Baru-baru ini, Zarina Anjoulie mencetus spekulasi ramai apabila dilihat keluar bersama bekas tunangnya. Tinjauan ke TikTok Dato’ Sri Khazrul Elzey mendapati dia dan Zarina atau Anju serta anak-anak dilihat gembira menghabiskan waktu terluang bersama.
Bahkan, pasangan ini nampak sangat mesra dalam klip tersebut seolah-olah kembali menyulam kasih. Dalam satu pengakuannya yang dimuat naik di Instagram, Anju mendedahkan mereka kini dalam fasa menjalin semula hubungan percintaan. Bagaimanapun, dia menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah SWT.
Mungkin hubungan mereka kali ini akan menemui pengakhiran yang sama atau mungkin juga sebaliknya. Jelasnya, dia dan Khazrul sedang cuba memperbaiki diri masing-masing. - CARI
|
slyfynx replied at 30-8-2023 02:15 PM
Bgs la.
Dua2 red flag.
Sesuai sgt.
ADVERTISEMENT