Sudah lama tidak menerima sebarang tawaran seni, pelawak Ali Puteh berusaha meneruskan kelangsungan hidup dengan menjalankan perniagaan berasaskan makanan secara atas talian. Mungkin sudah tertulis rezeki pelawak itu, produk tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.
Bagaimanapun, Ali mendedahkan bahawa ada individu menuduhnya yang menggunakan pelaris. Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mendakwa Ali menyihir kakak iparnya, Siti Norhidayah. "Dia guna mandrem tu untuk buat korang beli lagi... Tak risau ke order tu? "Kakak ipar pun sanggup buat camtu apatah lagi netizen... mandrem tu apa?" kata individu tersebut. Enggan melatah dengan tuduhan tersebut, Ali menganggap perkara itu sebagai asam garam dalam perniagaan. "Adat orang Melayu bila berniaga... bila laku laris akan keluarlah ayat begini," tulis Ali. Sumber: Xtra
|
ketambangkang replied at 30-8-2023 08:58 AM
semua bermula dr hantaran "apabila balu arwah abam berhati binatang" beberapa hari slps abam meningg ...
ADVERTISEMENT