CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Model Pakai Mini Skirt Tertera Dua Kalimah Syahadah

18-9-2023 12:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5980| Komen: 6

London: Jenama pakaian Mowalola berjanji akan menarik balik skirt pendek yang mempamerkan bendera Arab Saudi daripada koleksinya selepas menerima kecaman netizen, lapor portal berita  Middle East Eye.


Skirt pendek itu dipakai oleh seorang model wanita pada Pertunjukan Fesyen Musim Panas (SS24) di London kelmarin.


Orang ramai di media sosial mengecam reka bentuk skirt itu kerana tertera dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan sekali gus tidak menghormati agama Islam.

Terdapat sebilangan model lain yang memakai skirt pendek menampilkan bendera-bendera negara lain pada pertunjukan fesyen berkenaan, namun ramai menyatakan bahawa bendera Arab Saudi tidak sepatutnya digunakan kerana mengandungi ayat suci.

Ogunlesi meminta maaf kerana seorang model memperagakan skirt pendek bendera Arab Saudi ciptaannya di London kelmarin. - The Guardian Nigeria


“Isu tentang skirt mini ini bukan untuk mempertahankan negara Arab Saudi tetapi ayat ini suci kepada berbilion-bilion umat Islam. Susah sangatkah untuk memahaminya?” kata seorang netizen di media sosial.

Pereka fesyen itu, Mowalola Ogunlesi kemudian meminta maaf berikutan pertunjukan skirt mini tersebut yang dapat dilihat dalam  aplikasi X dan berjanji menarik semula daripada koleksinya. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 18-9-2023 01:41 PM
jahanam betul ngam2 dekat ppk.
Quote Decaffeinated 18-9-2023 02:51 PM
Kesilapan yang disengajakan. I'm sure.

Quote shernazz 18-9-2023 03:18 PM
Padahal tau kan bendera ereb tu.guna kalimah...
Quote seri_mawr 18-9-2023 03:23 PM
ke dia fikir kat depan takpe jgn kat bontot tulisan tu.....

tapi derang ni bukan nya jugak...mmg sengaja x pun...
Quote CatMiow 18-9-2023 07:13 PM
Dorang tak tahu, ingat setakat bendera tulis arab saudi.

Biasa la, dorang bendera pun boleh jadi spenda, kalau kita, dah rasa satu bendera penghinaan buat spenda.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.079380 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top