CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lana Nodin Ligat Memasak, Keluarga Mentua Dah Jadi Tekak Melayu "Ayam Kunyit, Nasi Lemak Dan Daging Masak Merah"

5-9-2023 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7688| Komen: 42

Lana Nodin mendedahkan keluarga mentuanya di Amerika Syarikat cukup menyukai juadah Melayu.

Lana atau Mazlina Hasan Nodin, 45, berkata, hidangan kegemaran keluarga mentuanya termasuklah ayam kunyit, nasi lemak dan menu wajib daging masak merah.


"Permintaan daripada keluarga mentua, masakan Melayu.

"Kalau balik kampung suami, wajib masak daging masak merah, ayam kunyit dan nasi lemak," katanya.




Pelakon itu yang kini berada di Amerika turut memuat naik video dia sedang ligat memasak di dapur pada Selasa.

Antara menu yang sedang dimasak Lana termasuklah daging masak merah dan gulai masak lemak.

Dalam pada itu, Lana berkata, usaha 'meracun' keluarga mentuanya tentang kehebatan dan keunikan makanan tempatan berjaya sehinggakan dia tidak menang tangan memasak di dapur.

Malah kata Lana, tekak mereka juga sudah bertukar seperti orang Melayu namun dia gembira apabila mereka menyukai masakan tempatan.


"Mereka dah berkenan masakan Melayu fasal saya dah racun mereka dengan kesedapan makanan Melayu kita.

"Dah jadi tekak Melayu... Mula-mula si suami, sekarang satu keluarga mentua," katanya.

Untuk rekod, Lana berkahwin dengan Mohd Daud McKienzie pada 15 Mei 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 7 dan William Daud Mckienzie, 4 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timah03 5-9-2023 03:53 PM
Knp kalau perempuan melayu kahwin dgn mat Saleh mesti auto selekeh... Hidup penat sangat ke...
Lepas tu jalan terkangkang2...
Quote elzy 5-9-2023 04:01 PM
timah03: Knp kalau perempuan melayu kahwin dgn mat Saleh mesti auto selekeh... Hidup penat sangat ke...Lepas tu jalan terkangkang2...


Hahahaha setuju, terus kepam..

Quote Burong_Hantuk 5-9-2023 04:16 PM
laki dia suri rumah sepenuh masa kan???
Quote Kentot_Wangi 5-9-2023 04:22 PM
Xda ke org nak tepek muke "korea" sheols.. Nk tgk jugak.. Hahahaa
Quote prince_marhaen 5-9-2023 04:23 PM
alahhhh...laki awak tu pun half pinoy, mak dia mesti dah biasa masakan asia....anak pun muka pinoy original... selayaknya lah belajar suka makan nasik... gittew.. hahaha
Quote lea_kdo 5-9-2023 04:23 PM
lama bertahan... alhamdulillah.. bgs dia ni, rajin masak..

cuma x berkenan hidung baru je..
Quote makneng 5-9-2023 04:27 PM
So kedai roti sheolls tu dah melingkup ke gi mana?
Quote I.K.A888990 5-9-2023 04:28 PM
rajin eh dia masak
Quote pujanggacinta 5-9-2023 04:29 PM
rajinnya memasak
pandai amik ahti family in law
Quote cikatilia 5-9-2023 04:56 PM
kenapa gambar masak gojes
tapi time makan kepam
Quote nazurah 5-9-2023 05:06 PM
Muka sheols lain sungguh ya… dah hilang rupa Lana Nodin yg dulu. Tak macam Lana dah
Quote opie5662 5-9-2023 05:19 PM
makneng: So kedai roti sheolls tu dah m ...


Melingkup ke.... Hr tu riyak sgt.... Igt kan dah ade 300 francaise seluruh dunia skrg
Quote pitera 5-9-2023 05:31 PM
Kalau makan nak ikut selera melayu, tapi lifestyle ikut selera omputeh
Quote codenamedream 5-9-2023 05:41 PM
Ayam kunyit, daging masak Merah, gulai.

Dah tak vegan kah sheols.
Quote KucingBiru 5-9-2023 05:46 PM
prince_marhaen replied at 5-9-2023 04:23 PM
alahhhh...laki awak tu pun half pinoy, mak dia mesti dah biasa masakan asia....anak pun muka pinoy o ...

Entahnya kan.. sah sah mak mertua tu pinoy, nama je dok amurica.
Quote renko 5-9-2023 05:48 PM
pesal dia ni merempat sini lagi?
aritu kemain eksen masa mula2 pindah usa
Quote kikiharris 5-9-2023 05:50 PM
Pinoy punya kuih muih pun sket lebih kurang sama je mcm kuih melayu. Byk guna tepung pulut, sagu semua. Ko kalau dah ada Asian blood tu, paling tidak spices, ingredients sket lebih kurang je. Lain ler MIL pure kokosen.
Quote bottombikini 5-9-2023 05:50 PM
nazurah replied at 5-9-2023 05:06 PM
Muka sheols lain sungguh ya… dah hilang rupa Lana Nodin yg dulu. Tak macam Lana dah

pic yg kepam tu wajah sheols la kan sis
yg pic masak tu filter

Quote dani-rox 5-9-2023 06:24 PM
gambar belah kanan tu yg latest ke? apesal nampak haggard?

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.108850 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top