CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

DS Amir Dah Sakit Dan Muflis, Aishah Teruskan Lelong Harta Dan Tuntut Bayaran Pada Isteri Dan Anak Penaja

30-8-2023 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14668| Komen: 137

Datuk Aishah ada menerima cadangan pembayaran baru daripada penaja Gegar Vaganza musim keempat (GV4) iaitu Datuk Seri Mohd Amir Mohd Isa sebagai penyelesaian membayar jumlah asal harga tanah dijanjikan iaitu RM300,000.


Bagaimanapun Aishah tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan tetap mahu meneruskan tindakan melelong harta usahawan berkenaan.

Foto: IG

"Selepas saya kemuka writ penyitaan, dia ada respon melalui peguam dengan satu cadangan pembayaran baru.

"Sebelum ini pun dia tidak membayar seperti yang dijadualkan. Jadi saya tak terima cadangan tersebut," katanya kepada mStar.

Ia susulan tindakan menerjah kediaman Amir pada 23 Ogos lalu bagi tujuan lelongan selepas dua minggu mengemukan writ penyitaan terhadap usahawan berkenaan.


Dalam pada itu, Aishah juga memberitahu usahawan itu diisytiharkan muflis dan kini menuntut bayaran daripada isteri dan anak lelaki Amir yang juga rakan perniaagannya.

"Ketika perbicaraan di mahkamah pada September lalu baru saya tahu dia muflis. Jadi proses tersebut buang masa.

"Oleh kami kami teruskan tuntutan kepada dua orang rakan perniagaan yang juga merupakan isteri dan anaknya," ujarnya.


Aishah juga berkata, dia sedar ramai mengecam tindakannya selepas Amir turut dikhabarkan diserang penyakit angin ahmar.

"Orang kecam saya tapi saya tetap akan usahakan. Saya dah sampai tahap ini, takkan nak hentikan?

"Lagipun saya dapat tahu dia baru sahaja diserang strok iaitu kira-kira tiga bulan lalu. Kes tuntutan ini dah berlarutan selama enam tahun," jelasnya.


Ketika Aishah dinobatkan sebagai juara GV4, selain memenangi wang tunai RM100,000 dia juga menerima sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.

Isu timbul apabila penaja tidak memenuhi apa yang dijanjikan sebaliknya mahu memberi sebidang tanah yang saiznya lebih kecil berbanding lot banglo tersebut.

Bagaimapun kes tuntutan tersebut selesai di mahkamah pada September tahun lalu apabila penaja setuju dengan cadangan penyelesaian iaitu membayar jumlah asal harga tanah dijanjikan iaitu RM300,000. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zeitabaei 30-8-2023 09:31 AM
Bolehke tuntut Dari org lain .sampai family ,anak , partner org Tu Dia gasak
Quote Perawankota 30-8-2023 09:33 AM
Nampak mcm kejam sebabtu org tu tgh sakit.. Tapi dia cuma tuntut hak dia kan
Quote Lolalala 30-8-2023 09:39 AM
Lesson utk penaja program hiburan lain. Tak mampu jangan nak beriya claim ko kayo banyak harta nak taja itu ini. Ibarat kalau mampu nak bg axia, tak payah claim nak bagi mini cooper...hujung² ko serah axia. Mana x mengamuk org.
Quote duquesne 30-8-2023 09:42 AM
Sekali terkena artis educated macam Aishah ni.. haa.. baru tau langit tu tinggi rendah. Dah 6 tahun tak settle lagi.. apa la yang susah sangat nak settle sampai bagi alternative RM300,000 tu. Soalnya tanah lot banglo yang dijanjikan tu wujud ke tak?
Quote foxneo 30-8-2023 09:43 AM
Perawankota replied at 30-8-2023 09:33 AM
Nampak mcm kejam sebabtu org tu tgh sakit.. Tapi dia cuma tuntut hak dia kan

yes betul. kalau kita tak tuntut orang semakin berani nak tindas. bila di tuntut kata kejam pulak, habis tu takkan nak biar je.
Quote Prickford 30-8-2023 09:43 AM
Nampak mcm jahat nau kau ni Chah. Tapi bila pikir balik, kita menang contest, tapi hujung2 hadiah tak dapat. Bertahun2 tunggu hadiah, tak dapat2. Strok ke tidak, mesti kita merempan.
Quote tom2 30-8-2023 09:46 AM
Strok tu baru 3 bulan. 6 tahun lepas ?
Quote September14 30-8-2023 09:49 AM
Sampai ke lubang cacing ye kak ecah carik

Bagus bagus…
Quote prettyuglybabe 30-8-2023 09:53 AM
dia yang cadang nak bayar 300k ujung-ujung dia yang tak ikut..
jangan percaya muflis orang kaya ni..
go kak ecah..
Quote laksmanabentan 30-8-2023 09:53 AM
zeitabaei replied at 30-8-2023 09:31 AM
Bolehke tuntut Dari org lain .sampai family ,anak , partner org Tu Dia gasak

hadiah itu dari company..
then company tu owned by Amir & Anak..
then kalau company tu bangkrup da tak boleh buat apa2 la kannnn.....

maybe company tu belum bangkrup kot..
walaupun satu director dia muflis.. tapi satu lagi ada dan kebetulan anak sendiri..
tu yang dia tetap pushhh kot...
Quote aldinaa 30-8-2023 09:53 AM
memang kejam, tapi pengajaran buat semua la. biar semua ada black and white and stesyen tv pun jangan lepas tangan la, asalkan sponsor. selidik la dulu.
Quote gerbera.memopad 30-8-2023 10:32 AM
Pengajaran betul kan. So, penaja make sure la hadiah yang ditawarkan tu memang sedia dah ada. Tak memasal kena tuntut begini akibat gebang lebih.

GV10 ni ada penaja baru kan? Yang bagi audience berapa dirham ke entah masa PC semalam. Semoga legit & tak janji bulan bintang.
Quote Burong_Hantuk 30-8-2023 10:35 AM
Quote missHaidiD 30-8-2023 10:38 AM
Nmpak kejam


Gv masih nk ambik kak ecah lg ke lps ni
Quote chikumanis 30-8-2023 10:49 AM
sape suh berjanji? kena capati la jawabnya! masa berjanji tak terfikir pula yea? ingat semua org jenis menunduk je?

me team kak aishah!
Quote kucingitam 30-8-2023 10:49 AM
zeitabaei replied at 30-8-2023 09:31 AM
Bolehke tuntut Dari org lain .sampai family ,anak , partner org Tu Dia gasak

sebab boleh dekk
Quote kucingitam 30-8-2023 10:51 AM
nampak kejam tapi biar lepas ni orang guna akal sikit..
Quote zehra2 30-8-2023 10:53 AM
muflis org kaya
Quote bulalof 30-8-2023 10:55 AM
apa yg Aishah buat ni adalah keadilan utk dirinya.

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050113 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top