Pengacara dan pelakon 'gila-gila' Ain Edruce yang kini aktif sebagai pencipta kandungan tidak berhasrat meninggalkan industri seni tempatan. Ain atau nama sebenarnya, Nurul Ain Edruce, 32, mengakui kepentingan menghasilkan kandungan menarik di media sosial namun tidak akan meninggalkan bidang seni yang banyak membuka ruang untuknya sebagai anak seni.
"Sosial media ni kalau anda semua hendak tahu memang boleh buat duit. Tak adalah, jangan beritahu orang nanti orang ambil kerja kita pula. "Dan pasal sosial media itu, benar sekarang memang saya banyak buat untuk sosial media tapi tidaklah sehingga tinggalkan industri televisyen ke industri hiburan. "Apatah lagi, saya menyedari kepentingan bidang seni. Saya pun sedar diri bermula pun dari industri hiburan daripada televisyen semua. "Jadi jika ada komitmen atau tawaran saya lunaskan tanggungjawab tetapi jika tiada, saya akan fokus kepada media sosial. Begitu pendekatan yang saya ambil," kata Ain.
Pelakon drama bersiri Kekasih Paksa Rela ini berkata, walaupun ingin dikenali dengan gelaran anak seni serba boleh, dia harus bijak membahagikan waktu. Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini mengakui turut menjadikan keluarganya sebagai 'content' untuk di muat naik di media sosial. Katanya, selagi boleh guna, masukkan saja semuanya termasuk suami dengan anak. "Malah, jika ada anak kedua nanti, pun saya akan gunakan juga sebagai 'content'. Bukan apa, semua itu rezeki. Bukan untuk orang lain, buat mereka juga," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT