CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Reen Rahim 'Back Up Sweet Qismina Lepas Kena Kutuk Gara-Gara Salah Umum Pemenang

5-9-2023 11:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3197| Komen: 5

Pelakon Reen Rahim menyifatkan kesalahan yang dilakukan aktres Sweet Qismina sewaktu menjadi hos di pertandingan akhir Bintang Kecil 2023 sebagai perkara biasa yang dilalui seorang pengacara baharu.


Menerusi hantaran di Instagram Story, Reen berkata untuk menjadi seorang pengacara yang hebat perlu melalui fasa jatuh bangun terlebih dahulu.


Kata Reen, dia yakin Sweet akan menjadi seorang pengacara yang disegani suatu hari nanti.

"Tak pernah la netizen ini nak bagi peluang kan. Kau ingat semua keluar perut terus pandai ke?

"Nak jadi hebat kena lalui fasa ini (jatuh). Percayalah selepas dia (Sweet) lalui fasa ini dia akan kembali kuat dan hebat selepas ini," katanya.

Dalam hantaran sama, Reen berharap Sweet tidak mengambil peduli dan ‘persetankan’ cakap-cakap nakal netizen yang mengkritik dirinya.

"Sweet, tolong persetankan mereka yang condemn (kritik) kau. Mereka yang cakap negatif ini sebenarnya mereka yang teruk.


"Yang dah berjaya pasti nampak kekuatan awak dan akan sentiasa beri sokongan. Terus melangkah dan sentiasa ceria okey," kata Reen lagi.

Terdahulu, nama Sweet teruk dikritik netizen selepas dia tersalah mengumumkan nama pemenang pertandingan akhir Bintang Kecil 2023 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Kuching pada Ahad.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Login_ID 5-9-2023 11:34 AM
Edited by Login_ID at 5-9-2023 11:36 AM
"Tak pernah la netizen ini nak bagi peluang kan. Kau ingat semua keluar perut terus pandai ke?

sebagai pengacara kampungan, sis nak pesan, mmg bukan semua benda akan terus jadi perfect, maka berlatihlah dulu... banyakkan rehearsal
bukan main terima ja job mc tapi tak boleh handle majlis tanpa q kad.
nak berlatih sbg mc.. ko start dgn acara kecik dulu... majlis makan malam saudara mara ke, majlis karaoke peringkat mukim ke..nak jadi mc yg tak canggung dan buat tingkah macam2 masa majlis bukan nak pastikan muka elok pakaian elok ja.
kna pandai berinteraksi dgn segala mala atas pentas tu supaya fikiran fokus, dan tak buat kesilapan besar


Quote cikatilia 5-9-2023 12:24 PM
xdak sapa expect kami brilliant sejak keluar perut sweet.. sbb kamu dah lama sgt keluar dari perut sekurg2nya pandai sikit.. kalau baru nak berjinak belajar lah dulu.
Quote ayukpingu 5-9-2023 02:16 PM
Edited by ayukpingu at 5-9-2023 06:19 AM

ramai lagi lah pengacara tempatan yang boleh mengacara. buat kat sarawak kan? jauh2 ambik dia ni buat apa? takde pengalaman dah satu hal, tersasul, buat lawak pun tak kena tempat masa mengacara. budak yang patut menang tu pun teragak2 nak berdiri ambik hadiah, mana la tau konon lawak lagi. sedehhh!
Quote taji2906 5-9-2023 03:27 PM
belajar la hosting dengan helmi gimmick. hahah
Quote supernaturalee 5-9-2023 06:47 PM
taji2906 replied at 5-9-2023 03:27 PM
belajar la hosting dengan helmi gimmick. hahah

apa kata surveiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii




Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.049441 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top