View: 5736|Reply: 5
|
Model Pakai Mini Skirt Tertera Dua Kalimah Syahadah
[Copy link]
|
|
London: Jenama pakaian Mowalola berjanji akan menarik balik skirt pendek yang mempamerkan bendera Arab Saudi daripada koleksinya selepas menerima kecaman netizen, lapor portal berita Middle East Eye.
Skirt pendek itu dipakai oleh seorang model wanita pada Pertunjukan Fesyen Musim Panas (SS24) di London kelmarin.
Orang ramai di media sosial mengecam reka bentuk skirt itu kerana tertera dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan sekali gus tidak menghormati agama Islam.
Terdapat sebilangan model lain yang memakai skirt pendek menampilkan bendera-bendera negara lain pada pertunjukan fesyen berkenaan, namun ramai menyatakan bahawa bendera Arab Saudi tidak sepatutnya digunakan kerana mengandungi ayat suci.
Ogunlesi meminta maaf kerana seorang model memperagakan skirt pendek bendera Arab Saudi ciptaannya di London kelmarin. - The Guardian Nigeria
“Isu tentang skirt mini ini bukan untuk mempertahankan negara Arab Saudi tetapi ayat ini suci kepada berbilion-bilion umat Islam. Susah sangatkah untuk memahaminya?” kata seorang netizen di media sosial.
Pereka fesyen itu, Mowalola Ogunlesi kemudian meminta maaf berikutan pertunjukan skirt mini tersebut yang dapat dilihat dalam aplikasi X dan berjanji menarik semula daripada koleksinya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
jahanam betul ngam2 dekat ppk. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesilapan yang disengajakan. I'm sure.
|
|
|
|
|
|
|
|
Padahal tau kan bendera ereb tu.guna kalimah...
|
|
|
|
|
|
|
|
ke dia fikir kat depan takpe jgn kat bontot tulisan tu.....
tapi derang ni bukan nya jugak...mmg sengaja x pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang tak tahu, ingat setakat bendera tulis arab saudi.
Biasa la, dorang bendera pun boleh jadi spenda, kalau kita, dah rasa satu bendera penghinaan buat spenda. |
|
|
|
|
|
|
| |
|