CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Artis Lama Menang Trofi Popular Bermusim – Nam Ron

11-9-2023 09:52 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3620| Komen: 5

Perubahan selera penonton yang cenderung menghargai bintang lama mutakhir ini sehingga dijulang menjuarai kategori popular, aktor hebat Nam Rom menyifatkan senario itu hanya bermusim.

Melihat perkara ini dari sudut berbeza, pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem ke-29 (FFM29) menerusi filem Reda dan diangkat sebagai Pengarah Terbaik, Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 (One Two Jaga) itu berkata, ia bukan perubahan seperti yang diperkatakan tetapi kerana faktor tular.



“Sejujurnya perkara sebegini lebih kerana tular, bukanlah sebenar-benarnya perubahan seperti didakwa.

“Macam kita lihat Bell dan Beto Kusyairy dicalonkan untuk anugerah kategori popular baru-baru ini, kita tahu adanya gerakan (pasukan) mereka sendiri yang mahukan seseorang individu itu menang, mesti ada ‘trigger factor’.

“Semuanya tidak diduga, mungkin ada gerakan yang mahu lihat keputusan berbeza dan benda macam ini, kita tidak boleh paksa kerana mereka akan secara tiba-tiba menyokong artis yang ingin dilihat sebagai pemenang,” jelasnya dalam nada serius.


Tambah anak jati Kangar, Perlis itu lagi, kuasa sememangnya di tangan khalayak, namun perkara tersebut tidak akan berpanjangan atau barangkali akan terhenti tahun ini sahaja.

“Saya gembira pelakon berkualiti sudah mula dihargai, sekali gus menangkis dakwaan bahawa anugerah kategori popular hanya untuk mereka yang punya ramai pengikut, namun saya tidak yakin benda ini akan berpanjangan.

“Maksudnya, perkara tersebut tidak akan berlaku lagi pada tahun-tahun seterusnya.

“Mungkin hanya sesekali ataupun sekali itu sahaja, cukup fenomena Mawi dahulu menjadi contoh,” katanya yang bakal muncul dengan filem Walid pada 14 September nanti.


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 11-9-2023 11:39 AM
bermusim bermusim pun at least ada jugak orang iktiraf & nampak, orang hargai...... asyik nak bitter je artis 'retis' jenis jenis terpaling seniman artistik ni... takyah lah nak bitter je, kekonon orang tak hargai bakat drpd populariti.... musim musim pun takpe lah... takkan sepanjang masa orang nak tengok muka kepam kepam berlakon sampai mata juling berpeluh berhingus baru dikira berbakat?? normal la tu orang nak juga tengok yang helok2 popular, berlakon biasa je tapi berkesan, cakap sepatah dua je tapi berkesan, takkan sepanjang masa berlakon heavy, nangis sampai putus nyawa baru kata berbakat?? yihhhh! Pergi sana duduk je ngan amirul ayam tu..
Quote sleepandream 11-9-2023 02:30 PM
populariti retis ni memanglah bermusim... mana ada yg abadi... cuma musim tu lama dgn kejap je...
Quote tulip-rain 11-9-2023 02:57 PM
Memanglah populariti/ yg menang award popular ni bermusim. Ade masa retis ni lepas tu retis lain pulak. Tukar2. Takde rezeki kau kat sini, maknanya rezeki kau kat tempat lain..mcm tulah.
Nak kekal relevan tu yg kena sentiasa usaha, jgn bitter dgn retis lain.
Quote wirazam 11-9-2023 07:46 PM
sleepandream replied at 11-9-2023 02:30 PM
populariti retis ni memanglah bermusim... mana ada yg abadi... cuma musim tu lama dgn kejap je...

Hidup umpama roda kan sentiasa berputar...but kes ini tak terpakai utk penyanyi bernombor ye..
Quote Nozot 11-9-2023 08:33 PM
prince_marhaen replied at 11-9-2023 11:39 AM
bermusim bermusim pun at least ada jugak orang iktiraf & nampak, orang hargai...... asyik nak bitter ...

Part tak boleh blah, nangis sampai putus nyawa

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.042082 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top