CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak P Ramlee Mohon Bantuan Kos Pembedahan Isteri

29-8-2023 01:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5378| Komen: 54

Anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, 64, memohon bantuan kewangan buat isterinya, Hamidah Hitam, 61, yang akan menjalani pembedahan akibat masalah tulang belakang dan saraf di leher.

Sazali berkata, isterinya yang sudah lama berhadapan masalah kesihatan itu dinasihatkan doktor supaya membuat pembedahan di leher segera, namun tidak dapat berbuat demikian kerana kekangan kewangan dihadapi.


"Saya pun ada masalah kesihatan dan sudah tidak boleh bekerja lagi macam dulu. Pendapatan daripada royalti arwah bapa saya yang diterima setiap tahun memang menjadi sumber kewangan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Malah, bayaran royalti terakhir P Ramlee untuk bahagian saya yang terima pada 31 Julai lalu daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) hanya kira-kira RM9,000 saja dan tidak cukup untuk menampung kos pembedahan isteri," katanya kepada Harian Metro.


Sazali berkata, doktor memaklumkan kos pembedahan itu sebanyak RM14,000.

Sazali juga sangat berharap dapat berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon bantuan.

Dia juga berhasrat bertemu Anwar untuk membincangkan kontrak royalti 50 tahun Allahyarham P Ramlee yang sudah tamat pada 29 Mei lalu iaitu selepas 50 tahun kematiannya.

Sebelum ini permohonan lanjutan kontrak royalti P Ramlee yang disuarakannya diharapkan dapat diselesaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, namun beliau meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

"Sekarang saya tak tahu mana lagi nak dituju untuk berjumpa dan berbincang dengan pihak kementerian berkaitan bagi lanjutan kontrak royalti itu.

"Dalam keadaan sekarang saya amat memerlukan bantuan kewangan untuk kos pembedahan isteri. Saya juga ingin memohon kontrak royalti itu dapat dilanjut selama beberapa tahun saja lagi," katanya.

Sazali berkata, dia memang ada menerima bantuan bulanan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM900.

Namun, ia tidak mencukupi kerana kos sara hidup sekarang yang tinggi serta untuk menampung pembiayaan rawatan berjadualnya bersama isteri di hospital.

"Saya dan isteri ada sakit serta kami mendapatkan rawatan pemeriksaan berkala daripada doktor di Cheras, Kuala Lumpur. Selain kos rawatan, ia juga membabitkan kos pengangkutan kami pergi dan balik dari kediaman di Semenyih menggunakan khidmat e-hailing," katanya.

Sekiranya tempoh lanjutan kontrak royalti yang dimohon daripada kerajaan tidak diluluskan, maka mulai tahun depan, Sazali tidak akan menerima bayaran royalti karya P Ramlee lagi.

Sebelum ini, Harian Metro beberapa kali melaporkan luahan hati Sazali yang buntu apabila kontrak royalti karya bapanya yang diperoleh daripada MACP selama ini tamat sepenuhnya tahun ini.

P Ramlee menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung pada 29 Mei 1973, meninggalkan peminatnya dengan legasi tidak ternilai melalui karya seni filem dan lagu merentas zaman.

Sepanjang tempoh itu, mengikut Akta Hak Cipta 1987, royalti daripada karya lagu P Ramlee diagihkan kepada waris iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.

Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.

Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan MACP sebagai badan pengutip royalti berdaftar itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 29-8-2023 04:31 PM
payah cik.... first of all, anak angkat tetap tidak boleh dapat harta pusaka, hadiah one off boleh kalau diwasiatkan, tapi royalti ni bukan pusaka, sama macam pencen gomen, hanya anak yang sah je boleh terima, dan waris secara biologi je boleh terima, selama yang pakcik terima ni adalah wang ihsan waris arwah je, iaitu skrg najua yang uruskan.. susah cik...
Quote sayurmayur88 29-8-2023 04:33 PM
nak komen tapi......
Quote becir 29-8-2023 04:41 PM
Lama2 i meluat, Sorry cant help it
Quote kucingitam 29-8-2023 04:47 PM
jangan la kacau pmx acik ooi, beliau ada bnyk masalah lain lagi nak pikior.. mana kak km, vida, tok lip, soeb yang terpaling kayo tu..takmau tolong ka.. ? abg tesla pun blh tolong...
Quote Diamondmoney 29-8-2023 04:56 PM
Susah org tak bole paham beza ank angkt dgn ank kandung

Quote makciktijah 29-8-2023 10:23 PM
sbrnya pakcik ni nk jumpa pmx atas kapasiti apa? anak p.ramlee ke? apa yg specialnya jd anak p.ramlee? yg hebat tu arwah, anak cucu apa kaitannya?

kesian pakcik ni, tp sampai pm nk kena amik tau hal dia tu agak melampau.
Quote winky1 29-8-2023 10:40 PM
Wpun tahu anak angkat I tetap kesian. Ye sbb ayah angkat dia Tan Sri P Ramlee. Tak ada sebab lain. Nama yg membanggakan seni filem tanah airku. Founder2 kaya yang masih enjoy citer P Ramlee bantu lah. Semoga Allah melimpahkan rezeki dan rahmat. Antara ramai-ramai anak arwah ni je yg duk minta tolong . Agaknya tiada jalan lain lagi. Kadang Allah menghantar org mcm ni untuk menguji kita. IrakKazak ..Shu...semua tu muda kuat ada makpak...
Quote Diamondmoney 29-8-2023 10:43 PM
winky1 replied at 29-8-2023 10:40 PM
Wpun tahu anak angkat I tetap kesian. Ye sbb ayah angkat dia Tan Sri P Ramlee. Tak ada sebab lain. N ...

