CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aina Abdul Pernah Tolak Tawaran Sertai America’s Got Talent

15-9-2023 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3687| Komen: 32

Pernah terlepas peluang untuk menyertainya sebelum ini, Aina Abdul masih menyimpan hasrat untuk mencuba nasib dalam program America’s Got Talent (AGT). 

Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, dia tidak menolak untuk bertanding sekiranya mendapat peluang itu lagi pada masa hadapan.


Foto: IG

“Saya teringin nak masuk pertandingan seperti itulah. Dulu saya pernah dapat tawaran, tapi ketika itu saya terikat dengan satu komitmen yang lain.

“Sudah lama, pada 2014. Saya dapat tawaran cuba America’s Got Talent. Insya Allah mungkin ada rezeki. Saya pun teringin dan okay saja menyertainya,” katanya seperti dipetik di Murai.my.



Tambahnya dia juga memang mengikuti program terbabit dan menyokong padu penyanyi Indonesia, Putri Ariani yang bertanding di AGT musim baharu.

“Saya pun menonton juga AGT. Saya juga memang antara peminat Putri Ariani. Saya berharap dia akan memenangi pertandingan itulah. Peserta berhijab pertama jadi pemenang,” katanya.



Terdahulu, Putri berjaya mencetuskan fenomena mendapat Golden Buzzer selain mendapat tepukan berdiri untuk persembahannya di peringkat separuh akhir.

Pencapaiannya itu sangat membanggakan ramai terutama rakyat sekitar Asia Tenggara. Ada segelintir peminat Malaysia turut menyarankan Aina turut mencuba nasib dalam program itu. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-9-2023 09:48 AM
Sesuaila dgn suara kau. Dekat amerika pun suka nyanyi jerit2 sambil bapok2 jerit yazzz queen yazzz queennn
Quote sayurmayur88 15-9-2023 10:00 AM
k, take note
Quote Hoola 15-9-2023 10:08 AM
masuk je la....
boleh jerit to the max kalah mariahcarey
also can pakai bj aneh2 kalah lady gaga

sekian.
Quote laksmanabentan 15-9-2023 10:12 AM
tiberr.....
Quote wirazam 15-9-2023 10:55 AM
Ok..all the best...kalau Aina masuk rasanya takdelah Malaysia malu sgt...same goes with acik jac, Vanessa ...penyanyi lain lambatttttt lagi kot
Quote ekselen 15-9-2023 11:09 AM
Sheols ni vocally mmg sesuai la masuk pertandingan ni... Iols smpai skrg suka dgr versi Listen dia dlm TMSM..padu!!
Quote vanillaninja 15-9-2023 11:15 AM
Boleh ke si Aina ni. Chakra Khan pun tak lepas. But kenapa la si Pinoy lelaki sorang tu lagi layak compared to heols. Nasib baik tak dapat masuk finale si Pinoy tu.
Quote lasagna 15-9-2023 11:44 AM
oooo nk masuk AGT mmg kena di-invite ke?
Quote jejaka_hensem 15-9-2023 11:52 AM
Si putri tu pun,xde lah sedap mana pun dia nyanyi.tapi sebab dia oku,org jadi kesian lalu menyokong dia.
Biasa2 je bg iols
Quote MistrezHermanaz 15-9-2023 12:02 PM
full house ye sepahtu reunion malam tu, siap ada yg duduk atas stage sbb x muat kt penonton, yg atas lantai pun ramai kt audience..penangan aina dgn hannah delisha pun sama tu
Quote myakayina 15-9-2023 12:10 PM
aku lagi prefer aina punya control voice compare dgn si nini..bab jerit tu at least tak rasa mcm terseksa dengar.. well, diva ZZ pun punya keinginan nak kolaborasi dgn aina in future..
Quote clueless_gamer 15-9-2023 01:18 PM
eloklah tu.. kalau femes ikut laluan AGT ni nanti terikat dgn mcm2 contract berat sebelah

end up jadi pelik2 cam artist kt sana.. boleh je build up popularity thru youtube tu

Quote mamajawie 15-9-2023 02:55 PM
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Quote I.K.A888990 15-9-2023 04:02 PM
baiklah ainaaaaa
Quote sarah_ary2 15-9-2023 04:18 PM
jejaka_hensem replied at 15-9-2023 11:52 AM
Si putri tu pun,xde lah sedap mana pun dia nyanyi.tapi sebab dia oku,org jadi kesian lalu menyokong  ...

Ni iols setuju bagi aiols yg sedap dalam
pertandingan mcm ni Paul Potts dr Britain's Got Talent memang terkejut dgn sore dia sampai menitik air mata aiols  bila dgr masa audition dia
Quote tulip-rain 15-9-2023 05:06 PM
Bolehlah kau melaram baju2 pelik atas pentas tu.
Orang sana pun suka kononnya unik dan tersendiri katanya.
Quote jejaka_hensem 15-9-2023 05:13 PM
sarah_ary2 replied at 15-9-2023 04:18 PM
Ni iols setuju bagi aiols yg sedap dalam
pertandingan mcm ni Paul Potts dr Britain's Got Talent me ...

Kann..iols syak agt tu pilih putri utk naikkan rating dorang sbb chuols tau la kan rakyat indo sana yg obses gile dgn rakyat dorang kan.
Nti iols dgr paul potts tu sbb iols xfollow agt,bgt sume tu.
Tp harap2 group dari japan yg perempuan rambut sama tu dpt g final.dorang kelakar
Quote voiceofreason 19-9-2023 08:57 AM
Perlu disahkan statement dia tu, sebab sesiapa je boleh claim pernah dipelawa menyertai AGT, termasuklah DSV. Harap dia tak tipu lah, maklumlah nak nampak hebat. Tapi suka sebenarnya kalau dia ni diberi peluang bertanding, baru tau kail tu panjang mana, lebih2 lagi di kalangan fanatiks dia. Tak menang pertandingan, menang badut terpaling pun ok gak.
Quote HelgaPataki 19-9-2023 09:05 AM
Hmm tapi bukan ke kalau suara jerit2 ni geng2 black pun dah berlambak tambah2 geng choir dlm church tu. Letopan suara memasing. Mcm takde x factor pulak kalau nak ke pentas beso

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.034126 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top