Sebelum ini tular kisah seorang penuntut Malaysia bernama Azhar Ali yang didakwa ‘kantoi’ menipu menerima biasiswa daripada NASA setelah menyertai satu pertandingan reka bentuk sut angkasa lepas.
‘Kejayaan’ Azhar itu juga mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin namun terbongkar setelah netizen mendapati ia adalah penipuan semata-mata. Azhar kemudian menjelaskan dia telah ditipu oleh pihak tertentu dan memohon maaf selain berasa sedih kerana menjadi mangsa penipuan sehingga mencemarkan namanya sendiri. Terbaru, nama Azhar kembali menjadi perhatian setelah netizen di aplikasi X cuba mencari di mana keberadaan lelaki itu setelah insiden memalukan itu terjadi. Difahamkan, Azhar kini merupakan seorang peserta di bawah program Perdana untuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di bawah YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. Namun, netizen mendakwa terdapat beberapa perkara meragukan mengenai pencapaian Azhar dan turut menggesa agar lelaki itu memberikan penjelasan sewajarnya. Di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa kredibiliti sesebuah kementerian seolah-olah tercalar dek kerana pelapis mereka ‘kantoi’ menipu dalam pencapaian dalam resume masing-masing. -CARI Sumber: Beautifulnara
|
swimswim replied at 13-9-2023 09:00 AM
Grandiose betul claimnya. Senang2 je org nk cek zaman la ni. Kalau zaman pre internet dulu boleh la ...
sarahmirza replied at 13-9-2023 08:59 AM
Takde siapa kenal dia ke?
Kawan sekolah, kawan masa kat IPT ke?
Ke ko dh buat plastic surgery sampai ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-9-2023 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.076378 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.