Sharifah Sakinah tampil mengulas isu bermasam muka dengan Nad Zainal. Menerusi temubual bersama Budiey, Sakinah berkata dia bukan seorang rakan yang akan menghilang dari radar dan tidak tahu keberadaan butang ‘sekat’ di media sosial.
“Mereka tahu saya seorang yang sangat joyful, tapi mereka juga tahu saya tak lari atau menghilangkan diri dari orang. “Saya sendiri pun tak tahu button block tu dekat mana, saya tak begitu aktif di media sosial. “Sumpah demi Allah, saya tak suka bergaduh dengan orang. Pernah ke dengar isu saya bergaduh dengan media ke orang lain ke? Mungkin ada yang terasa hati ke saya minta maaf,” ujarnya.
Kali terakhir berhubung dengan Nad Zainal sebelum berkahwin bersama aktor, Ungku Ismail, Sakinah berkata dia tidak mahu terus mengulas kerana bimbang tersebar aib ramai pihak. “Saya sangat transparent. Saya tak nak banyak cakap sebab nanti saya akan cakap benda yang betul. “Jadi lebih baik saya tutup aib kawan saya, tutup aib semua pihak. Saya tidak akan menipu, saya bukan ‘cliche’ selebriti yang akan ‘berlapik’ ketika menjawab soalan. “Saya seorang yang sangat ‘real’. Bila ada event i akan set my mind untuk tak bercerita ketika ditemuramah sebab nanti habis semua ‘aib’ keluar."
|
Saya sangat transparent. Saya tak nak banyak cakap sebab nanti saya akan cakap benda yang betul.
aemon replied at 11-9-2023 12:01 PM
xyah layan la si kerek tu.you teruskan hidup je.
whimsicalmusic replied at 14-9-2023 01:37 AM
berbelit2 explaination si kinah ni
ADVERTISEMENT