Pelakon, Rozita Che Wan berkongsi perasaannya sebagai ibu dan mengulas mengenai situasi semasa yang berlaku kepada anak seorang selebriti baru-baru ini. Dalam hantarannya di Instagram Story, Rozita atau Che Ta berkata, dia tercuit untuk mengulas mengenai perkara itu.
"Dalam hidup ini, ada perkara yang tak perlu dijelaskan kepada sesiapa mahupun yang digelar netizen. "Ada perkara yang mungkin hanya mereka yang bergelar ibu dan bapa sahaja dapat merasainya saat anak diuji dengan ujian atas kekhilafan diri atau orang lain. "Sebagai ibu, tentunya saya tercuit dan terpanggil apabila kisah sensasi semasa diperkatakan. Kita tak pernah tahu apa yang orang rasa," tulisnya. Dalam hantaran sama, Che Ta juga mengajak netizen agar meletakkan rasa empati dan simpati di samping tidak menjatuhkan hukum. "Cubalah semat rasa empati dan simpati. Mungkin hari ini hari mereka. Hari kita tak sesiapa tahu. Salah atau tak, siapa kita yang nak menghakimi. Wahualam.
"Moga kita dijauhi dan terus dilindungi. Salah tetap salah, kerana tiada istilah menegakkan benang yang basah. Cuma jangan pantas mengadili dan meletakkan kesalahan mandatori," tulisnya. Che Ta bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama atau isu berkaitan sesiapa dalam hantarannya itu. Sumber: Harian Metro
|
putericahaya999 replied at 10-9-2023 03:32 PM
Saya pun risau anak anak zaman skrg
Sebanyak mana kasih syg diberi...didikan agama di beri tidak ad ...
ghalibboy replied at 10-9-2023 04:27 PM
Betul, jika kita ada anak risau, esok ada cucu pun risau. Tidak kira lelaki atau perempuan, merisa ...
she replied at 10-9-2023 05:02 PM
Mestilah dia cakap macam tu
Tak ingat ke gambar bogel anak dia bertebaran
Tu belum lagi gambar bebir ...
sleepandream replied at 10-9-2023 07:48 PM
kalau acik2 sini ada anak macam aslam tu, apa acik2 buat sekarang?
sleepandream replied at 10-9-2023 07:48 PM
kalau acik2 sini ada anak macam aslam tu, apa acik2 buat sekarang?
ADVERTISEMENT