Penyanyi terkenal Ziana Zain menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya telah menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk. Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 55, berkata dia terhibur apabila mendengar khabar angin tersebut awal pagi semalam.
"Saya sebenarnya geli hati bila dapat ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang kata saya dapat gelaran Datuk pagi semalam (Isnin). "Saya dapat gelaran nenek adalah, gelaran Datuk tiada. Apa pun saya menafikan berita yang tular tersebut. "Saya terkejut waktu dengar, saya kata ‘bila masa pula aku dapat gelaran berita itu’. Saya kata tiada pun dekat mereka," katanya. Ketika disoal bagaimana penerimaan sekiranya diberikan gelaran Datuk suatu hari nanti, pelantun lagu Madah Berhelah itu berkata dia menerima dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai pengiktirafan kepadanya sebagai anak seni.
"Sekiranya dapat gelaran Datuk itu saya anggap sebagai bonus dan rezeki untuk saya sebagai anak seni. "Gelaran itu satu anugerah dan pengiktirafan ke atas diri saya sepanjang tempoh pekhidmatan bergelar anak seni.
|
prince_marhaen replied at 6-9-2023 10:05 AM
biasanya artis2 ni datukship daripada pahang kan ramai..... mungkin kakak ziana boleh propose kat be ...
ADVERTISEMENT