CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Anak Merajuk Dengan Emak, Biasalah' - Ajai

14-9-2023 10:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13476| Komen: 23

"Saya enggan masuk campur. Itu urusan mereka, emak dan anak. Ada masa ada hal anak dan bapa pula.  

"Ada masa Ayu bergaduh dengan saya dan ada hari yang Ayu bergaduh dengan emaknya. Yang penting kita fikirkan yang terbaik buat semua."


Ini kata komposer dan pemain keyboard Exists, Mohamad Faizal Maas atau Ajai berkenaan isu hangat membabitkan perselisihan faham anaknya Ayu Nazirah dan bekas isterinya, Nourul Deep. 

Ajai, 48, juga berharap perkara terbabit tidak diperbesarkan kerana menyifatkan perselisihan faham di antara ibu dan anak adalah perkara biasa.

Nourul menerusi Instagram, baru-baru ini memberi bayangan seperti berkecil hati dengan tindakan anaknya yang seakan meminggirkannya. 

"Pada saya itu adalah hal peribadi di antara ibu dengan anak. Merajuk (Nourul dan Ayu) itu sebenarnya sudah biasa sangat.

"Saya kira itu perkara standard (perselisihan faham) antara ibu dan anak. Biasalah kalau Ayu bergaduh dengan maknya, dia akan mengadu kepada saya. 

"Kalau Ayu berselisih faham dengan saya, dia mengadu dengan maknya. Biasalah tu," kata Ajai ditemui pada majlis sidang media Exists X Orkestra di sebuah hotel, di sini. 


Bagaimanapun sebagai bapa, Ajai memainkan peranan menasihati Ayu untuk berbaik dengan ibunya.


"Sebagai bapa saya pujuk Ayu. Bila merajuk atau berselisih faham dengan mak, minta maaf. Kena hormat ibu kerana itu syurga kamu dan darah daging kamu," katanya.

Dalam masa sama, Ajai juga menafikan status ibu baru yang dimaksudkan Nourul dalam hantaran tersebut bukan merujuk kepada isterinya sekarang, Liza Ilias.

"Bukan, dia bukan maksudkan isteri saya sekarang, Liza, bukan. Itu orang lain," katanya.

Terdahulu, Nourul, 46, berkongsi foto dirinya sedang hamil dan menceritakan kronologi sebelum melahirkan anaknya sekitar 25 tahun lalu dan kini seperti terasa hati kerana anaknya sudah mempunyai 'ibu baru'.

Perkongsian ini menerima pelbagai komen ditinggalkan netizen yang berbaur sedih dan terharu dengan pengorbanan besar seorang ibu yang sanggup berkorban apa saja termasuk nyawa demi anak tersayang.

"Sekarang baru kami tahu, menjadi ibu itu tak mudah. Happy, sedih, happy, diduga, disakiti.

"Semua perempuan akan merasai rasa ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka yang berikan kita kehidupan dan pengorbanan," tulisnya.

Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan Ajai pada 1996 sebelum bercerai pada 2006.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 25. Pada 2012, Nourul berkahwin kali kedua dengan Eric Daniel Depp yang berasal dari Perancis. 

Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4. Nourul dan keluarganya kini sudah berpindah ke Bali, Indonesia dan menetap di situ sejak September tahun lalu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 14-9-2023 11:41 PM
Ayu makin besar makin mirin muka Ajai… Bagus ajai tak laga2kan mak dgn anak
Quote Hoola 14-9-2023 11:49 PM
bila dh post pjg lebaq, bkn ada seseorg tu uturn kata xde apa2 pulak..netijem yg disalhkan!??
Quote hanihan16 15-9-2023 12:01 AM
acik ayu aku cinta padamu la ye yang dimaksudkan as mak baru itu?
Quote asamfish 15-9-2023 12:03 AM
Bagus Ajai ni.  So far bangga dgn Ayu yang tidak menggunakan socmed untuk membantai ibubapa dan menggunakan kata2 kesat.  Very good parenting sapa yang bela Ayu ni.
Quote naina 15-9-2023 12:05 AM
Bagus Ajai statement matang dari seorang ayah
Tapi Ajai ni tak nampak tua sangat
Sekarang ni ayu duduk dengan sapa
Quote bedahmenjuyah 15-9-2023 12:20 AM
Matang statement ajai. Achik tanggachi stop la play victim.sudah2 lah perangai kari tu. Nasib anak pun perangai elok diam je tak merentan kat socmed.
Quote bedahmenjuyah 15-9-2023 12:21 AM
hanihan16 replied at 15-9-2023 12:01 AM
acik ayu aku cinta padamu la ye yang dimaksudkan as mak baru itu?

