Penyanyi Datuk Aishah mendedahkan dia pernah terkena gangguan sihir yang dihantar menggunakan kurier oleh individu tidak dikenali. Penyanyi berusia 58 tahun itu berkata, sihir tersebut menyebabkan dia mengalami sakit perut serta tidurnya diganggu dengan mimpi-mimpi pelik.
"Apabila bungkusan itu sampai, saya nak buka tapi anak minta tunggu dia pulang dahulu. Tapi, bungkusan belum buka saya dah rasa tak sedap hati. "Saya juga rasa sakit perut memulas sampaikan rasa macam nak berguling atas lantai. "Saya juga mimpi macam orang terkam saya. Saya jarang mimpi yang aneh-aneh tapi dalam mimpi saya tu nampak seorang lelaki yang sangat familiar wajahnya," kata Aishah. Tambahnya lagi, sejak dari awal dia pelik apabila menerima bungkusan tersebut atas namanya sedangkan dia tak pernah membuat sebarang pembelian.
|
Perawankota replied at 30-8-2023 04:59 PM
Zaman makin maju, tapi sihir ni tetap berleluasa.. takut aku
ADVERTISEMENT