CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Dihina Menganggur Dan Kaki Mabuk- Punca Anak Bunuh Bapa Guna Penyodok, Mayat Dililit Kain Langsir

29-8-2023 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2487| Komen: 16

PETALING JAYA – Seorang pemuda nekad memukul bapanya dengan penyodok sehingga mati di sebuah kediaman berhampiran di jalan PJS 10/24, di sini, Sabtu lalu gara-gara sering dihina akibat menganggur selama dua tahun dan tidak tahan ditegur pulang rumah dalam keadaan mabuk.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Balai Polis Sungai Wei menerima satu laporan daripada saudara terdekat mangsa yang menjumpai satu mayat yang dikenali pada pukul 2.30 pagi di lokasi kejadian.

Katanya, pengadu menemui mayat tersebut dalam keadaan dibalut dengan langsir itu ketika dalam perjalan untuk mencari mangsa yang didapati hilang daripada rumah pada lewat malam.

Foto: Kosmo

“Bertindak atas maklumat dan risikan, seorang lelaki tempatan berusia 40-an sekitar ditahan pada pukul 9.10 pagi di kawasan perumahan Jalan 10/9A, Bandar Sunway, di sini, Sabtu lalu.


“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau jenayah bagaiamanapun ujian air kencing suspek didapati negatif dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan siasatan awal mendapati suspek dan mangsa tinggal serumah namun sering bergaduh antara satu sama lain.

Tambah Mohamad Fakhrudin, pihaknya turut merampas senjata penyodok pasir dipercayai digunakan untuk memukul mangsa dan sebuah kenderaan dipercayai digunakan untuk membawa mangsa sebelum dibuang di lokasi kejadian.

“Motif pembunuhan dipercayai suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang selalu menghina selain memberikan tekanan kepadanya yang malas bekerja dan kerap menegurnya sering minum alkohol.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang anak sanggup membunuh bapanya sendiri sebelum mayat mangsa dililit dengan kain langsir dan kemudian dicampak di tepi jalan di hadapan sebuah kondominium di Jalan PJS 10/24, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian di rumah mangsa kira-kira pukul 12 tengah malam itu, suspek lelaki berusia 40-an memukul bapanya sehingga mati dengan menggunakan penyodok.

Ketika tragedi berdarah itu berlaku, suspek dikatakan berada dalam keadaan mabuk.

Jarak di antara lokasi mayat dicampak dengan rumah mangsa tidak sampai 2 kilometer. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 29-8-2023 05:00 PM
Ummah depressed juga berkemampuan membunuh iya.
Quote dua_chzy 29-8-2023 05:01 PM
Toksik parents mohon ambik iktibar.
Quote FOTHER-MUCKER 29-8-2023 05:11 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-8-2023 01:14 AM

CARI-MRO/MOHD ROMLI OMAR, Balai Polis Sungai Wei?

Quote supernaturalee 29-8-2023 05:21 PM
mcm x kena plk tunjuk gmbar bukti pembunuhan tp sengih cenggitu



Quote gideoncross 30-8-2023 03:49 PM
supernaturalee replied at 29-8-2023 05:21 PM
mcm x kena plk tunjuk gmbar bukti pembunuhan tp sengih cenggitu

Dngan segera iol menscroll blik ke ats psl ni
Quote Kitty_catz 30-8-2023 03:56 PM
gideoncross replied at 30-8-2023 03:49 PM
Dngan segera iol menscroll blik ke ats psl ni

tu bukan gambo mayat... gambo penyodok aje kaka
Quote supernaturalee 30-8-2023 04:02 PM
Kitty_catz replied at 30-8-2023 03:56 PM
tu bukan gambo mayat... gambo penyodok aje kaka

ye still... with smirk like that? seriously?
Quote edayildiz 30-8-2023 04:06 PM
nape gembira sgt polis tu
dia rodok caner tu..sheram..
i dlu kn hbs study xnk kerja sbb takut..i selalu kena mrh mrh mcmtu ngn parents..especially my step mom..pastu sedara dtg dk tnya.i mmg tak mitk kerja pun masa tu sbb xnk kerja tp bila ayh i tnya i ckp xdpt lg..
so nk ckp kt sini kalau asik kena push blh jd mental
Quote Kitty_catz 30-8-2023 04:07 PM
supernaturalee replied at 30-8-2023 04:02 PM
ye still... with smirk like that? seriously?

mebi sbb muka nak masuk news kaka... ntah
Quote edayildiz 30-8-2023 04:08 PM
smbg sikit lg..
pdhl i baru tnm anggur xsampai 4 month pun..
now bila i dh strt kerja..so mmg i dh jrg balik umah parents...i dh xdpt menikmati hidup yg dluu...mcm kena rampas kebahagiaan masa dlu.. gituu.
Quote bored_atticus 30-8-2023 04:11 PM
dahla tak keja, kuat minum.. sekarang membunuh lagi.. hmm
Quote hayrin86 30-8-2023 04:12 PM
Layan arak/alkohol kan? Macam tiada minuman halal dalam dunia ini.
Quote gideoncross 3-9-2023 04:47 PM
Kitty_catz replied at 30-8-2023 03:56 PM
tu bukan gambo mayat... gambo penyodok aje kaka

Aiol scroll blik psl muka senyum tu

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.064323 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top