Lawa kan achik ayu maintain muda sementara itu penutur aku cinta padamu dedulu boyish now adusss #£%^&@. Sian.
Quote asamfish 15-9-2023 01:36 AM
dah 49thn rupanya si Ajai ni....rasa mcm baru jah tgk gambar kawen dia dgn nurul dlm magazine dulu...
Quote HappyGumbira 15-9-2023 03:09 AM
boleh agak la sape sbnrnya yg bela ayu n bagi huge influence pd ayu cara dealing manusia btuhan medsos. ayu n ajai dua2 matang
Quote scarflicious 15-9-2023 08:35 AM
Ni mesti mak jeles tgk ayu rapat dgn bakal mil. Tgk bukan main menari2 lagi si ayu dgn bakal mil.

Mak tu mak kamu. Aih.. Aku pun ada je merajuk ngan mak aku. Sbb do lebih2kan adik2 aku. Alasan sbb aku anak sulung. Berdikari. Alih2 bila sakit nak dok dgn aku.....
Quote Prickford 15-9-2023 08:54 AM
Ajai jugak yg matang. Acik keley yindon bali tak habis2 meroyan.
Quote prince_marhaen 15-9-2023 09:36 AM
Aci Tanggechi Bali memang mulut hancing sampai anak pun nak sindir2 nak buang2 camtu je sejak kawin ngan batang perancis reput tu.. patut pun kena serai....menceceh 24jam pastu kata takde apa2... utooo..
Quote lasagna 15-9-2023 09:57 AM
bgus Ajai, diplomatik juga laa..
tapi pd iols, nurul dah bunyi disown anaknya.
Quote QueenCaramel 15-9-2023 10:03 AM
Alaa..sape mak baru ayu ni..nk tau jugeee..jeles kot acik nurul sbb mak baru layan anak sndri helok..die dgn anak agaknye api dgn api..hehe
Quote ekselen 15-9-2023 10:48 AM
Sbb tu kalo apa2 hal berkenaan personal ka rumahtngga ka elakkan laaaa update kat medsos.. U know impact dia sgt besar lagi2 utk retis or bekas retis.. Tak boleh ke selesaikan f2f je? Ni dh berjela2 ko bukak cerita psl family pastu kata takde apa2 pdhal org dah speku mcm2 psl ko dan anak ko... La ni bkn mcm zaman dulu, so pikir pnjg la acik. Umo acik pun bkn muda lagi, status pun dah nk masuk warga tua... Malu la sikit...
Quote matjerk 15-9-2023 10:51 AM
scarflicious replied at 15-9-2023 08:35 AM
Ni mesti mak jeles tgk ayu rapat dgn bakal mil. Tgk bukan main menari2 lagi si ayu dgn bakal mil.

M ...

Risau kot anak dia x bg duit bulan2 kat dia.... mcm some of typical mom....
Quote matjerk 15-9-2023 10:53 AM
Dia menceceh tu leh la paham sbb frust sgt2....

Cuma x berkenan klu menceceh bende x betol..

Lps puas menceceh... org kecam... ko spin kata org yg kecam plak keji.... perangai gini aku cukup x berkenan
Quote wirazam 15-9-2023 10:58 AM
asamfish replied at 15-9-2023 12:03 AM
Bagus Ajai ni.  So far bangga dgn Ayu yang tidak menggunakan socmed untuk membantai ibubapa dan meng ...

So nughul tu yg salah kann n...rasanya ramai dah bersuara..org tua2 nih X perlu nak main sosmed sgt...except to those yg professional dan tahu bawa diri dlm sosmed
Quote farhani87 15-9-2023 10:59 AM
Tp bagus lah cara ajai jawab. Mmg betul pun kita ni kadang2 merajuk dgn mak ayah. Mak ayah merajuk dgn kita. Normal lah tu.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.058523 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top