CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Lelaki Diliwat, Dikurung Selepas ‘Diumpan’ Bantuan Cari Kerja

13-9-2023 05:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4116| Komen: 15

Kuala Lumpur: Malang menimpa seorang remaja lelaki apabila diliwat dan dikurung selama 10 hari selepas ‘diumpan’ bantuan mencari kerja oleh individu dikenalinya melalui media sosial.

Menurut sumber, pada awalnya, mangsa yang berusia 18 tahun itu ditawarkan bantuan mencari kerja oleh suspek yang juga seorang lelaki.



Selepas beberapa hari berkenalan, mangsa dan suspek bertemu pada pertengahan bulan lalu untuk mencari pekerjaan.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dan menaiki kenderaan suspek yang mengambilnya di rumah mangsa di Bukit Jalil.

“Mangsa kemudian dibawa bermalam ke rumah suspek di Kampung Pandan dan berjanji akan membawanya ke sebuah pasar raya untuk mendapatkan kerja,” katanya.

Sumber berkata, seperti dijanjikan suspek membawa mangsa ke pasar raya itu sebelum mereka pulang semula ke rumah selepas itu.

“Ketika berada di rumah suspek, mangsa diarahkan melakukan kerja rumah dan tidak dibenarkan pulang, malah dia dikurung selama 10 hari yang mana sepanjang tempoh tersebut remaja itu turut diliwat beberapa kali,” katanya.


Jelas sumber, mangsa kemudian diugut supaya tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Kata sumber, mangsa yang trauma menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum dibawa membuat laporan polis kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

“Suspek telah pun dikenal pasti dan siasatan masih berjalan. Kita dalam proses mengesahkan keterangan mangsa dan menunggu laporan perubatan,” katanya. 


Sumber: Kosmo! Online







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 13-9-2023 05:11 PM
Mmm.... lagi byk persoalan dari jawapan dlm kes ni
Quote laksmanabentan 13-9-2023 05:54 PM
fishy sgt... hahahahaa...

Kg Pandan - Bukit Jalil jauh sgt ker??
Quote lanacondor 13-9-2023 06:35 PM
Aku bersangka baik mgkin jenis budak baik xpernah bercampur dgn org. Mak bising suruh cri kerja. Last2 kene tipu.. Sian la nasib ko dik.. mesti trauma. Harap mak Ayh bg sokongan la kt adik ni. Jgn budak ni balik nanti hari2 makan perli.. makin jauh la hidup budak ni
Quote jazaa100 13-9-2023 09:00 PM
Dik....setakat nk keja kat pasaraya....kau walk-in je dik....hero byk keja kosong dik...hero nk pekerja tempatan dik....ni kau dok percaya lg dgn kabel² ni, kan dah kena liwat dik.....
Quote JunkMail 13-9-2023 09:05 PM
Kau cari keje kat grinder ke dik?
Kampung pandan tu terpencil sangat ke sampai kau takleh lari ke menjerit mintak tolong ke?
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2023 09:09 PM
Hensem tak?
Quote Jitu 13-9-2023 09:12 PM
ingatkan mangsa duduk hulu ceruk pedalaman smpi nak kena ada org bawak kan cari kerja
setakat duduk bukit jalil tu cari sendiri je la
Quote _blackbird 13-9-2023 09:20 PM
Ermmm ntah taktau nak komen apa.
Quote kaedahnya 13-9-2023 11:29 PM
harapnya tak kena STD ke apa la seremm.
Quote malarky 14-9-2023 09:01 AM
mojarean_X replied at 13-9-2023 05:11 PM
Mmm.... lagi byk persoalan dari jawapan dlm kes ni

saya pun begitu
Quote prince_marhaen 14-9-2023 09:34 AM
cari keja kat Grindr ke dik? dah jumpa tak helok macam dlm gmbr, terus buat report ye.. ekekekekeke... ntah2 jantan tu yang suh keluar rumah sebab tak nak tanggung biawak.. fishy la cerita kau dik..
Quote kelapaparut 14-9-2023 09:39 AM
anak ikan bottom kne rogol jerung top
Quote She-Ra 14-9-2023 09:40 AM
bukit jalil dgn kg pandan tu mcm sepelaung je
Quote Perwira2022 14-9-2023 09:48 AM
"u suka?  "

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061237 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top