CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Banyak Kali Dikutuk Menyanyi Tak Sedap, Peti Suara Siti Nordiana Bermasalah "Saya Tak Boleh Berhenti Menyanyi Sebab Ini Punca Duit"

30-8-2023 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6392| Komen: 45

Banyak kali dikutuk persembahan kurang berkualiti apabila tampil di acara pentas, Siti Nordiana mendedahkan dia mengalami masalah pada bahagian peti suara.

Masalah tersebut dipercayai berlaku disebabkan kesan sampingan susulan pernah lima kali terkena jangkitan Covid-19 sebelum ini.


Malah kata Nana dia masih dalam proses pemulihan selepas melakukan pemeriksaan dan mendapat nasihat doktor.


Foto: IG

"Saya ada masalah sikit pada bahagian peti suara disebabkan terkena jangkitan Covid-19 sebelum ini. Banyak kali terkena, tak tahulah kenapa suka sangat 'dia' datang sampai lima kali saya dapat.

"Apabila mula sedar ada masalah itu saya dapatkan nasihat doktor dan kini dalam proses 'healing'. Saya makan ubat untuk proses pulihkan suara sejak Jun lalu," katanya kepada mStar.

Menerima semua kritikan secara terbuka, Nana juga sentiasa mengkaji kelemahan pada teknik nyanyian yang boleh diperbaiki supaya tidak berlaku masalah suara keterluan ketika di atas pentas.



Dalam keadaan kesihatan suara yang masih belum pulih sepenuhnya, juara Gegar Vaganza musim kedua ini berani menyahut cabaran bersaing kembali dengan sembilan juara program tersebut.

"Saya kenalah cuba dulu sertai GV kali ini. Tak mahu mengalah awal sebelum mencuba. GV pun sudah banyak berjasa kepada saya dan ini adalah cara saya untuk menghargai produksi.

"Bagaimanapun saya tak boleh nak berhenti menyanyi kerana ini punca rezeki. Doakan kesihatan saya akan kembali pulih.

"Semua kritikan yang diberikan saya terima... Apabila dikritik tidak bermaksud saya sudah tidak pandai menyanyi. Perlu kaji semula dan tambah baik apa yang perlu," ujarnya.



All Stars Gegar Vaganza akan mula bersiaran pada 24 September ini menampilkan 10 orang juara Gegar Vaganza dari musim pertama hingga musim kesembilan.

Sementara itu, bercakap lanjut tentang masalah yang dihadapi, Nana tidak menyekat sebarang aktiviti persembahan pentas namun kurang membuat kemunculan di kaca televisyen.



"Show berjalan seperti biasa cuma saya kurang masuk TV. Bila terlibat dengan program TV, suara kita akan lebih jelas kedengaran, jadi saya kurang ambil tawaran disebabkan masalah ini.

"Bagaimanapun saya tak boleh nak berhenti menyanyi kerana ini punca rezeki. Doakan kesihatan saya akan kembali pulih," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 30-8-2023 11:32 AM
ini punca duit...
selain dari tu xreti buat apa dah ye?
Quote lanacondor 2-9-2023 10:50 PM
Sheols ada kedai baju kan sblm ni.. tapi paling masyuk mmg job nyanyi,mengacara la.
Quote bedahmenjuyah 2-9-2023 10:57 PM
Kesiannya sampai lima kali kena c19. Moga pulih sepenuhnya.
Quote fadz84 2-9-2023 10:58 PM
cikatilia replied at 30-8-2023 11:32 AM
ini punca duit...
selain dari tu xreti buat apa dah ye?

Dari umur 15 tahun jd artis rakaman..
Quote woven11 2-9-2023 10:58 PM
Bakalan tersenggol awal dan di selamatkan astrok demi rating
Quote Piramida 3-9-2023 12:01 AM
Patutlah mcm x puas dengar... Mcm tak habis lepas.
Tapi kalau bab persembahan memang jarang memberi. Maybe sbb malas atau kurang preparation? Sekdar nyanyi gitu2 je.
Quote anggeriklatifah 3-9-2023 12:10 AM
Piramida replied at 3-9-2023 12:01 AM
Patutlah mcm x puas dengar... Mcm tak habis lepas.
Tapi kalau bab persembahan memang jarang memberi. ...

