CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Hairan, Dulu Ramai Tak Suka Gst – Ahmad Maslan

18-9-2023 12:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5513| Komen: 30

Description: Petaling Jaya: ‘Hairan. Dulu ramai tak suka Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Kini ramai yang suka pula,’Itulah ulasan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berkata, kini yang m ...
Petaling Jaya: ‘Hairan. Dulu ramai tak suka Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Kini ramai yang suka pula,’

Itulah ulasan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berkata, kini yang menyukai GST termasuk Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), peniaga dan penganalisis ekonomi.



Katanya, dulu beliau berhadapan dengan tentangan yang sangat hebat terhadap pelaksanaan GST, namun kini ramai yang membantu memberi penjelasan mengenai GST.

“Sekitar 173 negara atau 90 peratus sedang laksana GST atau Cukai Nilai Tambah (VAT). Penjelasan wajar terus diberikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan ketika GST dilaksanakan di negara ini berkata, cukai tersebut tidak akan dilaksanakan semula tahun ini.

Menurut beliau, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa subsidi bersasar perlu dilaksana terlebih dulu sebelum memikirkan tentang kembalikan GST.


“Adakah GST akan dilaksana? Tahun ini tentu tidak. Tiada keputusan untuk akan datang. Namun, kajian dan penjelasan untuk kefahaman rakyat diteruskan,” katanya.

GST pernah diperkenalkan di Malaysia bermula 1 April 2015, bagaimanapun ia ditukar kembali kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) susulan pertukaran kerajaan pada 2018. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arnauld 18-9-2023 12:53 PM
Hehehe mmg hairannnnnn
Quote arnauld 18-9-2023 12:54 PM
Biler la dap nak lafazkan suka gst....
Quote kemaruk 18-9-2023 01:07 PM
Kerana raykat lebih suka mengkritik dari memahami

Mereka lebih suka baca bahan hasutan dari membaca fakta tentang GST
Quote brego 18-9-2023 01:11 PM
mengata geng2 sekutu ler tu

skang dah kahwen dan cemolot bersama
Quote kakikuDibibirmu 18-9-2023 01:12 PM
Nasi goreng Ridsect tersenyum sinis
Quote degurlz 18-9-2023 01:15 PM
Skrg pun sy tetap x suka gst
-luahan hati peniaga-
Quote ultra78 18-9-2023 01:18 PM
kakikuDibibirmu replied at 18-9-2023 01:12 PM
Nasi goreng Ridsect tersenyum sinis { ...

ABCGST..
Quote vespa_oren 18-9-2023 01:21 PM
dulu zaman najib penuh ketirisan sekarang zaman abg Non nampak juga ketelusan
Quote nikaido 18-9-2023 01:24 PM
arnauld replied at 18-9-2023 12:54 PM
Biler la dap nak lafazkan suka gst....

Guan eng masa jd menteri kewangan setuju dgn gst. Madey pun setuju. Tp diorang kata most rakyat xsetuju so kerajaan 2018 mansuhkan s
Quote rashiman 18-9-2023 02:20 PM
nikaido replied at 18-9-2023 01:24 PM
Guan eng masa jd menteri kewangan setuju dgn gst. Madey pun setuju. Tp diorang kata most rakyat xs ...

rakyat xsetuju GST kerana menyebabkan barang naik....rakyat lebih selesa dengan SST yg boleh mengurangkan beban rakyat...harga barang pun ok,
rakyat puashati sekarang...
Quote nolya 18-9-2023 03:36 PM
Mengisi air di  dlm baldi, baldi digalas atas bahu
Suka-benci tak pernah abadi, Dulu marah sekarang mau
Quote prettyuglybabe 18-9-2023 04:02 PM
seingat i, orang marah sebab info yang dibagi tu salah..
konon bila dah ada gst, company tak boleh imposed service tax lagi..
tapi masalahnya banyak company masih kenakan gst 6% + service tax 10%..
so tak ada beza la gst dengan sst sebelum tu..
Quote venom1 18-9-2023 04:15 PM
Tak payah la GST. Kastam pun dah nak berkubur lepas ni lepas masuk SBA
Quote daisy71 18-9-2023 04:27 PM
Masuk jarum slow2 la tu. Memang nk buat gst semula pun. Nk buat gst baru ahmad maslan sibuk masuk office.
Quote Skuau 18-9-2023 04:35 PM
BAHANA...makan nasi goreng ridsect....terus 'mereng' baitu....
Quote kemaruk 18-9-2023 04:39 PM
"Duit GST DIROMPAK WOOOIIII!!!!"

Ujung2 bila disiasat rupanya duit tak dirompak pon.. sia2 jer duit petronas kena jarah
Quote MissYouSayang 18-9-2023 04:55 PM
Screenshot_2023-09-17-21-19-45-81.jpg

Kutuk pmx ke
Quote hyie 18-9-2023 05:10 PM
sebab pembeli yang kena tanggung GST kan, tu yang bantah. Patutnya pemngeluar la yang tanggung. Apa2 pon, memang pembeli la yang kena tanggung, tak kisahla gst ke apa.
Quote hyie 18-9-2023 05:10 PM
meols dah lama tak nampak menu rahmah yach. Wujud lagi ke? sekadar hype masa bangnon umukan tuhari je pon kan. Kowser sangat.

Lihat semua komen(30)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-9-2023 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.273886 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top