Penghibur terkenal, Datuk Zainal Abidin menyelar sikap segelintir peminat taksub artis yang disifatkannya kurang ajar dan bodoh. Kenyataan itu dikeluarkan Zainal berikutan berang dengan sifat ditunjukkan peminat ketika menulis komen dalam media sosial.
"Peminat sekarang kurang ajar dan bodoh. Mereka selalunya memuat naik dahulu, kemudiannya baru fikir. "Cubalah fikir dahulu, baru muat naik komen. Kalau nasihat dan tegur baik-baik, saya terima, tetapi saya pula dihentam. "Sehingga ada yang panggil saya sebagai pakcik tua nak mampus, kubur dah panggil," katanya kepada BH Online. Sehubungan itu, Zainal menasihatkan golongan peminat untuk menjaga adab terutamanya dalam meninggalkan komen dalam media sosial. "Janganlah guna bahasa kasar sebegitu. Daripada saya nak dengar nasihat, terus berubah jadi benci. "Kita orang Melayu, beragama Islam yang ada adab dan adat.
"Walaupun anda ustaz sekalipun, kalau tiada adab baik, saya tetap tak dapat terima," ujar penyanyi lagu Hijau ini Terdahulu, Zainal menerima kecaman apabila teguran dibuat terhadap seorang penyanyi popular tular . Sumber: BH Online |
"Sehingga ada yang panggil saya sebagai pakcik tua nak mampus, kubur dah panggil," katanya kepada BH Online
ashilalat replied at 4-9-2023 07:51 PM
Lagi nak tau kenapa roslan aziz berpatah arang dgn kau ni sbnrnya..kalao dgn sila majid kita tau dah ...
LadyCarefree replied at 4-9-2023 09:02 PM
Yg iols tahu pakcik ni dengan wife sombong yak amat
"Sehingga ada yang panggil saya sebagai pakcik tua nak mampus, kubur dah panggil," katanya kepada BH Online.
LadyCarefree replied at 4-9-2023 09:02 PM
Yg iols tahu pakcik ni dengan wife sombong yak amat
"Kita orang Melayu, beragama Islam yang ada adab dan adat.
ADVERTISEMENT