Sebelun kena covid  dan sebelum  covid melanda pon dia nyanyi sekadar ala kadar...mcm dia g rumah kahwin..pastu org tetibe suruh dia naik atas pentas nyanyi..so dia nyanyi sekdr ala kadar je...

Entah laa.  Tapi mse GV yg dia menag tu mwmng nmpk effort sungguh2 sebb mse tu dia takdr nama lg..nmpk dia tekad nak ubah jalan hidup so dia buat sungguh2
Quote DeLuna85 3-9-2023 12:14 AM
Dia masih kekal dalam industri sebab tak gedik, mengada, perasan hot dan tak bingit mcm sorang rakan seangkatannya tu. Yg tu dari zaman belasan tahun dah nampak aura shundal.
Quote lovelytouch 3-9-2023 12:25 AM
Rengsek dgr dia bahasakan diri sebagai mader..  chooiii
Quote September14 3-9-2023 12:41 AM
Masa gv dia fav tokram n penonton… klu aku lg prefer kualiti suara faradiya… suara nana ni bg aku x sedap bunyi leper… wani hasrita suara seakan sama tp lbh bulat n lbh sedap…
Quote shahirakay 3-9-2023 12:42 AM
DeLuna85 replied at 3-9-2023 12:14 AM
Dia masih kekal dalam industri sebab tak gedik, mengada, perasan hot dan tak bingit mcm sorang rakan ...

yang kena saman tu kaaaa huhuhuhu
Quote dinosaurpink 3-9-2023 12:58 AM
Aiiii mcm ramai pula bintang2 gv10 ni citer masalah tekak bagai
Nak bg alasan siap2 kalau kalah atau terkeluar awal ka?
Quote qusairy 3-9-2023 02:14 AM
dinosaurpink replied at 3-9-2023 12:58 AM
Aiiii mcm ramai pula bintang2 gv10 ni citer masalah tekak bagai
Nak bg alasan siap2 kalau kalah atau ...

Hahaha klo terkeluar awal x delah malu sgt ada reason x dpt perform
Quote Nurdianah 3-9-2023 02:39 AM
Nyanyi dia x de masaalah..pitching...boleh tarik..cuma vokal tk jernih...akak tak puas dik.
Quote virgocircus 3-9-2023 07:42 AM
dinosaurpink replied at 3-9-2023 12:58 AM
Aiiii mcm ramai pula bintang2 gv10 ni citer masalah tekak bagai
Nak bg alasan siap2 kalau kalah atau ...

Lepas covid mmg ramai yg problem tekak. Sebelom deols kena hencap baik bgtau awal2. Huhu
Quote she 3-9-2023 11:00 AM
Suara dia biasa2 aje dari dulu

Banyak juga follower dia ye
Dia dah resign lecture kan?
Lupa dulu baca mana ntah
Quote annadonna 3-9-2023 11:22 AM
Bukan penyanyi je, rasanya ramai org keliling aku mngadu suara dah out sejak kena covid. Aku pun dlm masa 6 bulan lepas covid ada dua tiga kali rasa tiba tiba nafas pandai stop dua tiga saat. Covid kacau paru paru jugak. Kita ni takpe la bukan bergantung kerja atas suara. Bisu pun boleh buat kerja lagi. Yg penyanyi mmg risau la dah itu kerja dorang.
Quote She-Ra 3-9-2023 11:32 AM
annadonna replied at 3-9-2023 11:22 AM
Bukan penyanyi je, rasanya ramai org keliling aku mngadu suara dah out sejak kena covid. Aku pun dlm ...

betul.. tp alhamdulillah la tak kena covid cuma selepas vaksin & booster, mcm ada masalah pernapasan sikit napas pendek cepat mengah.. aci tak salahkan vaksin ahhahaaa
terasa sgt wehh.. selepas pkp pkpp segala, dh boleh ke sana sini.. 1st trip iols pegi mendaki gunung murud
masa trekking tu la rasa tak puas bernapas cepat letih segala.. siap bercakap dgn diri sendiri lagi "ko dh kenapa?? biasa ok je" hahahhaaa
tp trip2 selepas tu mcm dh ok sikit.. dh dpt rentak.. jd iols tak salahkan vaksin & boster
Quote love_warrior 3-9-2023 12:20 PM
cikatilia replied at 30-8-2023 03:32 AM
ini punca duit...
selain dari tu xreti buat apa dah ye?

Skrg jual sambal jugak kan

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.040995 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top