CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Tutup! Ahirine Tak Mahu Bermasam Muka

4-9-2023 08:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3654| Komen: 18

“Saya tak mahu bermasam muka, kita pun nak kerja lama dalam bidang ini. Kes tutup!”

Itu pendirian pelakon Ahirine Ahirudin  yang menganggap isu gambar disifatkan rakan gandingannya, Aedy Ashraf sebagai kontroversi sudah selesai sebaik foto tersebut dipadamkan dari Instagramnya.



Aktres berusia 27 tahun menegaskan tiada niat mencetuskan sensasi mahu pun ‘publicity stunt’ seperti didakwa pihak terbabit, sebaliknya hanya mempromosikan filem lakonan seperti dilakukan sebelum ini.

“Saya tiada masalah pun untuk memadam foto daripada babak filem Tebus itu jika dia tak berkenan. Boleh sahaja terus hubungi saya sebab kami pun kawan dan kerja dalam produksi sama.

“Apabila dia suarakan secara terbuka tak bagi kebenaran dan tidak pernah bersetuju gambar itu jadi bahan promosi, saya telefon dia untuk bagi penjelasan agar tiada konflik di kemudian hari.

“Dalam bekerja saya profesional, begitu juga apabila berkawan. Saya tak mahu bermasam muka, kita pun nak kerja lama dalam bidang ini. Kes tutup,” katanya kepada HibGlam.

u
Enggan niat baiknya mempromosikan Tebus dijadikan isu, Ahirine turut menjelaskan semua hantaran membabitkan karya itu adalah berpandukan gambar serta klip video pihak produksi.

Bagi pelakon berjiwa lasak itu, situasi terbabit bagaimanapun tidak menjejaskan persabatan dengan Aedy, malah dia sedia bekerjasama lagi pada masa akan datang sekiranya ada rezeki.

“Industri hiburan kita tak sebesar mana, pusing-pusing kita jumpa orang yang sama. Cukup kita raikan ketenangan dan hargai persahabatan.

“Siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu saya jenis macam mana, ‘happy go lucky’ serta tak suka ambil peduli perkara remeh yang boleh mengganggu fokus,” tambahnya.


Filem arahan Jason Chong yang menyaksikan Ahirine dan Aedy sebagai teraju utama itu disiarkan di saluran penstriman over the top (OTT) Amerika Syarikat (AS), Prime Video sejak 31 Ogos lalu.

Terdahulu, Prodigee Asia Talent selaku syarikat pengurusan di bawah WebTVAsia yang mengendalikan kerjaya Ahirine membuat kenyataan rasmi berhubung hantaran gambar dilakukan artis mereka.

Menurut kenyataan berkenaan, foto membabitkan kedua-dua pelakon terbabit telah dipadam demi menghormati pihak tertentu selain enggan kontroversi berpanjangan. 


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 4-9-2023 08:56 PM
Lawa ye skrg pelakon pelakon baru skeg...say good bye to those actress yg cucuk sana sini
Quote codenamedream 4-9-2023 09:05 PM
Aborigine Ahirine ni the new kemut ke?
Nak takeover takhta Ruhainies.??
Terselit2 thread baru dia.
Quote phoenix_panik 4-9-2023 09:08 PM
taktau nape dr segi mekap n gaya
kuat vibe rempitnya
kalau gaya bebiasa or mekap natural mesti lg lawa
Quote bedahmenjuyah 4-9-2023 10:05 PM
Wah byk plak benang dia. Dah 27 agak terlambat dlm bidang seni. Ke dah lama berlakon aiols je tak kenal.
Quote winky1 4-9-2023 10:11 PM
Gambar tu bukan dalam scene pun . Ni kira pihak sana tahu mereka bergambar mcm ni masa tak shooting...ke mcm mana
Quote Nana_Man 4-9-2023 10:42 PM
Benda ni tak jadi issue kalau bukan ahippers AA and AH buat bising di socmed….
Quote kuceeng 4-9-2023 11:24 PM
setakat gmbo mcm tu je weh, seriousla bodo nye aedy serap keli, para2 shippers retis benak ni yg selalu buat kecoh, yg retis pon terpakse turutkan, takut peminat larikkk
Quote NonaNaga 5-9-2023 12:42 AM
Baru ku tau Ahirini ni anak  blogger Rocky's Bru
those zaman blogger tahulah noks
Quote LadyCarefree 5-9-2023 07:34 AM
kuceeng replied at 4-9-2023 10:24 PM
setakat gmbo mcm tu je weh, seriousla bodo nye aedy serap keli, para2 shippers retis benak ni yg sel ...

Entah2 amey yg tersentap bila peminat dia kecoh lalu demand keli buat statement gitu.

ahir ini pula lain kali sebelum up apa2 clip atau still dari hasil kerja kenalah minta izin dari pihak produksi. Baru boleh whoryuskan sesiapa cakap itu ini.
Quote prince_marhaen 5-9-2023 09:26 AM
NonaNaga replied at 5-9-2023 12:42 AM
Baru ku tau Ahirini ni anak  blogger Rocky's Bru
those zaman blogger tahulah noks

yer..... sebab tu sheols macam kalis media.... semua press kenal bapaknya..nak tulis lebih2 pun takut.. sekali keluar cerita dia..semua media keluar cerita dia.. haritu awal2 pun kemain lepas dia, dia lagi keluar... irl si Ee ni kemain la bimbo, general knowledge pun blur blur... kerja kat Thinker Studio / HLive sekejap je kan...


Quote prince_marhaen 5-9-2023 09:28 AM
phoenix_panik replied at 4-9-2023 09:08 PM
taktau nape dr segi mekap n gaya
kuat vibe rempitnya
kalau gaya bebiasa or mekap natural mesti lg la ...

sheols memang minha motor, motorcross, lumba keta... vibe2 akak bengkel tu kuat lagi ye.



Quote beni_nikaido 5-9-2023 09:31 AM
banyak gambar lain, gambar ni gak ko pilih supaya 'gosip' ni naik sekaligus dapat promote cite Tebus.
ok. menjadi dah taktik anda. good job dik.
ok next
Quote beni_nikaido 5-9-2023 09:33 AM
hocconhobb replied at 4-9-2023 11:37 PM
Saya memahami perasaan Anda. Kesilapan atau masalah yang berlaku kadang-kadang boleh membuatkan kita ...

Beni dah macam baca ceramah online ni hahaha
tapi time kasih atas nasihat ini
Quote she 5-9-2023 10:44 AM
Tapi boleh puji cara dia handle situasi ni
Jawab pun matang
Nak kerja lama
Bagus

Nah seposen dari macik tanda pujian
Quote ouch! 5-9-2023 11:03 AM
she replied at 5-9-2023 10:44 AM
Tapi boleh puji cara dia handle situasi ni
Jawab pun matang
Nak kerja lama

Bapaknye RockBru.
Mesti lah pandai handle.

Suka gak tgk dia ni. Jangan EE kebas anak kawan dia dah. Haha
Quote petpot 5-9-2023 12:04 PM
alolololo AA jaga hati gf ehhh. gf merajuk la tewwwww.
Quote dekmieDandy 6-9-2023 10:50 AM
lawonya dia, especially gambar yang rambut ada bang tu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.215587 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top