CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Hina Sangat Ke Kerja Grab Atau Foodpanda Ni?"-Rider Jalan Kaki Angkut Beg Hantar Makanan Lepas Motor Kena Sita Polis

13-9-2023 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6142| Komen: 106

Tular video memaparkan seorang rider berjalan kaki di bahu jalan sambil menggalas beg penghantaran makanan.

Dia dilihat masih mengenakan topi keledar dalam cuaca panas terik selepas tidak dapat meneruskan kerja mencari rezeki.


Hantaran tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok @kikkycoco yang berada di lokasi sewaktu pemeriksaan kenderaan dilakukan pihak penguatkuasa.



"Hina sangat ke kerja Grab atau Foodpanda ni? Kasihan abang tu nak cari rezeki. Semoga abang dipermudahkan segala urusan," tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurutnya dalam satu hantaran baharu yang dibuat pada Rabu, rider tersebut berjalan kaki selepas motosikalnya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Malah, dalam hantaran sama, dia turut menjelaskan bahawa motosikalnya turut dirampas atas kesalahan tiada cukai jalan (road tax).



Dia kemudian meluahkan hasratnya untuk mendapatkan semula motosikalnya dengan meminta orang ramai membantunya dari segi kewangan.

"Saya ingin meminta satu permintaan daripada anda semua. Sesiapa yang baik hati boleh hulurkan sedikit bantuan kewangan.

"Sekarang motor saya kena sita sekali dengan abang Foodpanda tu. Saya masih lagi seorang pelajar jadi saya tak cukup duit untuk bayar keluarkan motor tu," katanya.

Bagaimanapun, dia berharap agar orang ramai tidak memandang negatif permintaannya ini.

"Saya tak nak orang anggap saya gunakan cara ni untuk dapatkan duit.

"Tapi saya bukan daripada keluarga yang senang," jelasnya lagi.

Rata-ratanya menyatakan rasa simpati mereka terhadap rider tersebut setelah melihat rakaman dikongsikan.

"Kasihannya dia. Mesti dia tengah fikir macam mana nak cari duit.

"Allahuakbar, semoga abang kuat dengan ujian dunia. Sabar bang. Allah akan sentiasa bersama abang.

"Sumpah aku sebak wey. Bayangkan ya... abang tu ada anak isteri tengah tunggu dia balik. Berharap ada hasil yang banyak hari tu," antara komen netizen pada video.

Jika diteliti pada ruangan komen juga, terdapat seorang insan yang ingin menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada rider tersebut atas dasar simpati.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita penunggang motosikal yang didapati melanggar kesalahan jalan raya di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan tegas itu akan dikuatkuasakan melibatkan pelbagai kesalahan antaranya seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan menunggang motosikal secara berbahaya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 13-9-2023 10:30 AM
Jangan cuba cuba nak minta simpati orang bawa² nama Melayu Islam dan hidung pesek kembang dan anak banyak kau ye.
Quote B40tastePosh 13-9-2023 10:33 AM
Netizen kuat berkhayal ..ada mental disorder.
Quote sambaldurian 13-9-2023 10:40 AM
Bkn nk kerja grab/fp ni mmg kena ada valid insurans , roadtax, lesen ke. Mungkin terlupa nk renew.. bwk2 la renew, ada org ofis aku meninggal dunia accident motor, nk claim insurans xdpt. Lupa nk renew. Waris pun xleh ckp apa.
Quote nolya 13-9-2023 10:41 AM
JPJ hanya menjalankan tugas yg diamanahkan ke atas mereka. Tak ade isu mengaiaya atau menzalimi penunggang motor atau food riders. Jika tiada road-tax dibenarkan, maka semua food rider tak akan membeli road tax. Setujukah kita dlm perkara begini.
Quote jim-jim87 13-9-2023 10:45 AM
sah-sah langgar undang-undang. kita jangan menghalal kan cara yang tentu2 salah. kalau roadtax sudah tamat renew la dulu. untuk kebaikan semua juga
Quote mayakaren 13-9-2023 10:53 AM
Kalau accident langgar orang lain ke macamana nak tuntut insurance? Sbb tu kena ada lesen or road tax.
Quote epullipan 13-9-2023 11:01 AM
jap lagi yebit liow datang le tu amik video tolong2 rider siap bagi kereta la kot
Quote She-Ra 13-9-2023 11:06 AM
tak hina dek tp biarlah dahulukan benda yg penting
renew la dulu roadtax tu, pulun la kaw kaw kerja sebelum nak byr roadtax
mesti tau kan bila kena renew
Quote edoraixora 13-9-2023 11:09 AM
xde roadtax, bukan kena saman ke? or kena sita sekali
Quote ifanonline 13-9-2023 11:15 AM
sepatutnya lebih banyak kenderaan patut di sita kalau tidak mengikut undang2...kerajaan malaysia perlu enforce undang2 dgn tegas...jgn dok main isu melayu, cina dan india lagi...
Quote matamata 13-9-2023 11:15 AM
Attention seeker
Quote edayildiz 13-9-2023 11:19 AM
Edited by edayildiz at 13-9-2023 11:20 AM

i pun arini roadtax exp date..tp i dh renew ngn etiqa sekali etiqa tu ckp nanti akan refund balik duit 1k + sbb da ada yg byrkn dr branch etiqa lain..pelikk jgkkk....sugar daddy yg mana nth dh byr

btw kesian mmg kesian kalau dh slh nk buat mcmana..tp i benci la sbb cpt kesian kt org..xblh tgk bnda yg sedih sikit..lmbt nk move on
pastu dk stress fikir mcm mslh sendiri pulak..nape ek mcmtu..sbb sndiri xde mslh ke apa..
Quote Thunderclouds 13-9-2023 11:23 AM
Setau aku lesen/rodtek kenderaan yg ko guna utk wat panda/grab kna hidup baru app bole jalan nk mencedok.
System xbagi jln app kalo xrenew.
Betol ka tgh keja panda??
Senang² ja korang kna game byaq rodtex org.
Brapa sen sgt ja pon.
Quote hareeeesah 13-9-2023 11:23 AM
Eh ko lagi hina, dh tau salah tiba-tiba hina ke kerja blablaa… tahilembu btul la. Kenapa ko x ckp dulu mmg kami sendiri salah. Netizen pn org lain xcari rezeki ke utk anak bini keluarga?
Quote NazRysha 13-9-2023 11:28 AM
JPJ tak dak hati perut ke?
Boleh je lepaskan dengan amaran kan
Quote edayildiz 13-9-2023 12:28 PM
saman je dlu xblh ke..sian weh...cuba la permudahkn keja org..adoi..kalau dia tgh berlumba muto ok gak...br tgk video kt tiktok...
Quote noor2 13-9-2023 12:29 PM
Dah kenapa nk salahkan jpj...undang2 tetap kena ikut...
Quote Decaffeinated 13-9-2023 12:45 PM
Buat cerita sedih abang foodpanda tetiber dia yang minta derma?

penonggeng next level ka apa ni.
Quote dekmieDandy 13-9-2023 12:48 PM
bolehlar geng dengan budak rxz tu, alang-alang bawak motor tu pegi ganu sekali

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.036107 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top