Bekas isteri kepada Mohd Zaiza Zainal Abidin, Suzur Sofia mendedahkan masih tidak dapat berjumpa dengan dua anaknya. Menerusi Instagram, dia meminta Zaiza dan keluarganya untuk tidak mengambil haknya sebagai ibu kandung anak-anaknya.
Malah, dia juga meminta keluarga mentuanya itu untuk tidak mencampuri urusannya dan anak-anak. “Mohd Zaiza Bin Zainal Abidin, Aku nak tanya sikit, p*ki aku koyak rabak lahirkan anak aku ke p*ki mak kau atau biras kau yang koyak rabak lahirkan anak aku? “Kau jangan buat gila dengan aku. Aku akan buat report. Cakap kat bapak kau, kalau nak sangat anak, kahwin lagi satu dan beranak. “Tapi jangan ambil hak aku sebagai ibu kandung anak-anak aku. Tak ada kena mengena boleh nak masuk campur hal anak-anak aku. Pergi jalanlah. Keluarga sendiri pun hura-hara, kelam kabut. “Aku bersabar. Aku tunggu saman kau. Kalau kau tak buat, aku akan buat,” tulisnya di Insta Story pada Ahad lalu.
Dalam pada itu, Sofia turut menyatakan Zaiza mendakwa dirinya membuka aib keluarga dan menjatuhkan imej keluarga bekas suaminya. “Kau kata apa? Aku aibkan keluarga kau dan jatuhkan imej keluarga kau? Jalanlah. Tak malu. Bagitau aku tang mana aku aibkan dan malukan. Jangan diri sendiri malukan diri sendiri sudah. “Kau cakap dengan aku sekarang, imej apa? Bukankah dorang sendiri aibkan diri sendiri dengan kes macam-macam? Kahwin cerai? Bergaduh di tempat awam? Kemon la labu,” tempelaknya. -CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT