CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Dibungkus Dalam Guni, Dicampak Bawah Jambatan- Wanita Dibunuh Sebab Suami Dan Anak Tiri Tak Tahan Didera

29-8-2023 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2732| Komen: 9

Seorang wanita menjadi mangsa pembunuhan suami dan dua anak tirinya dan mayatnya ditemui di bawah sebuah jambatan oleh penduduk selepas terhidu bau busuk.

Tribun Medan melaporkan, kejadian berlaku di Bukit Kapar di Dumai, Sumatera di Indonesia, pada Jumaat lalu.


Mayat mangsa berusia 41 tahun itu ditemukan berbungkus dalam guni.

Foto: Tribun Medan

Dilaporkan, suami mangsa merupakan suspek utama kes pembunuhan dan kini diburu polis.

Dua anak tiri mangsa berusia 14 dan 12 tahun pula ditahan, disyaki membantu bapa mereka dalam pembunuhan itu.

Memetik laporan Tribun Pekanbaru, Ketua Polis Dumai, AKBP Dhovan Oktavianton melalui Unit Siasatan Jenayah Polis Dumai, AKP Bayu Ramadhan Effendi, mendedahkan hasil siasatan awal menunjukkan kedua-dua anak tiri sengaja membiarkan ibu tiri dibunuh kerana tidak sanggup lagi didera mangsa.

Mereka mendakwa sering menjadi mangsa kekerasan ibu tiri.


Bukan sahaja dilarang bersekolah, malah mereka turut dikerah untuk bekerja.

Mangsa turut didakwa sering melakukan keganasan rumah tangga terhadap suami dan anak-anak tiri.

Keadaan itu dikatakan menyebabkan bapa kepada dua kanak-kanak itu membunuh mangsa.  -CARI

Sumber: mStar/ Tribun Medan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 29-8-2023 11:09 PM
Semoga dipermudahkan
Quote Decaffeinated 29-8-2023 11:12 PM
Moral of the story pompuan kalau rasa boleh control laki jangan cepat perasan dah menang.

Quote asfaz 30-8-2023 01:38 AM
Kaki dera la kan? Boleh ckp no simpati tak? Kalau  mau satu hari nanti anak2 tiri yg kena bunuh
.
Kalau menipu,harap ada keadilan utk mangsa.
Quote ina_na 30-8-2023 08:12 AM
Mak tiri ala mak tiri Cinderella ke ni... Mendera anak tiri...zmn skrg ni dah x ramai spesis ni.. ramai yg lebih baik dr mak kandung..tp Kalo btl dia mendera anak tiri gan suami selayak nye la..Kalo plot twist br boleh kesian..tp dlm sinetron Indonesia mmg biasa Kan watak mak tiri sana kejam2 dera anak tiri..suami pulak bodo je ikut ckp bini..
Quote noor2 30-8-2023 08:35 AM
Susahla aku nk percaya ...ada bukti ke budak2 tu didera...biasanya pembunuh ni suka reka cerita
Quote JunkMail 7-9-2024 01:51 PM
Kau kenapa babi dok korek thread lama lama ni setan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.275607 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top