CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hanya Ambil Job Lakonan Setahun Sekali, Diana Danielle Nak Fokus Jadi Penyanyi

29-8-2023 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4107| Komen: 20

Diana Danielle, 32, mahu menjadi lebih serius dalam bidang seni suara.

Katanya baik menyanyi atau berlakon, ia adalah terapi terbaik untuk meluahkan segala isi hati yang terpendam dan terbuku selama ini. 


Foto: IG

Transisi daripada seorang pelakon kepada penyanyi bukan bermaksud Diana mahu meninggalkan karier lakonan, sebaliknya dia hanya akan memilih naskhah yang benar-benar berkualiti. 

“Kalau perasan saya hanya berlakon setahun sekali sahaja, sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya dalam transisi menjadi penyanyi, kalau ambil tawaran berlakon ia akan mengganggu perancangan jadi penyanyi.



“Dari kecil memang saya suka menyanyi depan orang lain. Pernah buat girl group dan buat persembahan di depan rakan-rakan ibu. Dulu, saya juga selalu menyanyi dalam bilik sampai pukul 4 pagi. 

“Menyanyi adalah perkara yang saya teringin buat sejak dahulu lagi. Sebab itu, saya terus ambil peluang ini dan mulakan benda baharu. Jadi perlu fokus 100 peratus,” katanya kepada Utusan.



Percaya tiada jalan pintas, Diana berkata, dia sedia menempuh segala ujian, cabaran dan rintangan untuk bergelar penyanyi yang berjaya dan berkaliber. 

Untuk itu, dia perlu menggalas tugas berat bagi mengubah persepsi dan meyakinkan khalayak mengenai kemampuan sebenar dirinya.       
“Kita tak feeling (perasan bagus). Saya ada pergi kelas vokal dan belajar dengan beberapa guru termasuk cikgu Sarah Ismail.    
 “Apa yang penting saya akan terus berjuang dan tidak berputus asa. Sebelum ini, banyak kali cuba jadi penyanyi, mungkin ini adalah masanya,” kongsinya. 

Disoal menguruskan perasaan gementar dan gugup apabila diperhatikan ramai di atas pentas kelak, pelakon Imaginur ini menyedari ia adalah satu proses serta perjalanan yang panjang untuk ditempuhi.  



“Sama seperti berlakon juga. Kalau di set penggambaran, orang ramai tak nampak apa yang saya lalui. 

“Kadang-kadang dialog ringkas pun terpaksa banyak kali ulang sampai kena marah dengan pengarah. Orang label saya ‘kayu’, berlakon harapkan muka sahaja, semuanya saya sudah pernah lalui. 

“Sama juga seperti menyanyi, ia adalah proses dan mungkin satu hari nanti perasaan gementar itu akan hilang apabila membuat persembahan di pentas. Perlahan-lahan ia adalah proses mematangkan diri sendiri,” katanya. 

Menyedari perubahan zaman digital, Diana berkata, semuanya sudah bergantung pada platform media sosial dan penstriman sekali gus memudahkan sesebuah lagu itu sampai kepada pendengar. 


Namun begitu, kata Diana, dia tidak menolak peluang untuk menghasilkan album sendiri sekali gus menjadi signature buat dirinya dalam bidang seni. 

“Mungkin tahun depan saya boleh keluarkan album tetapi perlu hasilkan beberapa single lain terlebih dahulu. 

“Ikutkan saya sudah ada beberapa lagu dalam bahasa Melayu, Inggeris dan masih rekod beberapa lagu lain. Jadi, belum nampak genre atau bentuk album itu lagi,” katanya. 

Diana melancarkan single baharu berjudul Bersama Dengan Rindu yang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ezra Kong di bawah terbitan syarikat rakaman, Universal Music Malaysia. 



Kongsinya, proses rakaman lagu juga berjalan lancar kerana hanya mengambil masa selama dua jam sahaja, manakala proses video muzik memakan masa sehari sahaja walaupun terpaksa melakukan rakaman semula.  

 “Lagu ini tiada sebarang kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Ia juga adalah lagu Bahasa Melayu pertama yang saya keluarkan disebabkan suka dengan melodi dan liriknya. 

“Ikutkan lagu ini sudah dirakam sejak tahun lalu, tetapi tak boleh keluarkan lagi sebab perlu jaga sensitiviti ketika itu (kes cerai). 


“Masa itu saya sedang melalui isu peribadi. Kalau ikutkan mungkin boleh meletup kalau keluarkan lagu masa itu, tetapi tidak sesuai,” katanya selepas lapan tahun tidak melancarkan sebarang lagu baharu.  

