CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Lemas Dengan Datuk Dalam Kolam: "9 Tahun Kami Tunggu Zuriat, Dapat Bersama Tak Sampai Dua Tahun "

12-9-2023 07:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19788| Komen: 60

SUNGAI PETANI – “Saya dan suami tunggu sembilan tahun untuk dapat cahaya mata, tetapi dia pergi tidak sampai dua tahun tinggal bersama kami," kata Zarina Azmi, 34, yang kehilangan anak tunggalnya, Muhammad Ziyaf Mikhail Muhammad Yuzarith berusia setahun tujuh bulan akibat lemas.


Muhammad Ziyaf Mikhail ditemui lemas bersama datuk­nya, Azmi Abdullah, 78, di sebuah kolam hiasan terbiar berdekatan sebuah restoran di Taman Kempas, di sini kira-kira pukul 7.20 malam kelmarin.

Menurut Zarina, dia reda dengan ketentuan Ilahi, namun masih terkejut dan trauma de­ngan kejadian itu.


Foto: Kosmo

“Saya dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 37, masih bersedih kerana anak kesayangan yang kami tunggu sembilan tahun hilang sekelip mata.

“Saya masih trauma dengan kejadian ini dan mungkin sukar untuk melupakannya dalam masa terdekat,” katanya di Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini semalam.


Ketika ditanya tentang perubahan anaknya itu katanya, dia hairan dengan kelakuan anak tunggalnya yang asyik memeluk dan menciumnya sepanjang menemaninya di gerai makan miliknya di Taman Kempas kelmarin.

“Saya rasa pelik dengan perbuatannya itu kerana seolah-olah dia enggan berenggang dengan saya sehingga datuknya datang mengambilnya pada pukul 5 petang semalam.

“Itulah kali terakhir saya berjumpa dengannya sebelum dimaklumkan anak ditemui me­ninggal dunia di dalam kolam itu kira-kira pukul 7.20 petang semalam,” ujarnya.

Seorang jurukimpal, Alif Ikhmal Kintan, 26, berkata, kolam berbentuk bujur yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya berkeluasan anggaran satu meter lebar dan panjang tiga meter dengan kedalaman hampir satu meter itu sudah lama wujud di situ.

Menurutnya, semasa berada di rumahnya tidak jauh dari lokasi kejadian, dia mendapat maklumat melalui WhatsApp mengatakan ada dua mangsa lemas di kolam berkenaan menyebabkannya berpatah balik.

“Apabila saya sampai, mayat lelaki dewasa dan cucunya telah selesai diangkat oleh pihak polis,” katanya yang ditemui berhampiran kolam itu semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mayat warga emas dan cucu lelakinya itu ditemui seorang pekerja restoran tersebut pada pukul 7.20 malam sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Katanya, pemeriksaan terhadap kedua-dua mangsa dan lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 12-9-2023 07:59 PM
Edited by tumpanglalu74 at 12-9-2023 08:01 PM

Takde unsur jenayah kapla hanggok korang..  Kalo betol2 nampak kat cctv atok tu hangkot cucu tu pegi tido dalam kolam tu pastu dua2 lemas baru la konfem takde pehak lain yang terbabit!

So now pliz explain how they both got into the kolam & sama2 setuju nak lemas dalam kolam kedalaman tak sampai semeter tu.  Kalo takde cctv, kene explain la..
Quote Suchi 12-9-2023 08:06 PM
Besar ujian buat pasangan nih, apa sebenarnya terjadi ya?
Ingatkan dengan org dewasa dah cukup selamat dah ermmm
Atuknya tak nyanyuk ke?

Quote allshares 12-9-2023 08:13 PM
Adakah atok nya sakit jantung n jatuh, sekali cucu2 sekali. Ni spekuan I semata2 yah
Quote swimswim 12-9-2023 08:13 PM
Awat dua dua tak de baju masa dijumpai..?
Quote noor2 12-9-2023 08:16 PM
tumpanglalu74 replied at 12-9-2023 07:59 PM
Takde unsur jenayah kapla hanggok korang..  Kalo betol2 nampak kat cctv atok tu hangkot cucu tu pegi ...

