|
Biarpun tidak terlepas menjadi mangsa kecaman, pempengaruh media sosial yang kini bergelar pelakon, Norreen Iman, 29, enggan ambil peduli, sebaliknya mahu fokus menghasilkan kandungan jenaka seperti dilakukan.
Norreen atau nama sebenarnya, Norreen Iman Abdullah berkata, dia lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa berpura-pura. Bagaimanapun, pelakon drama Cina Buta itu tetap bersyukur masih ada peminat sentiasa menyokong dan memberi semangat kepadanya. "Sejak mula buat kandungan dalam media sosial, saya cuba untuk berlaku sopan. Tetapi, rasa seperti saya sedang 'sesak nafas'. "Nak berpura-pura sangat susah. Jadi, saya buat sahaja seperti biasa dan jadi diri sendiri. "Cuma saya faham, saya bermula selepas berkahwin dan sudah ada anak. Disebabkan itu, orang luar pandang saya sebagai ibu dan isteri, tetapi saya tetap lantang dalam media sosial.
"Saya faham ada yang boleh terima dan sebaliknya. Tetapi, jika saya asyik memikirkan netizen, saya sendiri akan rasa lemah. "Pada masa sama, saya tetap percaya dalam yang tak suka, pasti ada yang gembira dengan kandungan saya dalam media sosial," katanya kepada BH Online.
|

Sunkiss8999 replied at 16-9-2023 08:46 PM
Muka da la macam najwa latip..tapi versi tembam n x sopan..kikiki
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.160774 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.