Ramai kagum tengok keberanian Yusuf Iskandar, 6 apabila bapanya, Hairul Azreen mencabut gigi susu miliknya. Menerusi video yang dimuat naik, Hanis Zalikha di Instagram, Yusof yang pada awalnya dilihat tenang dan bersedia giginya dicabut.
Sekali percubaan sahaja, Hairul berjaya mematahkan gigi Yusuf. Hanis berkata, tanpa disedari anak sulungnya itu semakin membesar dan ini merupakan kali ketiga gigi Yusof tercabut. "Dah gigi susu ketiga yang dicabut. Setiap kali giginya tercabut maksudnya anak lelaki saya semakin besar. "Dan setiap itulah mommy sebak terkenang saat dia masih jalan terkedek-kedek, perut kedepan, semua sayuran yang dia makan, tidur nak bawah ketiak (yang ini masih lagi sama) dan rambut curly wirly," katanya.
|
Sazreena replied at 5-9-2023 02:45 PM
Anak aku gegirl masa 5 tahun elok je cabut gigi sendiri. Tetau je dia dah hulurkan gigi tu kat aku.
kikilala_comei replied at 5-9-2023 04:07 PM
kita sama... takde pun nak kecoh kann..
ADVERTISEMENT