CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Satu Penganiayaan Dan Kezaliman Terhadap Saya,"-Hana Ismail Sedih Suami Difitnah, Teringin Hamil Lagi

29-8-2023 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5237| Komen: 49

Isteri Da’i Syed, Hana Ismail mengakui emosinya tidak begitu stabil selepas mengalami keguguran pada Julai lalu.

Hana berkata dia agak terkilan dengan fitnah yang dilemparkan terhadap suaminya, Da’i Syed sehingga menyifatkan keguguran yang dialaminya sebagai satu kifarah atas apa yang telah berlaku.


Foto: IG

"Dan sebenarnya sampai sekarang memang saya rasa sedih dengan apa yang berlaku. Kurang sebulan saya jalani proses berpantang.

"Walaupun saya nampak sihat fizikal, tetapi dalaman saya tu hanya Allah yang tahu. Ada masanya saya okay, ada masanya saya tak okay.

"Mungkin naluri ibu itu sudah ada jadi kadang-kadang saya rindu, rindu nak hamil.

"Ditambah lagi dengan situasi ini, dia sangat mengganggu emosi saya," katanya kepada OhBulan.



Hana berpendapat ini bukan waktu yang tepat untuk individu tersebut mengeluarkan fitnah.

"Bila saya berkahwin dengan Syed, saya dah bersedia dengan isu-isu yang bakal dibangkitkan susulan kesnya sebelum ini.

"Tapi mungkin waktu yang digunakan si pelaku untuk memuat naik video tersebut kurang tepat dan tidak wajar sebenarnya.


"Lagi-lagi di waktu saya masih dalam fasa penyembuhan. Jadi bila berlakunya perkara ini, saya rasakan ia satu benda yang tidak wajar dan satu penganiayaan dan kezaliman terhadap saya."

Dalam masa yang sama, Hana bersyukur kerana ramai ahli keluarga serta kenalan yang sentiasa memberikan semangat selepas mengalami keguguran beberapa minggu yang lalu.

"Alhamdulillah saya ada suami, ibu ayah saya, keluarga mentua yang sentiasa memberikan saya semangat.

"Tidak lupa juga dengan kenalan dan orang ramai yang baik-baik yang mendoakan saya.


Terdahulu, seorang individu yang dikenali Nurul Atiqah dilihat memuat naik keratan video mengenai kes rogol yang membabitkan Da’i Syed dengan menggunakan nama @chempakasuri97 di TikTok beberapa hari yang lalu.

Wanita yang mendakwa mangsa rogol kepada pendakwah itu juga turut mengaitkan kehilangan anak dalam kandungan kepada isterinya sebagai kifarah di atas perbuatannya sebelum ini.

Sekadar info, Syed Shah Iqmal atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed pada 10 Disember 2020 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.


Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.-CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 29-8-2023 04:28 PM
alolololo......
Quote IvyGorgon 29-8-2023 04:28 PM
Yihhhhhhhhhhhhhhh 1 je nak ckp, now uols baru kahwin kan, semuanya wangi and of cos uols percayakan suami uols tu, but sooner or later, uols akan realize semuanya. Till then, netizen kunyah popcorn jah
Quote pocongkiutss 29-8-2023 04:29 PM
IvyGorgon replied at 29-8-2023 04:28 PM
Yihhhhhhhhhhhhhhh 1 je nak ckp, now uols baru kahwin kan, semuanya wangi and of cos uols percayakan  ...

Kalau dah realize pun puak2 cam dia ni tetap ego uols..sebab dh termalu
Quote hzln 29-8-2023 04:53 PM
Ko ni pun satu
Sendiri pilih org yg sebegitu, dgn segala jerangkung ada dlm lemari
Duk la diam2, hidup low profile, brp lama sgt la pun org nak mengata psl kejahatan laki ko tu, kalu perbaiki diri jadi org yg jauh lagi baik, lama2 org pun jadi segan nak ungkit apa2
Ini ko laki bini, lagi segala benda nak tayang pada dunia, terpaling berkaseh sayang, terpaling islemik, terpaling berjoget, semua korang kaut, tanpa ada sekelumit rasa malu
Mana org tak mengata
Sedang org2 yg takde apa kaitan dgn skandal2 laki ko pun rasa meluat
Apatah lagi yg jadi mangsa2nya
Taknak org mengata menda bukan2
Live a private life saja
Ni sendiri tayang wayang cinta islemik sana sini, sendiri rasa tertekan
Apakah ko ini takde otak?
Quote bankerpencen 29-8-2023 05:14 PM
Diamlah pompuan tua despo nak berlaki. Padanlah dengan muka hadap sangat nak kahwin dgn orang macam tu.
Quote IvyGorgon 29-8-2023 05:15 PM
pocongkiutss replied at 29-8-2023 04:29 PM
Kalau dah realize pun puak2 cam dia ni tetap ego uols..sebab dh termalu

