Aktres Bollywood terkenal, Kareena Kapoor mendedahkan dia dan suami, Saif Ali Khan pernah trauma apabila nama anak sulung mereka dipersendakan segelintir peminat. Menimang cahaya mata pertama pada 2016, pasangan itu sepakat memberikan nama Taimur kepada anak lelaki mereka.
Pun begitu, sebaik saja mengumumkan nama anak mereka, Kareena dan Saif terkejut apabila ada antara pengikut mereka yang memberikan komen negatif serta mempersendakan nama Taimur. "Saya tak rasa ada ibu bapa yang akan menerima perkara itu dengan baik. Sehingga kini saya masih tidak dapat mencari jawaban mengapa perkara itu boleh terjadi kerana tiada sesiapa pun yang berhak memalukan kita. "Saya tahu kita berpegang kepada kebebasan bersuara, kebebasan melakukan apa pun tapi bukan dengan mengejek orang lain. "Nama Taimur dipermainkan. Saya terkejut dan trauma. Tapi, kami dapat menangani situasi itu dengan baik," katanya dalam satu temu bual bersama Indian Express.
Dalam pada itu, Kareena menjelaskan bahawa nama anak sulungnya diambil daripada nama kawan baik Saif Ali, individu pertama yang dikenalinya ketika aktor itu berpindah ke bandar. Untuk rekod, Kareena dan Saif Ali berkahwin pada 2012. Selain Taimur, mereka mempunyai seorang lagi anak lelaki, Jehangir Ali Khan yang disapa sebagai Jeh. Sumber: Gempak |
borrow replied at 17-9-2023 07:39 PM
kt sini klo muka jawa nama "berangan" , kena kaw2 kan Di fahamkan Taimur tu nama seorang penj ...
delia3003 replied at 20-9-2023 09:21 PM
Apple tu parents pun ada rupa (walaupun CM kepam sket), nasib baik gen helok menurun kat anak.
Da ...
ADVERTISEMENT