dititipkan berikutan mereka tinggal berjauhan Indonesia-Kuala Lumpur.
Foto: IG
“Sebagai ibu bapa memang setiap saat kita risaukan anak kita, lebih-lebih lagi anak sulung yang kita tatang bagai minyak yang penuh.
“Tapi bak kata pepatah Perancis, anak kecil dugaan kecil, anak besar dugaan juga besar, yang perlu kita hadapi walau dalam apa jua keadaan,” katanya di Instagram.
Nourul mengakui bahawa hubungan dengan Ayu mula berantakan sejak Disember tahun lalu.
Begitupun, situasi masih terkawal hingga sekitar Mac lalu apabila keadaan turut menjejaskan rumah tangga dengan suaminya, Eric Depp.
“Saya tahu kena buat sesuatu selepas hal dengan Ayu membuatkan saya jadi emosi serta bertengkar dengan suami sedangkan sepanjang tempoh berkahwin kami jarang bergaduh.
“Bagi yang ikuti laman sosial saya tentu perasan sebab adakalanya saya luah dalam Instagram tetapi bukanlah nak memburukkan sesiapa atau sebut pihak ketiga.
“Memang kami tak berjumpa sejak 10 bulan lalu, namun kini saya sudah bertenang cuma ketika ‘post’ berkenaan ulang tahunnya tempoh hari saya agak sayu.
“Sebagai emak tentu kita ingin anak yang kita lahirkan sentiasa sejahtera. Saya akui ada silap saya, jadi Ayu pun buat silap juga,” luahnya.
Begitupun, ibu kepada empat cahaya mata itu enggan mendedahkan butiran lanjut punca permasalahan antara mereka, sebaliknya meminta orang ramai jangan lagi menyebarkan spekulasi.
Malah, Nourul atau nama lengkapnya Noorulhuda Abdul Wahab, 46, menegur pihak yang sengaja menjadikan kisah mereka sebagai bahan sensasi.
“Saya tahu daripada seorang rakan yang mengajukan cerita kami di laman sosial sejak awal tahun lagi. Macam-macam kisah tambahan timbul.
“Daripada fitnah, lebih baik buat perkara lain. Lebih baik doakan semuanya baik-baik saja."
Pada masa sama, Nourul bersyukur apabila Ayu turut mendapat kasih sayang melimpah daripada kedua-dua belah keluarga sama ada dirinya dan keluarga bekas suami, Ajai.
Cuma akuinya, cara didikan mungkin sedikit berbeza kerana dia seorang ibu yang sangat tegas, terutama dari segi pergaulan dan bersosial.
“Orang kata anak yang ada dua emak dan dua ayah bertuah. Memang Ayu bertuah kerana ayahnya cukup memanjakannya, manakala ibu tirinya juga menjaga Ayu dengan baik sejak dahulu lagi.
“Eric juga sangat sayangkan Ayu, dan mendidiknya untuk jadi insan kental, begitu juga saya,” ujarnya yang turut menegaskan menyayangi anak gadisnya dengan sepenuh jiwa raga.
Terdahulu, perkongsian Nourul tentang pengalaman dirinya melahirkan Ayu mengundang pelbagai reaksi berikutan kenyataan dirinya ‘mati’ semasa membesarkan gadis itu.
Ayu merupakan zuriatnya bersama Ajai, namun mereka berpisah pada 2007 dan lima tahun kemudian penyanyi itu bertemu jodoh pula dengan warga Perancis, Eric Daniel Depp.
Menerusi perkahwinan kedua, kehidupan Nourul diserikan tiga cahaya mata, Zachary Depp, 10, Raphael Depp, 8, dan Isabella Depp, empat tahun.-CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila socmed dijadikan your personal journal, semua benda pon nk kena tulis..
Pastu netz pulak sibuk nak jadik pakar suka2 hati nak summarise kan relationship mak anak ni mcmtu mcmni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dolmat at 19-9-2023 01:31 PM
Aku tengok laki bini minum makan HL Makin kepammmmmsss bukan makin lawo, hensem energetic macam si Nicole Pussycat Doll dan Jean Claude Van Damme NI laki bini bertin tin berbotol bertong2 togok MAKAN HL MAKIN MEROYAN, MAKIN BERCERETAI, MAKIN KEPAMS!
|
|
|
|
|
|
|
|
Gaduh ngan somi pon salahkan anak.. ngeng sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Tak habis2 nk burukkan anak.
Kalau da benci sangat anak tu.
Doakan jela anak tu mati cepat. Hati ko pun tak sakit. Dah jijik sangat dengan anak sendiri kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
dia yg meluah perasaan kat social media pastu marah netizen speculate mcm2. kalau taknak netizen speku, x perlu tulis benda2 personal yg bole menimbulkan spekulasi. tp anak2 ajai pandai2 ye, adik tiri nurul(anak ajai dgn wife baru) ada disekolah anak iols sbp terpaling premier tu |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dh ada ke thread niiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Ko yg buat hal ko yg terhegeh hegeh nak nasihatkan netizen
Bali banyak pollution ke mungkin otak sedikit foggy? |
|
|
|
|
|
|
|
Ayu tinggal kat mana skrg?
|
|
|
|
|
|
|
|
Budak tu dah besar dah dewasa, biarla dia buat keputusan sendiri.. dia bukan tak boleh berfikir mana yang baik mana buruk..
Ayu budak bijak.. salah ke berkawan dan berkasih..
|
|
|
|
|
|
|
|
dia simpan lg gambar lelama dulu
kenangan sungguh la tu....
ke cubaan nak upkan diri sndrik |
|
|
|
|
|
|
|
anak sorang tu dah besar pjg.. baikla fokus anak2 kecik yg ada...bykkan berdoa supaya tuhan lembutkan hati...jgn emosi sgt lak kak oi |
|
|
|
|
|
|
|
Ada masalah ke takde masalah ni makcik? Hang ni dok putaq kata tu kata ni, mana satu betul |
|
|
|
|
|
|
|
Masa anak baik dgn dia..x nmpk lepak dgn bapaknya..bila dh x baik..br kuar gmbr dgn bapak nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|