Sb tu jkm patut ambik je pkcik ni dgn isteri dia. Duduk bwh jkm..silap2 operation pun free
Quote Suci_Murni 29-8-2023 10:48 PM
Diamondmoney replied at 29-8-2023 10:43 PM
Sb tu jkm patut ambik je pkcik ni dgn isteri dia. Duduk bwh jkm..silap2 operation pun free

Bukan free ke bawah hospital gomen... Nak plak pakcik ni OKU... Di hospital gomen tu ada bhgn yg urus para asnaf ni... Ke dia guna alasan bini dia lak utk dapatkan lagi pencen p ramlee.
Quote makneng 29-8-2023 10:54 PM
Ntahlah nak komen pun serba salah. Tapi mcm porumer atas2 ni ckp lah…anak angkat ni payah sikit. Mak mampu doakan utk makcik n pakcik moga Allah mudahkan urusan makcik n pakcik dunia and akhirat
Quote balakkampung 30-8-2023 07:25 AM
Suci_Murni replied at 29-8-2023 10:48 PM
Bukan free ke bawah hospital gomen... Nak plak pakcik ni OKU... Di hospital gomen tu ada bhgn yg u ...

aku pon tertanya2 bab tu..sapa 2 yg pernah buat operation kat hospital gomen boleh tolong share tak?
Quote supersudoku 30-8-2023 07:34 AM
Ya selalu pusat zakat boleh tolong...
Quote missHaidiD 30-8-2023 07:35 AM
Suci_Murni replied at 29-8-2023 10:48 PM
Bukan free ke bawah hospital gomen... Nak plak pakcik ni OKU... Di hospital gomen tu ada bhgn yg u ...

Selalu servis free tp kalau ada cm cm plat ke apa ke bbda tu byr.  Tp kalau under jkm free la kot.  Kt hosp pun ada badan kebajikan yg kita bole buat rayuan kalau bil tinggi

Pakcik dan makcik ni patut duduk je mana2 umah kebajikan.. Nk keja tak larat.  Sakit kn.  

Smpai bila hidup nk menadah tgn pakcik.  Serah diri saja.  Tkde jkm nk reject
Quote bulalof 30-8-2023 07:48 AM
guna nama Tan Sri P. Ramlee tu selagi boleh mendatangkan keuntungan.
Quote miamiot 30-8-2023 07:55 AM
Betul ckp forummer kat atas , kalau dh xde sedara mara nk bantu , serah diri je ddk JKM tu ... Sedara mara pun ada hidup masing2
Quote anggeriklatifah 30-8-2023 07:57 AM
makciktijah replied at 29-8-2023 10:23 PM
sbrnya pakcik ni nk jumpa pmx atas kapasiti apa? anak p.ramlee ke? apa yg specialnya jd anak p.ramle ...


Iols bukan tak kesiann kat diaa..tapi anak2 kandung arwah cucu kandung arwah tak meroyan pon..
Iols rse pak cik ni.dpt je bantuan jkm..zakat..baitulmall...utk oku lg...ape lg nakkkk...
Cuba try kerja jual apa2 ... ramaiborg oku tua2 jual brg lusuh usaha kerja jugak walau dah tua..oku...
Quote Binodino 30-8-2023 08:00 AM
Tak pulak dia mintak tolong dengan waris sah arwah. Asyik2 up pasal nak royalti je walaupun cuma anak angkat. Kalau dibuatnya waris sah arwah tu hati kering taknak bagi royalti tu kat dia, dia nak kata apa?

Bukan tak bersimpati. Tapi tu la. Waris arwah yang sah pun takde berbunyi, takde nak tunggang nama arwah untuk dapat privilege. Tapi yang ni sampai sekarang tunggang nama arwah untuk raih simpati. Tak boleh la macam tu, pakcik. Daripada dok meminta2, baik pakcik dok rumah jagaan warga emas je. Ada yang tolong jaga sementelah pakcik lakibini pun takde waris.
Quote wadiunong 30-8-2023 08:10 AM
Binodino replied at 30-8-2023 08:00 AM
Tak pulak dia mintak tolong dengan waris sah arwah. Asyik2 up pasal nak royalti je walaupun cuma ana ...



setuju sangat dgn komen uols ni
Quote epuepy 30-8-2023 03:48 PM
Rasa nak mencarut tp tahan je. Anak angkat pakcik oiii.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.043862 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top