CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisar Khaled Peruntuk RM60,000 Seminggu Untuk Sedekah Kepada Pengikut Bertuah

14-9-2023 06:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3894| Komen: 20

Aisar Khaled menghadiahkan sebuah motosikal Yamaha LC kepada penghantar makanan, Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar yang berjalan kaki selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sekatan.


Dalam tempoh kurang 24 jam, Aisar berjaya menjejaki lelaki dikenali Muhammad Shahrul yang menetap di Sepang, Selangor dan membawanya ke kedai motosikal berhampiran bagi memberi kejutan.

Kata Aisar, dia dihujani mesej peribadi dan komen di media sosial yang memintanya untuk membantu lelaki berkenaan.

Foto: IG

"Kelmarin saya baru saja pulang dari menghadiahkan 10 buah motosikal dan kereta kepada pengikut saya di media sosial. Saya memang peruntukkan RM60,000 seminggu untuk pengikut bertuah.

"Kemudian semalam saya menerima mesej dan komen daripada pengikut yang minta saya membantu penghantar makanan ini. Tanpa fikir panjang saya terus dapatkan nombor telefon dan berjumpa Muhammad Shahrul di Sepang, petang semalam.


"Saya belikan dia sebuah motosikal selain sumbangan duit untuk dia meneruskan kehidupan. Melihat reaksinya yang terkejut dan menangis apabila dihadiahkan motosikal cukup menyentuh hati saya.

"Sebenarnya ramai yang menghubunginya untuk membantu, tapi dia menolak kerana sudah menerima bantuan daripada saya. Kalau ikutkan dia tidak mahu kisahnya tular kerana enggan membebankan sesiapa," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Aisar, niat baik yang dilakukan bukan untuk membuktikan dirinya insan berhati mulia atau kuat bersedekah, sebaliknya dia pernah berniat untuk membantu individu dalam kesusahan apabila dia mempunyai pendapatan kukuh.

"Sebenarnya setiap hari saya menerima ribuan mesej yang minta bantuan. Saya ini bukanlah badan bukan kerajaan (NGO) atau bank, saya hanya mampu beri apa yang saya ada.


"Saya beri bantuan kepada sesiapa saja yang saya terdetik nak beri, tapi tidaklah mampu berikan kepada semua orang. Saya beri motosikal dan kereta pada setiap Sabtu dan Ahad pun sebab ramai pengikut yang memerlukannya.

"Wang yang saya peruntukkan ini adalah hasil daripada perniagaan di TikTok. Dulu saya pernah berniat jika sampai satu tahap saya nak hulur bantuan kepada seberapa banyak yang mungkin.


"Saya dah buat kerja (amal) ini sudah lama, tapi saya tidak kongsikan. Dulu jumlahnya pun tidak sebanyak sekarang. Alhamdulillah Tuhan beri saya rezeki untuk saya kongsi kepada orang yang memerlukan," katanya. -CARI

Sumber:Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marla69 14-9-2023 06:51 PM
Alhamdulillah. banyak duit hamba allah ni.
Quote Buritan 14-9-2023 07:06 PM
marla69 replied at 14-9-2023 06:51 PM
Alhamdulillah. banyak duit hamba allah ni.

Cmn byknya duitt..
Quote Binodino 14-9-2023 07:09 PM
Forex

Gigih nak tunjuk terpaling bersedekah tapi sumber
Quote noor2 14-9-2023 07:12 PM
Siapa dia ni?....anak sapa?..artis ke cane?..
Quote de_ikea 14-9-2023 07:19 PM
Tak kenal. Tp nak tahu. Cemana boleh jd kaya sgt.
Quote hasniey 14-9-2023 07:26 PM
Dia ni muka comel jgk tp jgn bukak mulut.hilang terus kecomelan yg sikit itew.
Sebelum ni dia forex trader kan yg katanya beli rumah juta2 pakai cash hujung2 kantoi sewa jah.lepastu mcm dh brenti main forex.jd pelakon la apa mcmtu.now join forex lg ke?ke ada sumber lain?sbb xsilap dia prnah bgtau keluarga dia org biasa.kiranya dia cerita dia ni naik sendiri dr bawah.
Utk sedekah je seminggu 60k.sebulan dah 240k utk sedekah shj.utk diri sendiri mesti lebihhhh dr tu..cepat betul dia kaya
Quote LadyCarefree 14-9-2023 07:43 PM
Sebulan hampir suku juta ringgit dia tabur gitu je. Niaga apa ni?
Quote marla69 14-9-2023 07:51 PM
washing machine ker..wonder duit terlebih lebih ni.
Quote TomyamPuteh 14-9-2023 07:51 PM
Sembahan ahli2 FB dia ni. Pantang ko komen tak elok sikit pasal dia, siap ko kena tembak bertalu-talu.
Quote CiliPadiSedap 14-9-2023 08:04 PM
lesung batu 2.0
Quote kakikuDibibirmu 14-9-2023 09:32 PM
Hensemnya
Quote Perawankota 14-9-2023 10:07 PM
Aku rasa dibelakang dia ada someone yg laburkan duit.. Kalau betul kaya naper pi Sarawak kelmarin naik flight economy class jer..
Quote Ayda89 14-9-2023 10:21 PM
Sebelum ni yg kantoi kata dah beli rumah rupanya rumah sewa tu dia jugak kan?
Quote intan244 14-9-2023 11:00 PM
road tax insurance semua tolong byrkan sekali x
Quote tikusmontok 14-9-2023 11:26 PM
Cuci cuci cuci
Quote JIGON 15-9-2023 06:32 AM
Mendobi amalan mulia....????
Quote Kurex 15-9-2023 10:11 AM
Badan dap muka boleh tahan.. tapi tu la perangai dia.. tapi.. kalau dia hulur iols sambut je
Quote KBW2 15-9-2023 10:13 AM
Orang melayu mudah kena tipu hidup-hidup.
Quote CikYaYaYa 15-9-2023 07:28 PM
Whorayusss..? Aiols bukan nak hati hitam tau tapi iols memang buruk sangka sikit bilaa orang yang kaya n keluar duit mudah2 macam tu. Sedangkan kerjaa nyaa xtau buat apa. If kata diaa bisnesman pon xkan laa sampai sekaya itu. Haa gitchuu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056104 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top