CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura Kecil Hati, Jauhkan Diri Daripada Kawan-Kawan Atau Keluarga Yang Beri Tekanan Dan Kekecewaan

15-9-2023 03:34 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 40704| Komen: 560|Original author: Saiful

Fazura enggan membuka mulut atai mengulas lebih lanjut mengenai hantaran kekecewaan yang diluahkan di TikTok.

Katanya ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum, namun mengaku ada beberapa perkara yang membuatkan dia kecewa.


Foto: IG

"Maaf saya tak boleh komen. Ia terlalu peribadi. Kita buat semuanya kerana Allah. Mungkin sesetengah manusia itu berat untuk berterima kasih dan ada isu-isu yang membuatkan saya berkecil hati sedikit.

"Saya sekarang nak hidup tenang jadi apa-apa perkara yang buat saya terganggu, saya mahu elakkan. Jadi lebih baik saya berdiam diri," katanya kepada Harian Metro.



Tambahnya di usia 40 tahun ini dia mahu hidup dengan tenang tanpa ada perasaan tertekan.


"Saya nak hidup tenang dan tak mahu tertekan. Keutamaan saya sekarang ini adalah melindungi ketenangan saya.


"Apa yang buat saya tertekan saya perlu jauhkan diri, seperti kawan-kawan atau keluarga jauh yang memberikan kekecewaan. Saya sudah buat bahagian saya. Itu sudah mencukupi."

Terdahulu, Fazura memuat naik hantaran di TikTok seolah-olah meluahkan rasa kecewa terhadap seseorang.


"Menjauhkan diri bukan kerana membenci tapi sudah cukup kecewa di hati. Semoga kita sentiasa bijak menghargai seperti mana kita mahu dihargai," katanya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mamaperdana 15-9-2023 03:39 PM
Dalam chanel fazura, elok je dia dgn rizman.
Quote zuriey 15-9-2023 03:48 PM
Mengada la ko .terlalu peribadi diam2, sudah la
Quote aemon 15-9-2023 04:12 PM
siapa twinnies untuk saya jatuhkan...gitu kaka faz hembus kuku dan flip tudung.
Quote she 15-9-2023 04:36 PM
Dia tuju kat PZ kot
Bukan kat twin
Dengan Twin elok aje bergambau

Faz ni jenis dia kalau dia dah buang
Bayang orang tu pun takkan ada 1 frame
Tengok dalam channel YT Faz Lane
Ada muka Awal dan Scha
Gambau dengan Twin pun ada

PZ? Sila mereput
Quote melinda_kerr 15-9-2023 04:39 PM
she replied at 15-9-2023 04:36 PM
Dia tuju kat PZ kot
Bukan kat twin
Dengan Twin elok aje bergambau

apa nama nyah sorang yg baik dgn Faz dulu? nmpk selalu komen2 kt Ig datin rempit
Quote Rogue98 15-9-2023 04:41 PM
Sian Faz...dia mcm cepat sangat percaya kat orang...pz dari Amsterdam lagi dah rasa dia tu fake ok. Skrg orang keliling dia ni pun aku dapat rasakan something negative.
Quote Realpeople17 15-9-2023 04:45 PM
Jauhkan je diri. Kita ni kalo da bagi bunga kat org tp org tetap balas ngan taik mmg seeloknya dinyahkan je org2 tu. Bleh tak nk speku yg makin rmai amik ksempatan kat faz? Tgk la dlm glam bru ni laki dia kata faz sntiasa usaha bg org sekeliling bahagia. Tp tula org da buat baik tp diambik kesempatan tak best gak. Maybe jenis faz dia suka buat happykan org tp once ko tikam blakang, amik ksempatan mmg babai la jwbnye.
Quote katakauu 15-9-2023 04:46 PM
melinda_kerr replied at 15-9-2023 04:39 PM
apa nama nyah sorang yg baik dgn Faz dulu? nmpk selalu komen2 kt Ig datin rempit

dasha ke

tp aku suka dasha hehe
Quote tulip-rain 15-9-2023 04:54 PM
Kalau dah benda tu peribadi tak boleh nak komen, dan kau pun nak ketenangan hidup, tak payah lah letak kat tiktok IG ape semua tu. Nanti orang tertanya2, pikir bukan2 pulak.
Terlalu peribadi pastu letak luahan kat socmed.
Gedikk lah.
Quote cintasuraya 15-9-2023 04:54 PM
zuriey replied at 15-9-2023 03:48 PM
Mengada la ko .terlalu peribadi diam2, sudah la

Dia up qoute je pn mcm bnda biasa dia buat

Bkn dua post mengundang dn sebut nama

Chill lah
Quote cintasuraya 15-9-2023 04:56 PM
tulip-rain replied at 15-9-2023 04:54 PM
Kalau dah benda tu peribadi tak boleh nak komen, dan kau pun nak ketenangan hidup, tak payah lah let ...

Apa lh ko ni tulip

Tu skdar quote je pun

Siapa yg terasa.terasa lah

Selalu je dia buat mcm tu

Idolat ko up quote mengundang

Tak ada pun ko gedik nak komen

Quote Realpeople17 15-9-2023 05:14 PM
tulip-rain replied at 15-9-2023 04:54 PM
Kalau dah benda tu peribadi tak boleh nak komen, dan kau pun nak ketenangan hidup, tak payah lah let ...

Bgus la dià letak camtu kat tiktok dia. Biar yg mkn cili terasa pedas. Kang kalo dia ckp direct kat org brkenaan meloncat plak org2 tu. Sbagai soft warning jugak pada org lain yg ada niat tak baik kat dia. Bila dia da buat baik jgn nk balas ngan taik plak. Bukan dia buat isu apa2 pun nk tarik prhatian mcm hajjah sekor tu.
Quote she 15-9-2023 05:31 PM
melinda_kerr replied at 15-9-2023 04:39 PM
apa nama nyah sorang yg baik dgn Faz dulu? nmpk selalu komen2 kt Ig datin rempit

Dasha kan
Dia aje nyah terbuang
Quote Tudungpink 15-9-2023 05:38 PM
Edited by Tudungpink at 15-9-2023 05:47 PM

kalau ada quote kat iG or iGs dia pasai kekecewaan tu ada la tu jauh hati ngan sape2
Lebih kurang mcm ni benda tu private tp dlm masa sama biar followers tau.. Tp sape org tu cari la sendiri..
Yg betulnya org2 yg  menyakitkan hati elokla dijauhkan...
Quote rainbowrainz 15-9-2023 06:24 PM
Kaka Faz berapa dose ye
Quote pichee 15-9-2023 06:36 PM
she replied at 15-9-2023 05:31 PM
Dasha kan
Dia aje nyah terbuang

chot ada lg x? mcm lme x nmpk
Quote she 15-9-2023 06:43 PM
pichee replied at 15-9-2023 06:36 PM
chot ada lg x? mcm lme x nmpk

Chot ada lagi
Haritu sambut besday Chot

Entah bila yang ‘haritu’ pun tak tahu ler
Macik ingat itu je hahahahaha
Quote missHaidiD 15-9-2023 06:53 PM
she replied at 15-9-2023 06:43 PM
Chot ada lagi
Haritu sambut besday Chot


Ada macik.  Iols pun ada tgk faz celeb bday chot
Quote solarlunar 15-9-2023 06:54 PM
Tak perlu please sgt org. Tak perlu baik sgt dgn org.

Bersederhana. Less is more.

Lihat semua komen(560)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.274578 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top