Betullah, set2 gini konsepnya asalkan berlaki, dia ingt best sgtlah berlakikan laki heols, rupanya ada plot twist. Yikes!
Quote IvyGorgon 29-8-2023 05:15 PM
hzln replied at 29-8-2023 04:53 PM
Ko ni pun satu
Sendiri pilih org yg sebegitu, dgn segala jerangkung ada dlm lemari
Duk la diam2, hid ...

harap sgt 2 hamlau ni baca porum, bertepek2 kena
Quote Manusiabesa 29-8-2023 05:20 PM
Sian hana..aku sian sgguh. Dia bkn menafikan laki dia jahat.mmg dia pun tau laki dia dulu liar.tp dia just bg peluang utk laki dia stat coret hidup baru besama dia. Aku nmpk dia similar dgn izara. Izara pun bkn xtau pic kt google adib dulu sosial cemana ngn gepren. Tp dia terima past story laki dia and bg peluang..tp untung izara xda pulak la mangsa mai report ke apa..sbb adib dulu ngn gepren dia bkn nya kisah merogol dan dirogol bagai. Kisah daie ni aku lg seram.sbb libat kes mhkmah dan polis. Hope allh lindung hana.. sian tgok mata dia berkaca. Sedih pulak baru abes pantang anak mati, laki pulak dikejar kisah lama yg mengaibkan
Quote edoraixora 29-8-2023 05:30 PM
amende pulak si mangsa nak post pasal kezaliman laki kau, kena tengok keadaan ko dulu??
abeh yg ko kawen gilang gemilang tu ada pikir pasal perasaan si mangsa ke
Quote Parit.Hilton 29-8-2023 07:02 PM
hzln replied at 29-8-2023 04:53 PM
Ko ni pun satu
Sendiri pilih org yg sebegitu, dgn segala jerangkung ada dlm lemari
Duk la diam2, hid ...

exactlyyyyyyy!!!

netizen pun meluat depa laki bini ni
hang nak kawen perogol pun lantak la
tapi duduk diam2 tak payah acah pasangan terpaling bahagia.
Quote emera 29-8-2023 07:17 PM
Aku yakin pompuan ni sebenarnya makan ati.
Quote CardiGans85 29-8-2023 07:21 PM
La..aku tiga kali keguguran, sedih sekejap..balik kerja, lupa dah
Quote Masukkeluar 29-8-2023 07:21 PM
diam la permpuan! menderita knon tp kt ig kt tiktok terkinja2 dgn laki. kalau aku jd dia ni aku malu sbb 1 malaysia thu tuduh merogol lakinya...xkisah la bsalah ke tak tp benda dh viral nama dh busuk
Quote Heydidle 29-8-2023 07:29 PM
Kalau laki byk kisah hitam sblm kawen mmg isteri la jadi mangsa mcm hana ni.


Kwn meols ada yg situasi mcm hana ni but again sheols tau laki tu suka berskandal sana sini b4 kawen, laki tu sendiri admit dah penat, bosan life camtu, br terfikir nak settle down. Boleh kwn meols accept?? Lps kawen sokmo kena kacau dgn pompuan yg laki dia permainkan dulu.


Buat hana, Get use to it. benda ni mmg akan hantui hidupmu. Tipikal pompuan yg mudah2 terima laki mcm ni sbb mentaliti ‘tu kisah silam dia’ ‘dia dah berubah’. Yakin nya kamu.
Quote telracs 29-8-2023 11:21 PM
What ever!!!
Next..
Boh san
Quote alieyrina 30-8-2023 12:45 AM
Tu lahh kawen dgn laki ada kes polis duk la diam2. Terkinja2 pulak. Yg laki mcm villain dlm c drama dah
Quote Afifi82 30-8-2023 12:59 AM
Kalo betul laki ko merosakkan anak org, mangsa tu xde ati n perasaan ke tgk korang laki bini mcm kera kat soc media?
Quote awex^returns 30-8-2023 01:04 AM
Semdiri pilih wukong jahanam dari neraka, sendiri nak tersakiti. Sendiri berjoget macam orang gila nak tayang bahagia, sendiri rasa dianiaya

Pffffttthhhhhh
Quote LautBiru52 30-8-2023 01:13 AM
Patutnya dh get ready dgn semua ni. Bukan kaleng2 isu laki ko tau. Berani kawin berani tanggung.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.282927 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top