CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Video Panas Zarul Imran Tersebar Lagi

29-8-2023 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8889| Komen: 37

Video panas membabitkan Zarul Imran pernah tersebar satu masa lalu, kini tular sekali lagi di media sosial.

Kata pelakon yang sedang meningkat naik ini, dia sudah menjangkakan video tersebut akan sekali lagi ‘dimainkan’ pihak tertentu ketika saat drama lakonannya, Budak Hostel Otaknya Sewel ditayangkan dan popular ketika ini.


Foto:IG

“Isu ini sudah lama timbul, sejak saya menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) lagi. Ia sudah heboh dan ditularkan di media sosial.

“Biasalah, ada yang nak berkawan dan ada juga yang memusuhi kita. 

“Cuma saya terkilan fitnah itu dulu berlaku ketika saya belajar di UiTM sehingga membuatkan saya berhenti pengajian kerana tertekan dengan pandangan serong orang ketika itu,” katanya kepada Utusan.



Zarul memaklumkan dia pernah berdepan fasa yang menekan, sebelum kembali bangkit mengumpul semangat tanpa menghiraukan persepsi negatif orang terhadapnya.

“Biar orang fitnah saya. Saya buktikan saya boleh berjaya meskipun saya tak berpeluang tamatkan pengajian di UiTM.


“Saya masuk bidang lakonan, bermula kosong. Saya terus berbuat baik dan berjuang untuk hidup setiap hari.

“Hanya Tuhan sahaja tahu betapa saya sukar saya kumpul semangat yang sebelum ini, hilang.

“Sekarang pun masih ada orang yang menakut-nakutkan, kata saya tak akan berjaya jadi pelakon gara-gara video ‘panas’ tersebut.

“Saya tak takut dengan ugutan sebab saya berdepan fitnah yang dahsyat. Saya persetankan kata-kata orang dan terus berjuang. Alhamdulillah, Allah buka rezeki untuk saya dengan hadirkan tawaran-tawaran lakonan termasuk membintangi drama Budak Hostel Otaknya Sewel,” katanya lagi.



Zarul tidak menolak kemungkinan timbulnya semula kontroversi video sensasi itu didalangi pihak-pihak berniat jahat yang tidak senang melihat kemajuannya dalam bidang seni.

Bagaimanapun, pelakon muda ini sudah bersedia mental dan fizikal dalam berdepan apa sahaja kemungkinan, termasuk cubaan untuk menjatuhkannya.

“Saya fikir semasak-masanya dan memang sudah awal menjangkakan video itu akan dihebohkan dan disebarkan semula, lebih-lebih ketika drama lakonan saya, Budak Hostel Otaknya Sewel ditayangkan di Astro ketika ini.

“Tapi saya juga sudah lama bersedia untuk menghadapi segala kontroversi yang melanda. Dengan sokongan keluarga, saya tahu saya bersedia berdepan apa sahaja kemungkinan,” jelasnya.


Fitnah yang melanda pelakon yang kini menetap di Kuala Lumpur ini bukan sahaja menjejaskan imejnya, malah nama baik keluarganya.

Namun Zarul bersyukur kerana dalam berdepan fasa paling mencabar dalam hidupnya, Tuhan kirimkan keluarga sebagai sumber kekuatan.

“Saya terharu, sebab keluarga, lebih-lebih lagi ibu saya sentiasa beri saya kekuatan agar saya tidak patah semangat.



“Bila video itu tersebar, keluarga saya juga antara yang paling terkesan. Tetapi mereka jugalah yang paling kuat memberi sokongan di belakang saya.

“Ibu dan ayah ingatkan saya bahawa ini lumrah hidup. Ada orang yang akan cuba menjatuhkan dengan apa cara sekalipun apabila melihat orang lain berjaya,” ujarnya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 29-8-2023 11:26 AM
Link bagi tujuan research
Quote ezacbee 29-8-2023 11:26 AM
Panjag tul hidung ko dikkk..

Stok2 jambu ni mesti abam2 berebut bukan awek2..

Quote bottompro 29-8-2023 11:31 AM
Heols ni closeted juga ke?
Hahahahah
Quote lea_kdo 29-8-2023 11:37 AM
sape ni..? x kenal
Quote I.K.A888990 29-8-2023 11:38 AM
sapa je kau ni dik
adik dafi ke hapa
Quote taji2906 29-8-2023 11:40 AM
macam rupa zain maidin je dia ni
Quote Mary_jane 29-8-2023 11:43 AM
Meski muka kadang macam baru bangun tido, nak lah tanya juga tak proceed saman ke kat perpetrator itu?
Quote prettyuglybabe 29-8-2023 12:00 PM
entah-entah kau sendiri sebar demi nak up nama..
Quote meowww05 29-8-2023 12:02 PM
Mcm MR bean dah muka tu.
Quote hareeeesah 29-8-2023 12:04 PM
Korg yg bljr masuk U ssh-ssh je, jd je pelakon dh kira berjaya abis dh kata dia hahhah. Dh la muka hadik-hadik.. anyway dia x deny ek so btul la?
Quote jihyomelly 29-8-2023 12:05 PM
ingat jen laki cik ta
Quote manehnya 29-8-2023 12:13 PM
errr, who are you dia ni? anak sapa ni, mcam gayah je

video panas tgh main api ka
Quote Selubung 29-8-2023 12:18 PM
Vid panas apa tu
Quote mrseller 29-8-2023 12:46 PM
Latok boy iman versi remaja
Quote Ferr_Remy 29-8-2023 01:00 PM
Mcm kiut je. Kena tgk video dlu baru leh decide
Quote Ferr_Remy 29-8-2023 01:04 PM
bottompro replied at 29-8-2023 11:31 AM
Heols ni closeted juga ke?
Hahahahah

Iols da tgk da video. Sng je nak cari. Rasa mmg gay kot sbb dlm video tu, heols jilat muscle lengan die dgn main nipple die hahaha.
Quote bottompro 29-8-2023 01:22 PM
Ferr_Remy replied at 29-8-2023 01:04 PM
Iols da tgk da video. Sng je nak cari. Rasa mmg gay kot sbb dlm video tu, heols jilat muscle lenga ...

Mohon links. Meols nk identify heols botem ke top. Agicuu
Quote Ferr_Remy 29-8-2023 01:49 PM
bottompro replied at 29-8-2023 01:22 PM
Mohon links. Meols nk identify heols botem ke top. Agicuu

Mcm bot. Uols google je name die pastu letak perkataan vogel kat situ
Quote fadz84 29-8-2023 01:58 PM
Ferr_Remy replied at 29-8-2023 01:49 PM
Mcm bot. Uols google je name die pastu letak perkataan vogel kat situ

Hahaha… ramai plk mintak tgk utk tujuan research ye… hehehe

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.063794 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top