Isteri pertama Rahim Sepahtu iaitu Norazlin berkongsi pengalamannya hidup bermadu. Menerusi TikTok Sinar FM, Norazlin atau mesra dengan sapaan Kolin mendedahkan dia telah mengurung dirinya selama dua minggu di dalam bilik selepas suaminya memaklumkan bakal bernikah sekali lagi.
“Saya percaya semua wanita akan berasa sedih bila tahu suami mahu kahwin dua. Mustahil kalau saya kata tidak sedih. Berapa lama masa untuk move on itu bergantung kepada individu. “Macam saya hanya mengambil masa dua minggu sahaja. Sebabnya, Rahim memainkan peranan dia sebagai suami dengan baik. Saya rasa tidak dibuang pun. “Sepanjang dua minggu itu saya duduk dalam bilik. Saya tak keluar rumah, tak pergi mana-mana. Kemudian bila diri saya dah rasa okey. Saya keluar bilik. Terus saya move on dan lupakan perasaan sedih itu,” katanya.
Hanya memilkirkan anak-anak, Kolin berkata dia pegang dengan pesanan ibunya yang menjadi sumber kekuatan ketika itu. “Sumber kekuatan itu mungkin datang daripada ibu saya. Dia pernah pesan dekat saya mengatakan yang setiap orang ada bahagian mereka masing-masing. Mungkin inilah bahagian saya (hidup bermadu). “Waktu berlaku itu saya sayang suami, tak akan saya nak lepaskan dia. Kami sudah ada keluarga, ada anak-anak. Semua sudut diambik kira dan difikirkan,” ujarnya. Rahim atau nama sebenarnva Rahim Mat Ali, 49, mempunyai dua orang isteri iaitu Norazlin Abdullah, 43, dan Lily Khay berasal dari Simpang Renggam, Johor. Pelawak itu dikatakan berkahwin dengan isteri keduanya pada tahun 2015 atas persetujuan isteri pertama dan mendedahkan perkara itu kepada umum setahun kemudian. Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Rahim dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal. -CARI Sumber: Gempak
|
Shayang replied at 29-8-2023 12:45 PM
Dia ni penah komen kat ig ps sblm2 ni masa tu ps blm bercerai tp baru kecoh sol kawen ngn ira ala2 n ...
ADVERTISEMENT