CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Abhishek Bachchan Selesa Serumah Dengan Orang Tua

12-9-2023 01:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4823| Komen: 16

Aktor, Abhishek Bachchan mendedahkan tidak kisah masih tinggal sebumbung dengan ibu bapanya walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.

Biarpun sudah beristeri dan mempunyai anak meningkat remaja, suami kepada Aishwarya Rai itu mengaku selesa tinggal serumah dengan Amitabh dan Jaya Bachchan.



Dalam sebuah temu bual podcast, aktor berusia 47 tahun itu mendedahkan tanggungjawab menjaga ibu bapa sememangnya sudah disematkan dalam diri sejak dulu lagi.

Dia juga tidak pernah menganggap orang tua sebagai beban sebaliknya berasa gembira dapat berbakti kepada ibu bapanya yang kini kian dimamah usia.

Dia turut menyatakan tidak dapat membayangkan hidupnya jika tidak tinggal dengan orang tuanya.

Walaupun tinggal sebumbung, dia berasa kurang meluangkan masa dengan Amitabh, 81, dan Jaya Bachchan, 75 berikutan terikat dengan komitmen kerja.


Sumber: HibGlam


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 12-9-2023 02:19 PM
Oooooii...umah kalah istana negara.
Helper a-z cukop lengkap.
Misal kata org tua dia sakit pon dia xyah angkat jari la cebok kencing berak.
Aku pon xkesah kalo mcm tuhh..
Quote Kentot_Wangi 12-9-2023 06:46 PM
Ko mmg la selesa. Bini ko selesa x? Wlpn ko ketua keluarga, at least tanya la pendapat isteri mcm mne. Kdg2 isteri nk jaga hati suami je. Dlm hati, siapa tau.. Tp klu jenis rumah agam besar nak mati, ibarat nya cm klcc tu.. Xpe la..haha
Quote delia3003 12-9-2023 10:50 PM
Rumah besar macam istana kan, walaupun tinggal sebumbung, maybe ada wing lain untuk dia dan family.
Quote annabellaruz2 13-9-2023 11:18 AM
Klu isterinya redha, apa salahnya dia berbakti 'menjaga' org tua walaupun yg menjaga makam minum berak pakai semuanya orang gaji..
Quote shida81 13-9-2023 06:21 PM
Apa sumbangan dia kt keluarga... Ntah2 mkn pun bpk dia support lg
Quote borrow 14-9-2023 04:16 PM
pnh keluar kt ig pic aishu & aara. Tak follow bollywood (kpop iye ) tp mebi sbb Aara tu dikatakan iras Lisa Bp. Terkejut tgk komen2 melahar aishu sbb asyik pegang tgn anak. Dh besar katanya. Ntahlah dh paparazzi asyik kejar/snap picci deyols , haruslah protective. india kowt kadar jenayah tinggi.

dats why itu ai think bishek prefer tinggal dgn parents. Ramai yg menjaga. Lagipun heols anak emas kan haha.  Semua berkerjaya (aisu , bishek , amitabh). Tgk ayat last tu , rasanya serumah pun jarang jumpa.

Quote kucingitam 14-9-2023 04:35 PM
sakit hati plak  netizen tu si aishu pegang tangan anak.sukati la, anak dia kan..
Quote Page88 22-9-2023 06:08 PM
Those are his parents. Get real. Old or not they are his family.
Quote Suchi 24-9-2023 11:30 AM
Mmg budaya org asia jaga rentua lelagi india mesti sblm ni amitach pun jaga rentua dia juga.
Quote sarah_ary2 24-9-2023 07:01 PM
Lawalah anak dia tue dulu nampak cm Lisa tp bila dah besar mcm muka Bhumika Chawla pulak
Quote ina_na 30-9-2023 09:02 PM
Rumah dia bukan mcm rumah kita..mmg la selesa..nak2 budaya dia org anak lelaki kn jaga org tua...duit kepuk,rumah beso,maid ramai...
Quote haprak4042 30-9-2023 11:45 PM
bagus aish...taay dengan perintah suami.
kihkih
Quote nurul_akmar 9-10-2023 10:00 PM
mmg konsept budaya india tinggal 2,3 family kan dlm 1 umah.. so dh mmg adat begitu.. lgpon ko kaya nak mampos. ada maid bagai.. parent pon sihat sejahtera.. makan pakai terlebih cukup.. n tinggal umah parent sendiri. cuba ko tinggal umah pil ko..
Quote SedihPedih 10-10-2023 02:25 PM
syoknya kalau ada peluang nk jaga parents. Mcm diorang ni sah2 rumah besaq, amitha pun gamaknya x larat nk jalan pi area rumah abhishek+aishwarya.

nk merap pun tak yah merap kt anak2, org gaji banyak kot.


Quote JahLupa 11-10-2023 10:55 PM
Aku rse aish tu mcm x selesa ja duk ngan inlaws dia.
Quote amandalopez 13-10-2023 10:28 PM
Tabah ya isteri dia

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.040822 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top