CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26481|Reply: 3

[Tempatan] Civil War: Rendang adalah hadiah untuk dunia, tetapi ia tidak dapat dinafikan milik Indonesia...Indonesia Cadang Daftar "Rendang" Sebagai Warisan Budaya UNESCO

[Copy link]
Post time 24-11-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Kementerian Kebudayaan Indonesia percaya bahawa hidangan istimewa dari Sumatera Barat, 'rendang', layak menerima pengiktirafan sebagai warisan budaya UNESCO.



Susulan itu, Kementerian Kebudayaan Indonesia kini dalam proses untuk mendaftarkannya sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO menjelang tahun 2025.

Ketua Pusat Pemeliharaan Budaya Wilayah III, Undri berkata, rendang bukan sekadar masakan, tetapi simbol budaya yang telah mendapat perhatian global.

Menurut beliau, sebagai hidangan berasaskan daging, rendang berpotensi menjadi alat diplomasi budaya yang memperkenalkan Sumatera Barat ke pentas antarabangsa.

Tambahan pula, diaspora masyarakat Minangkabau di pelbagai negara turut memperkukuh pengiktirafan global terhadap rendang.

"Apabila orang memikirkan Minangkabau, mereka sering mengaitkannya dengan warisan kulinari, terutamanya rendang.

"Rendang adalah masakan Indonesia dari Sumatera Barat yang telah mencapai pengiktirafan dunia melangkaui kawasan Minang," katanya.

Tambah beliau, rendang bukan sahaja terkenal sebagai hidangan paling lazat dunia menurut CNN pada tahun 2011.

Malah, ia turut memainkan peranan penting dalam merangsang pertumbuhan ekonomi, terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), seperti dilapor Tempo.co.

Ketika ini, kerajaan wilayah Sumatera Barat sedang menyediakan dokumen lengkap termasuk sejarah dan konteks rendang untuk dihantar kepada Kementerian Kebudayaan sebagai sebahagian daripada pencalonan kepada UNESCO.

Dokumen ini akan disemak oleh Kementerian Koordinasi Pembangunan Manusia dan Kebudayaan sebelum diserahkan kepada UNESCO.

Untuk info, pada 2023, kerajaan Sumatera Barat telah memulakan langkah dengan menghantar dokumen awal kepada Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan.

Walau bagaimanapun, kementerian meminta maklumat tambahan untuk melengkapkan cadangan tersebut.

BACA: Tular Usahawan Sembunyi 5 Peti 'Harta Karun' Bernilai Lebih RM8 Juta
Menurut SEA Rising, secara tradisional, rendang adalah simbol falsafah Minangkabau yang mencerminkan kesabaran, kebijaksanaan dan perpaduan.

Tiga bahan utamanya, iaitu daging lembu (melambangkan kepimpinan), kelapa (mewakili kebijaksanaan) dan rempah (melambangkan perpaduan) mencerminkan nilai budaya komuniti ini.

Dengan mendaftarkan rendang ke UNESCO, Indonesia bukan sahaja mengharapkan pengiktirafan antarabangsa, tetapi juga perlindungan daripada tindakan 'peminjaman budaya'.

"Langkah ini bertujuan memperkukuh kedudukan rendang sebagai produk asli warisan kaya masakan Indonesia, selain melindunginya daripada cubaan 'pengambilan budaya' oleh negara jiran," tulis SEA Rising menerusi Facebook.

Tambahnya lagi, Kementerian Kebudayaan Indonesia menegaskan bahawa rendang adalah warisan yang tidak ternilai, setanding dengan batik, angklung dan wayang kulit, yang kesemuanya pernah 'dipeluk' oleh negara jiran, termasuk Malaysia.

"Rendang adalah hadiah untuk dunia, tetapi ia tidak dapat dinafikan milik Indonesia.

"Mari pastikan generasi akan datang mengenali asal usulnya yang sebenar tanpa terkeliru oleh 'penjajahan kulinari'," kata jurucakap kementerian itu, seperti dilapor SEA Rising.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2024 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Civil…

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 12:10 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 12:26 AM | Show all posts
Batu api nye...
..pasal makanan hasut org cari gaduh. Mental disorder ke anat??




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.055384 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list