Aku pun terdetik....takkanla kedalaman 1m lelaki tua boleh lemas..melainkan dia terkejut tgk cucu jatuh , dia terus terkena serangan jantung..ni speku aku yg kedua..yg pertama aku terdetik ada unsur jenayah ke...
Quote epal21 12-9-2023 08:18 PM
Air pun dah berkeladak macam tu, kolam hiasan apanya takde maintenance. Keringkanlah air tu kalau dah terbiar. Bahaya kat orang ramai. Dulu pun ada kes budak jatuh dalam kolam hiasan kat rumah atok dia rasanya. Nak water features, tak usah nak buat lebar2 kalau dah tak larat nak maintain.
Quote mejaputih 12-9-2023 09:33 PM
Pelik kejadian ni...ingat ke kolam tu besar luas..rupanya kecil je dan utk dewasa x dalam pun...jd mcm ada bau2 ikan..
Quote mejaputih 12-9-2023 09:35 PM
Nampak kedua2 tidak berbaju..lagi pelik..
Quote naina 12-9-2023 09:39 PM
Allah.. kesiannya
Luluh hati tengok gambar kabur tu
Nasib baik muda lagi 34 tahun so boleh beranak lagi
Tapi kesianla camne atuk boleh lemas sekali
1.meter xdalam pun..
Quote Zazama 12-9-2023 09:44 PM
Boleh jd cucu terjatuh ke dlm kolam. Atuk panik dan terjun utk selamatkan. Selebihnya, Allah saja yg tahu. Semoga arwah atuk diampuni dosa2nya dan semoga pasangan yg kehilangan anak ini kaka doakan direzekikan lagi utk hamil. Mudah2an ya.. Amin..
Quote makita 12-9-2023 09:50 PM
Meols syak kolam ni berlumut dan melengkung. Wpon kedalaman 1 meter..dah nak berdiri pon tak stabil sbb licin berlumut apatah lagi pegang baby. Tgok tepi kolam bahagian tak ada air tu, kolam tu melengkung. Kalau swimming pool standard tu, tepi dia tegak 90 darjah.
Quote zamnie 12-9-2023 09:54 PM
Zazama replied at 12-9-2023 09:44 PM
Boleh jd cucu terjatuh ke dlm kolam. Atuk panik dan terjun utk selamatkan. Selebihnya, Allah saja yg ...

Ye mcm boleh jadi je.. panic terjun terus..
Quote Jajabeans 12-9-2023 09:57 PM
Budak ni atuknya jaga ke apa.. atok lak dh umo 78 tahun hurm.. xfaham cite ni. Pape pun takziah buat keluarga ni.
Quote lurve82 12-9-2023 10:08 PM
Stress plak aku baca. Dh la aku ada anak lebih kurg sebaya jgk tu. Salam takziah
Quote brego 12-9-2023 10:16 PM
alahai kesian nya

atok dan cucu mati sekali

warga emas 70an, jalan pun tak stabil
mesti kolam tu licin, campur panik
bila tengok cucu jatuh kolam
Quote JunkMail 12-9-2023 10:28 PM
Macam mana orang dewasa boleh lemas dalam kolam tak sampai 1m dalam? Berbaju ke idok tu?? Kalau bogel dah kenapa atok dgn cucu mandi manda dalam kolam keladak hijau ni? Kalau mandi manda pun awat sampai bukan seluar? Aku moskel lah dgn kejadian ni .. perlukan explation lanjut..
Quote Atata 12-9-2023 10:55 PM
makita replied at 12-9-2023 09:50 PM
Meols syak kolam ni berlumut dan melengkung. Wpon kedalaman 1 meter..dah nak berdiri pon tak stabil  ...

Hm boleh jadi
Quote slyfynx 12-9-2023 10:56 PM
Ketika ditanya tentang perubahan anaknya itu katanya, dia hairan dengan kelakuan anak tunggalnya yang asyik memeluk dan menciumnya sepanjang menemaninya di gerai makan miliknya di Taman Kempas kelmarin.


Soalan cliche wartawan bodoh Malaysia. Setiap kali kematian, tu la soalan die.
Lain la kalau yang bunuh diri, kite faham la soalan tu sbb berkaitan dgn mental.
Ni nk buat ape semua tau.
Bile anak peluk kene risau lak ke pasni.
Quote tom2 12-9-2023 10:57 PM
JunkMail replied at 12-9-2023 10:28 PM
Macam mana orang dewasa boleh lemas dalam kolam tak sampai 1m dalam? Berbaju ke idok tu?? Kalau boge ...

Kalau chuols tengok gambar tu masing2 berbaju. Kemungkinan ye kot terjatuh.

Mungkin cucu terjatuh or terjun dulu, atok nak selamat dia pun tergelincir.
Atau dia panik dia pengsan masuk dalam kolam.

Innalillah

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.034903 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top