CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sofia Jane Throwback Gambar Lama 28 Tahun Dulu- Ramai Kagum Muka Tak Berubah, Tetap Muda

11-9-2023 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7863| Komen: 53

Sudah 28 tahun usia perkahwinan Datin Sofea Jane bersama suami tercintanya, Datuk Meor Zain Azman.

Pelakon itu memuat naik hantaran khas sempena ulang tahun perkahwinannya menerusi aplikasi X.


Foto: Twitter

Menerusi ciapannya itu, Sofia memuat naik dua foto memaparkan dirinya dan suami pada awal perkahwinan mereka serta gambar terkini mereka selepas 28 tahun menyemai cinta sebagai seorang suami isteri.

Sofia turut menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya atas segala pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang perkahwinan mereka.


"Terima kasih untuk segalanya, selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-28."

Di ruangan komen ramai juga yang kagum dengan wajah Sofia yang kekal muda dan tidak dimakan usia.

Sekadar info, Sofia atau nama sebenarnya Sofia Jane Binti Hisham, 51, telah pun berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Meor Zain Azman Bin Mohamad Taib pada 9 September 1995.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kebabomb 11-9-2023 11:30 AM
Masih cantik… badan pun masih sebegitu dari dulu…..
Quote bambimo 11-9-2023 11:53 AM
la baru tau dia ada anak lelaki, ingt anak dia 3 orang perempuan.
dia mmg cantik irl. pernah bumped into her, slim je orng nya.
Quote telracs 11-9-2023 12:12 PM
Teringat zaman diorang muda dedulu.
Masa tu diorang lom kawen.
Emak husband dia tanya, bila nak kawen?
Husband dia jawab, dia akan kawen kalau dapat wife macam Sofea Jane.
Emak husband dia terus g melamar Sofea Jane.
Memang jodoh dia lah tu.
Quote ezacbee 11-9-2023 12:13 PM
telracs replied at 11-9-2023 12:12 PM
Teringat zaman diorang muda dedulu.
Masa tu diorang lom kawen.
Emak husband dia tanya, bila nak kawe ...

Aah. Baca kat urtv. Time tu laki dia duda.

Quote telracs 11-9-2023 12:15 PM
ezacbee replied at 11-9-2023 04:13 AM
Aah. Baca kat urtv. Time tu laki dia duda.

Haah, duda.

Quote telracs 11-9-2023 12:16 PM
Nak spam pic.
Quote telracs 11-9-2023 12:16 PM
Saya minat tengok pakaian masa dia nikah.
Quote telracs 11-9-2023 12:17 PM
Semoga kekal dan berbahagia sehingga ke akhirnya.
Quote cruz2 11-9-2023 12:27 PM
Adoii.. Ngam2 smlm baru lps nonton movie perempuan, isteri dan..
kat channel Siar kalau tk silap.
Dh tua2 br berkesempatan.. Tu pon dh suku di siarkan
Quote dekmieDandy 11-9-2023 12:33 PM
muka seiring bakat

best dia berlakon one cent thief tu
Quote iolss 11-9-2023 12:33 PM

cantiknya sj. dlu skrg sm je.. semoga berbahagia hgga ke akhir hyt. amin
Quote caprisonne 11-9-2023 12:36 PM
telracs replied at 11-9-2023 12:16 PM
Nak spam pic.

Masa ni punyala ai girl crush kat SJ ni. Frust sgt bila dia kahwin, sb masa tu rasa laki dia tak hensem i.e. she's too pretty for him
Quote irsa 11-9-2023 12:48 PM
Dah masuk 50's usia sheols, nmpk cantik lagi. Mesti x de problem yg membebankan fikiran slps kahwin hidup aman2, stay low. Happy ever after to sj & husben
Quote Cpkay 11-9-2023 12:49 PM
i selalu jumpa SJ ni kat grocer.  last week pun jumpa SJ dengan suaminya.. still berpegangan tangan dan peluk pinggang jalan berdua.  SJ berisi sikit je tapi tetap cantik betul macam muda muda dulu.
Quote miu84 11-9-2023 01:34 PM
Lawa..timeless beauty
Quote Freezfrozen 11-9-2023 01:38 PM
Gmbo ank2 sheols xde ke.. hehe...
Quote syamzana 11-9-2023 01:41 PM
lawa yg bukanla lawa bedooh tp iols suka tgk dia ni.
dulu schoolmate iols ada iras sofeajane cuma bulu mata dia lagi pnjg+melentik. punya la meletop2 bdk tu dah mcm retis pergi mana2 smpai cikgu pun pggl sofeajane.
dah 26yrs masih jua menten begitu, tmpt sekerja dia plak pggl acik sofeajane
Quote bondeh 11-9-2023 02:16 PM
Sebab SJ tak cucuk2 compare dengan anaknya si Arissa tuh muda2 dah botox. Nak senyum pun kejung.
Quote she 11-9-2023 02:19 PM
Abam macik frust menonggeng masa dia kawen

Dedolu siap tampal poster SJ yang posing atas buai tepi laut tu
Pakai suor jeans pendek ngam2 montot

Padan muka abam macik
Kemain taste nak yang helok
Tapi dia dapat bini pun iras SJ
Cuma mix Siam

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.174175 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top