Seorang pengusaha butik di Terengganu kesal apabila kerusi putih yang diletakkan di atas pelamin kotor teruk akibat terkena darah haid. "Salam sayang-sayang, untuk peringatan semua, saya wakil daripada bridal di seluruh Malaysia.
"Yang mana uzur ketika majlis tu, pastikan awak tidak 'bocor' ya kalau nak duduk atas kerusi baldu di atas pelamin," katanya yang turut memuat naik dua keping gambar memaparkan kerusi putih kotor terkena darah. Tambahnya lagi, kotoran berkenaan bukan berpunca daripada pengantin, sebaliknya melibatkan tetamu wanita yang naik ke pelamin untuk bergambar. Dalam posting sama, dia turut berkata kekotoran seperti itu sukar untuk ditanggalkan, malah kerusi yang digunakan juga tidak murah. "Ni bukan hasil dari pengantin, tapi dari orang lain yang duduk bergambar. "Kalau darah kering, payah nak cuci ya sayang. Tolonglah, kerusi ni boleh tahan juga harganya. "Untuk peringatan kita semua, harap maklum," ujarnya menerusi posting di laman Facebook. Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap pengusaha butik berkenaan apabila pelamin mereka kotor terkena darah haid. "Allahuakhbar. Kesian kalau kena kerusi ada masalah macam ni. Nak bersihkan pun jadi rosak fabrik kain kerusi atas pelamin. "Rumit juga kalau kena begini. Harap tanggal la. Kalau darah kita sendiri tak geli sangat. Nak basuh darah orang rasa kotor juga. "Allahhuakbar teruk betul, kesian bridal kena cuci. Kerusi bridal bukan murah. "Kalau saya jadi pengantin, bad mood seharian. Kita pula nak duduk atas pelamin. Tengok-tengok ada darah tetamu," tulis beberapa netizen. -CARI Sumber: mStar
|
Nurul8001 replied at 1-9-2023 03:44 PM
Atau pakai cup?
ADVERTISEMENT