CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Satu Keluarga Dijangkiti Influenza A, Yana Samsuddin Sampai Masuk Hospital "Lagi Sakit Daripada Kena Covid-19"

11-9-2023 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1712| Komen: 0

Yana Samsudin sekeluarga dijangkiti Influenza A namun hanya dirinya mengalami gejala yang agak teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Katanya jangkitan tersebut bermula daripada dua anaknya iaitu Aisy Mateen, 7 dan Aura Aisy Sofea, 3 tahun sehingga terpaksa menjalani kuarantin selama seminggu.


Foto: IG

"Itulah Yana dah pesan dengan anak-anak, kalau nampak ada orang demam, lari dan jangan main dengan dia... tapi mereka main juga.

"Dah terbaring dua beradik itu kena Influenza A, seminggu kuarantin.

"Sudah cuba asingkan tempat tidur, rajin pula budak dua orang ini datang melawat ibu dia. Dah berjangkit pula," katanya di Instagram.



Dalam pada itu, Yana menyifatkan jangkitan Influenza A lebih sakit berbanding Covid-19 seperti sakit kepala, gigi dan sendi.

"Sakit kepala, sakit gigi, sakit sendi semua laa.

"Nasib #EnKetuaRumah (suami) tak buat hal, kalau tak, bertambah pula sakit hati kita ni," katanya.



Sementara itu, Yana berkata, meskipun suaminya iaitu Fadzil Zahari turut dijangkiti penyakit sama namun dia tetap menguatkan diri membawa dia dan anak-anak ke klinik.

Apa paling menyentuh hati katanya, Fadzil sebelum itu berada di luar kawasan dan memandu beratus kilometer sebelum pulang membawa mereka mendapatkan rawatan.


"Dia yang paling steady rasanya, memandu beratus kilometer pergi Lumut, selepas itu Pulau Pinang, Yong Peng (Johor) sebelum pulang semula ke Shah Alam.

"Malam kemudiannya bawa Mateen pergi klinik dan malam esoknya bawa Yana pula.


"Sempat pergi pejabat lagi, petang kemudiannya baru nampak dia lesu... Balik pejabat mandi lepas itu berselera pula dia makan... Orang sakit patutnya tak selera makan," selorohnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.181177 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top