CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Tetap Akan Lantang' - Azwan Ali

29-8-2023 04:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2017| Komen: 7

Selebriti, Azwan Ali memaklumkan karakternya tidak akan berubah sepenuhnya walaupun kini sudah sembuh akibat disihir oleh individu yang dikenali dalam industri.

Walaupun dirinya menjadi sasaran penangan ilmu hitam, Azwan yang mesra disapa Diva AA berkata, dia akan tetap lantang menyuarakan mengenai isu semasa.



“Saya dinasihatkan oleh ustaz yang merawat supaya tidak berdendam. Ia akan menjadi memori negatif tetapi tidak bermakna ia akan mengubah diri saya 100 peratus.

“Saya tetap akan lantang dengan sebarang isu semasa kerana konsep ‘makikan sahaja’ sudah sebati sebab dari dulu memang saya akan menentang perkara tidak masuk akal,” katanya.

Bagaimanapun, Azwan berkata, dia sama sekali tidak akan menyentuh isu melibatkan 3R iaitu raja, agama dan kaum di sebalik kelantangan bersuara.

“Saya bukan meroyan tidak tentu fasal. Saya akan terus ‘bantai’ sebarang isu sebab bukan buat fitnah. Makian juga adalah bertujuan untuk berlaku perubahan.


“Terpulang pada masing-masing untuk menilai diri ini. Saya akui ramai yang nampak niat sebenar (bermulut laser), contohnya seperti perkhidmatan yang kurang bagus. 

"Ada pengurus kedai sendiri pernah minta maaf. Saya bukan bising semberono,” jelasnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beni_nikaido 29-8-2023 04:40 PM
"Saya bukan meroyan tidak tentu fasal"
ye la dik non....
Quote MeowPARSI 29-8-2023 04:41 PM
Jgn smpi kene bell's palsy,, nk bckp pun susah
Quote prince_marhaen 29-8-2023 04:59 PM
maki je lah nokk...sampai senget2 muka kau herot sampai mampos...biar berbuih mulut satu hari nanti takde sape tolong kau tepi longkang..
Quote cikatilia 29-8-2023 05:16 PM
isu semasa apa nya dok mengata anak org tu sundal bagai tak tentu hala.

kalau mmg mcm sundal xpe weh ni budak kecik pon ko bilang sundal
Quote asimilasi 29-8-2023 06:45 PM
Artis lelaki yg hardcore & brutal pandai pulak xberani kacau.. ko pegi la lantang suara ko kat sharnaaz ke awie ke… awal2 lagi dah kena terajang kat mulut.. xperlu sihir…
Quote nolya 29-8-2023 07:25 PM
Edited by nolya at 29-8-2023 07:32 PM

Istighfarlah Azwan Ali.  Islam pun mendidik ummatnya agar menjaga lidah untuk tidak berkata2 yg boleh mencetuskan fitnah dan kegaduhan.  Lebih baik banyakkan zikirullah atau banyak membaca AQ di waktu lapang.
Usahlah terlalu sibuk dgn hal duniawi, sibuk nak betulkan orang lain sedangkan diri sendiri pun belum tentu betul. Nak jadi juru komentar dlm hal2 isu semasa boleh, silakan ttapi awasilah perkataan dn gaya bicara. Berikan idea yg baik dn bernas, bukan mencaci, memaki dn mencela. Begitu tidak memperbaiki keadaan, bahkan mengeruhkan lagi silatturrahim. Kalau asyik mencari salah dn cela orang lain, bererti ada yg tak kena dgn hati seseorang. Jika wajah itu cerminan hati, maka lidah adalah cerminan pekerti. Awak orang lulusan sarjana, masakan hal begitu tak ade dlm pemikiran dn pertimbangan. Lidah jgnlah diasah begitu tajam, takut tajamnya tertikam diri sendiri, maka tidaklah dikias orang kerana mulut badan binasa. Hati2lah.
Quote azimodin 29-8-2023 07:40 PM
Lantang dengan biadap ada beza. Kalau dah panggil budak kecik macam sundal, tu biadap.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.122309 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top