Single berkonsepkan ‘patah hati’ itu menceritakan mengenai cinta yang semakin lama semakin jauh dan renggang. Ia juga menggambarkan perasaan perit apabila kehilangan orang yang dicintai serta harapan yang masih tersisa.  -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 29-8-2023 11:17 AM
Sebelum ni aku x pernah rasa dia lawa...lawa lagi artis lain..tp bila dia kecikkan hidung...mmg cantik..lagi lawa
Quote prince_marhaen 29-8-2023 11:22 AM
kelopak hidung dia dah operate atau tambah batang hidung tu? baru nampak muka kokesyen ye.. kalau tak muka acik pprt kerja jusco ye kalau muka penat tu..
Quote pembacagosip 29-8-2023 11:30 AM
tapi suara dia sedap je jd penyanyi
nanti mcm umie aida
Quote bottompro 29-8-2023 11:32 AM
Takpayah la dek non. Suara ko mcm karaoke singer je..takda x factor. Setakat muka kacuk je pon
Quote 3chanceno 29-8-2023 11:59 AM
Sedap ke sora dia? Tak tahu pulak boleh nyanyi
Quote miss_perfect 29-8-2023 12:04 PM
Sedap ke suara dia bila menyanyi? Yang dalam "Kami Histeria" tu memang dia yang nyanyi ke?
Quote bankerpencen 29-8-2023 05:38 PM
Siapa la yang tipu dia ni. Suara dia tak sedap mana pun… tapi bila fikir ramai je penyanyi suara hauk macam nuha b, anak pak jebat, nab kucil… at least sedap mata memandang si DD ni
Quote stingerbumpy 29-8-2023 05:40 PM
DD you make pazzpizzpuzz looks very very old....

Quote stingerbumpy 29-8-2023 05:41 PM
bankerpencen replied at 29-8-2023 05:38 PM
Siapa la yang tipu dia ni. Suara dia tak sedap mana pun… tapi bila fikir ramai je penyanyi suara ha ...

Persis patah al kejong....nasib baik raut level "can make it ler dari takda" sedangkheun sore tahap tertelan batu....

Quote stingerbumpy 29-8-2023 05:42 PM
3chanceno replied at 29-8-2023 11:59 AM
Sedap ke sora dia? Tak tahu pulak boleh nyanyi

Lebih baik sikit dari patah al kejong...thats for sure
Quote stingerbumpy 29-8-2023 05:48 PM
pembacagosip replied at 29-8-2023 11:30 AM
tapi suara dia sedap je jd penyanyi
nanti mcm umie aida

[youtube]TEqMsi4BZGM?si=vKZKKP7ZU8H7kLYT[/youtube]

Pastinyer lebih baik dari pazzpizzpuzz, minik si patah al kejong, sore tertelan batu
Quote Manusiabesa 29-8-2023 06:00 PM
Ya rabbi... pnynyi yg dh ada pun bingit telinga dengar sumbang tu tahap mcm aku nk lari keluar negara...ini nk tambah lg.. suara pun xmerdu.. kau jgn weh.. ctdk penynyi terulung tu pun skrg suara dh xda wow..ni kau kompiden nk jd singer.. kompiden beli kt mana.. shopi jual murah2 ke...
Quote Tunan 29-8-2023 06:10 PM
Suara x sedappp
Quote prizadane 29-8-2023 06:22 PM
miss_perfect replied at 29-8-2023 12:04 PM
Sedap ke suara dia bila menyanyi? Yang dalam "Kami Histeria" tu memang dia yang nyanyi ke?

Yes. She yang nyanyi. Biasa biasa je la suara dia. Rasa macam tak boleh nak nyanyi lagu hi note. Kalau lagu yang soothing ala Yuna, maybe sesuai
Quote noor2 29-8-2023 06:39 PM
Suara x sedap...x payahla jd penyanyi...
Quote miss_perfect 29-8-2023 09:07 PM
prizadane replied at 29-8-2023 06:22 PM
Yes. She yang nyanyi. Biasa biasa je la suara dia. Rasa macam tak boleh nak nyanyi lagu hi note. K ...

Oooh... Tapi memang biasa2 je la suara dia. Tak rasa wow dan nak ulang dengar lagu-lagu dlm filem tu banyak kali pun.
Quote scrocth 29-8-2023 09:12 PM
Lagu yg xsedap ke or suara DD yg xsedap? Tp bak kata ahmad nawab, artis kalau suara sedap mcm mana pun tp kalau dpt lagu xsedap, ke laut jgk projek tu. N aku rs mcm nk percaya sbb kak nab vokal hauk pun boleh meletop dgn lagu peluang kedua. N liyana jasmay yg suara mcm mesin tebu dulu pun pnh meletop dgn single2 balada mcm cinta bersatu dan aku jatuh cinta. Kesimpulannya kena cari lagu yg betul2 ada roh baru boleh pg jauh
Quote gucci_advocate 29-8-2023 09:13 PM
Aku pergi website airspace - rempit betul baju-baju kat kedai airspace tu

Bila DD pakai nampak classy pulak.
Quote Realpeople17 29-8-2023 09:16 PM
DD ni haritu lagu raya dia hauk sungguh. Trgamak dia nyanyi lagu tu. Tak seroper lagu raya lngsung. Entah hape2 lagunya.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.120263 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top