Tragedi melibatkann 6 sekeluarga maut serentak akibat kemalangan baru-baru ini amat merobek hati ramai pihak. Abdur Rahman yang baru berusia 16 tahun kehilangan ibu bapa, dan empat adik beradik dalam kemalangan berlaku di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada Sabtu lalu.
Berita duka tersebut meraih perhatian ramai termasuk Tiz Zaqyah yang berkesempatan untuk menziarah Rahman di Muar pada Isnin. Perkara tersebut dikongsikan menerusi hantaran di platform X miliknya. “Alhamdulillah. Rezeki dapat melawat adik Rahman dekat Muar ni… Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan semuanya untuk adik Rahman,” tulisnya. Di ruangan komen8 ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Tiz atas sikap prihatinnya. Tiz bersyukur niatnya untuk melawat Rahman akhirnya tercapai. Sebelum ini, pengasas syarikat umrah dan haji, Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd bakal menaja pakej Umrah kepada Rahman. Adiknya, Abdullah Amir Ruddin, 15 satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan yang meragut enam sekeluarga ini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat. Abdullah terselamat dalam kemalangan meragut nyawa ibu, Noorahimah Noor Muhamad, 43, bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat adik beradiknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5. Jenazah enam sekeluarga itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong. -CARI Sumber: XTRA
|
wanokakaka replied at 5-9-2023 10:35 AM
i kalau tgk adik ni rasa sedih sgt.. lg2 bila tgk video dia nngis masa jenazah familynya di bawak ut ...
wanokakaka: i kalau tgk adik ni rasa sedih sgt.. lg2 bila tgk video dia nngis masa jenazah familynya di bawak utuk di sembahyangkn.. hebat allah uji adik ni.. sem ...
wanokakaka replied at 5-9-2023 10:35 AM
i kalau tgk adik ni rasa sedih sgt.. lg2 bila tgk video dia nngis masa jenazah familynya di bawak ut ...
kuzaime replied at 5-9-2023 11:01 AM
Nampak video kat fb semalam, adik ni dengan kawan2 dia, auto rasa sebak. Bila kita dikelilingi kawan ...
missHaidiD replied at 5-9-2023 11:17 AM
Tersenyum rahman bila cerita pasal adik dia. Kaki semua ok dia kt.
Semoga adik rahman sentiasa d ...
talapia replied at 5-9-2023 12:10 PM
walaupon adik Rahman ni ditinggalkan dalam keadaan mengejut mcm ni... tapi alhamdulillah.. parents d ...
prince_marhaen replied at 5-9-2023 12:55 PM
Besides from sedih teramat & turut berdukacita pada keluarga adik ni,
meols macam rengsek sebab maca ...
ADVERTISEMENT