CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tak Nak Berjanji, Takut Menyakitkan' - Sharnaaz Ahmad Belum Ada Perancangan Untuk Kahwin Lagi

11-9-2023 07:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4220| Komen: 13

Walaupun Sharnaaz Ahmad tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungannya dengan Amelia Christie namun umum 'faham sendiri' selepas melihat kemesraan yang dipamerkan kedua-dua selebriti itu.


Bagaimanapun, menerusi temubual bersama Melodi TV3, Sharnaaz berkata dia belum mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga selepas perkahwinan pertamanya terlerai.


Katanya, dia tidak mahu memberikan sebarng janji terhadap kekasihnya kerana bimbang perkara itu akan menyakitkan banyak pihak.

"Saya tak ada lagi perancangan untuk mendirikan rumah tangga selepas perceraian. Ya, saya berkawan dengan gadis itu, tak ada apa nak sorok-sorok.

"Tetapi ke arah yang lebih mana tu tak tahu lagi. Saya tak nak menjanjikan sesuatu yang menyakitkan hati sesiapa.

"Nawaitu saya untuk anak saya, saya nak kerja, buat yang terbaik dalam kerjaya dan perniagaan saya," katanya.



Dalam pada itu, Sharnaaz turut berharap Amelia akan berjaya dalam perniagaan yang diceburinya.

"Untuk Amelia sudah tentu saya nak tengok dia maju dalam bisnes bakal diceburi. Dia pun muda, baru 23 tahun.

"Saya nak tengok dia melangkah lebih jauh, itu saya punya perancangan. Kahwin? Tak ada lagi," katanya.


Sharnaaz turut meluahkan rasa syukur kerana anaknya, Jebat Jayden selesa dengan Amelia apatah lagi sikap wanita itu yang pandai melayan kerenah kanak-kanak tersebut.

"Nombor satu, dua dan tiga anak saya jadi bagi menang hati anak saya dulu, tapi kalau dia cakap 'Baba, cancel'... Sorrylah," katanya lagi.


Sumber: Xtra


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 12-9-2023 12:22 AM
Kesian pulak dgn Amelia...
Quote nolya 12-9-2023 10:48 AM
Bagus atas kejujuran dn kenyataan Sharnaz, dia tidak memberi harapan palsu kpd Amelia. Jika ada jodoh, menikahlah mereka. Sementara itu Amelia boleh berfikir sendiri adakah nak tunggu buah yg tak jauh.
Meminta biarlah kpd yg ada, bermesra kpd yg ramah dn berharaplah kpd yg kasih.

Apa terbakar berbau hangit, ada bara disekam padi
Guruh berdentum riuh di langit, Hujan rahmat lum tentu jadi
Quote Burong_Hantuk 12-9-2023 10:51 AM
Ehhh lantak kau la sana!!!!Entah2 still hadap kat ex bini
Quote duradanis 12-9-2023 10:55 AM
Edited by duradanis at 12-9-2023 10:01 AM

Ame ni nak jual hair serum kan.. moga bisnes success, rajin juga live kt TT jenis xsombong , suka jawab apa org soal.. dia pun tk menafikan ada hubungan ngn mamu..
Quote MatDeghem 12-9-2023 11:12 AM
Burong_Hantuk replied at 12-9-2023 10:51 AM
Ehhh lantak kau la sana!!!!Entah2 still hadap kat ex bini

ex bini kayoooo .... si budak ini ape ado.

Ex bini ada package ... rumah, holiday 5 star hotel , golf club

shanaz21.jpg

ingat eh korang....


Quote purplelilac 12-9-2023 11:34 AM
Punya la dak amelia beria post kat ig story si mamu ni (my love), sekali blh plak mamu bg statement x fikir nak kahwin. Aiyomak. Kalau iols bye2 jela, I don’t date for fun.
Quote cm_vungtau 12-9-2023 12:15 PM
Alahai Amelia. Ko tak boleh ke cari laki yang hensem sikit, yang single. Dahla orang tua, ada anak lak tu. Carik orang lain aje dik oii
Quote eqah87 12-9-2023 10:17 PM
nampak sgt dah tu..its a sign and its a redflag..beria ia budak tu post bagai my love la my strength pillar laa lepas ada skali tu dia show off gambar mamu dgn jebat kat bilik dia..bangga sgt la..tpi reaction/reply si mamu ne tak dak pulak ter syg2..kesian. nampak mcm amelia ne syok sendiri. jaga air muka/maruah diri please
Quote tulip-rain 12-9-2023 10:38 PM
Aku tak kenal siape amelia ni pelakon jugak ke.
Cari orang lain jelah dik. Yg muda, bujang takde anak.
Quote mawardia 12-9-2023 10:40 PM
Run, Amelia.
Run!
Quote cm_vungtau 13-9-2023 12:20 AM
Mamu ni memang red flag dik untuk sesiapa saje. Tak teringin ke lelaki clean shaven dik? Blah la dik oi, dia pun ada anak dengan sskjp. English dia pun hauk dik.
Quote babyorange 13-9-2023 01:50 AM
Ntah ape mamu msh mnghrp mama jebat tak?

Nway... bdk amelia ni dlm ig mmg cun, ske tgk die. Tp bile tgk die blakon....xde la cun giler sgt2. Okay2 je la
Quote karipap_sadin 13-9-2023 08:55 AM
red flag. Blh klua statement mcm tu. Lari je lah dik..jgn buang masa.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.056081 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top