CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Razali Umum 'Berpisah' Dengan Pengurus Tapi Belum Beri Kenyataan Pasal Bertunang

29-8-2023 01:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6372| Komen: 24

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengumumkan berita perjalanan karier seninya kini bukan lagi dikendalikan oleh pengurusnya, Mohd Asrul Talib atau Ash.

Menerusi Instagram, pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali turut melahirkan penghargaan kepada Ash atas semua kerja keras sepanjang tujuh tahun serta susah payah perjalanan membantunya mencipta nama dalam bidang seni.



"Saya mahu mengucapkan penghargaan buat Asrul Talib kerana menjadi pengurus saya selama tujuh tahun. Kerja keras, kesungguhan dan sumbangan sangat dihargai oleh Nabila Razali Entertainment (NRE).

"Anda telah membawa pelbagai sumbangan kepada syarikat dan diri saya sebagai Nabila Razali, kesungguhan anda penuh kecemerlangan dan komitmen.

"Perjalanan kita ada jatuh bangun namun kita matang bersama dan banyak belajar tentang satu sama lain. Projek pertama kita Peluang Kedua dan ia mencipta kejayaan bessar buat NRE, Alhamdulillah," katanya.


Nabila berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya dan turut memuat naik gambar bersama bekas pengurusnya itu.

Dalam pada itu, Nabila turut berkongsi penangguhan pelancaran single terbaharunya berjudul Cerita Kita.

Lagu itu juga katanya merupakan kerjasama sama terakhir antara Nabila dan Asrul dibawah syarikatnya.

Karya tersebut kini masih dalam proses akhir pembikinan dan dijangka akan dilancarkan bersama syarikat Universal Music Malaysia.

"Sedih untuk saya kongsikan bahawa lagu Cerita Kita akan menjadi projek terakhir NRE bersama Asrul," ujarnya.

Sementara itu, menerusi satu kenyataan, pihak Universal Music memberitahu lagu duet bersama Insomniacks akan dilancarkan pada 22 September ini.

Hujung minggu lalu, nama Nabila menjadi bualan ramai selepas timbul cerita konon dia sudah bertunang dengan usahawan yang juga bekas pelumba litar formula iaitu Nik Iruwan Nik Izani.

Nabila bagaimanapun tidak menjawab panggilan atau mesej.

Asrul ketika dihubungi mStar sebelum ini juga terkejut dengan berita tersebut dan memaklumkan dia tidak mengetahui kesahihan kisah pertunangan itu.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeowPARSI 29-8-2023 01:58 PM
Sapa laaa Pengurus baru Bella
Quote ira_sindarella 29-8-2023 02:01 PM
Macam fishy jer... Mcm betul plak tekaan netizen pasal berskandal tu. Opsss
Quote ira_sindarella 29-8-2023 02:02 PM
So betulla spekuan netizen ash ni more than 'pengurus'?
Quote ira_sindarella 29-8-2023 02:03 PM
So betul la spekuan netizen pasal berskandal tu?
Bakal dapat yg halal, makan yang haramjadah terus dibuang.

Power nab!
Quote babelina 29-8-2023 02:18 PM
kemain ko nab.. skandal ko ye..
Quote ketambangkang 29-8-2023 02:24 PM
betul ke tu nab..ke nak mengaburi mata netizen jek
Quote Shayang 29-8-2023 02:24 PM
Abis la merudum kerjaya
Quote edoraixora 29-8-2023 02:25 PM
habis madu sepah dibuang
begitulah hidup ini dek, kerasss
Quote I.K.A888990 29-8-2023 02:47 PM
ehhh so tak betul la tunang
alahai cumi.cumi
Quote kakasotong2 29-8-2023 03:33 PM
Dia macam tiberrr kan dah xbekerja bersama. Masa baca statement ni smlm kt ig Nab terus teringat gosip Nab dengan pengurus ni dlu
Quote cik_ingeniare 29-8-2023 03:40 PM
macam berbau fishy tapi layankan aje dulu
Quote gerbera.memopad 29-8-2023 03:42 PM
Alahai, sayangnya kalau gosip skandal tu betul.
Quote Purplehaz 29-8-2023 03:44 PM
Bertunang tidak..tp merisik sarung cincin kot.

Mungkin jge Pengurus tu diberhentikan sbb bakal jd laki dia....atau mmg dh putus sbb gossip berskandal tu.
Quote Diamondmoney 29-8-2023 03:44 PM
Bgs la kalau betol skrg nab nk jauhkan diri dr suami org. Korang ni dia buat benda betol la tu. Kalau dia stay dgn si ash ni acik porum jgk meroyan hamun dia
Quote prince_marhaen 29-8-2023 04:26 PM
sebab dah kantoi ke camner???? ehehehehehehehehe cik nab cik nab...ligat jugak ehhhh...
Quote pocongkiutss 29-8-2023 04:28 PM
ira_sindarella replied at 29-8-2023 02:03 PM
So betul la spekuan netizen pasal berskandal tu?
Bakal dapat yg halal, makan yang haramjadah terus d ...

Hahahahhahaha...padu ayat uolss tuuu
Quote bankerpencen 29-8-2023 05:30 PM
So… betulkah spekulasi warganet tentang cubaan penyondolan itu? Ataupun pompuan ni gigih nak berlaki so dia pasang 2-3, bila dapat cengkam satu, cepat2 buang yang lain sebelum yang satu tu tahu?

Jeng jeng jeng. Pape la dik kau bukan lawa pun. Cepat2 kahwin, berhenti nyanyi pastu duduk rumah jaga anak. Semoga anak pulak tak menurun suara hampeh cam maknya
Quote nad014 29-8-2023 06:58 PM
ira_sindarella replied at 29-8-2023 02:01 PM
Macam fishy jer... Mcm betul plak tekaan netizen pasal berskandal tu. Opsss

khennnn.....shesuatu sgt
Quote winky1 29-8-2023 07:03 PM
Gimmick lagiiiii

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060128 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top