Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha membuka lembaran baharu dalam karier seni apabila menceburi bidang sastera dengan menghasilkan buku puisi pertama berjudul Tulisan. Daiyan atau nama sebenar, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 29, berkata naskhah yang ditulis sejak 2018 itu dianggap pencapaian penting dalam perjalanan bergelar anak seni, selain berharap karya itu mampu memikat hati penggemar puisi.
"Saya boleh katakan, Tulisan ini menggambarkan perjalanan hidup saya. Selama ini, saya memang sukakan puisi. "Sebagai penyanyi, saya kerap menulis lagu sendiri. Cuma apa yang berbeza, kali ini, saya lebih mendalaminya sebagai antara cara untuk meluahkan emosi dan diri," katanya. Daiyan yang menceburi bidang penulisan lagu sejak berusia 14 tahun mengaku berdepan cabaran untuk menyiapkan karya sulungnya itu. Namun, Daiyan mengakui insan sekeliling dan emosi menjadi ilham.
"Antara cabaran untuk menyiapkan karya ini adalah saya perlu berdepan dengan kejujuran sendiri. Ini adalah kompilasi puisi dari 2018, tetapi, saya mula kumpul dan susun sejak tahun lalu. "Insya-Allah saya akan terus menulis dan mengeluarkan lebih banyak karya selepas ini," katanya yang menjadikan penulis terkenal seperti Rumi dan Rupi Kaur sebagai inspirasi. Ditanya mengenai pemilihan judul buku, penyanyi lagu Penat itu menjelaskan, ia adalah idea yang muncul secara spontan di benak fikirannya. "Saya tak pasti, ia datang secara tiba-tiba," katanya ringkas. Sumber: BH Online |
kuhidu, wangi perempuan, ada bau luka
azimodin replied at 29-8-2023 04:58 PM
Jangan jadi macam natasha hudson sudah
apedehal replied at 29-8-2023 05:07 PM
Knp dgn natasya hudson chuols?
ADVERTISEMENT