CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Innalillah... Heliza Helmi Cemas Bangun Tidur, Bilik Hotel Bergegar

29-8-2023 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1977| Komen: 4

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Datin Sri Heliza Helmi cemas apabila merasai gegaran di dalam bilik hotel tempat dia menginap ketika terjaga dari tidur.

Gegaran itu dirasai susulan gempa bumi di Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan, Indonesia pada pagi Selasa.



IG

Heliza atau Nur Heliza Helmi, 37, berkata, dia tiba-tiba terjaga dari lena sebab penginapannya bergoyang kuat.

"Mula-mula saya blur tak tahu apa yang berlaku tapi hotel bergoyang ke kiri dan kanan. Gegaran agak lama sampai pintu berbunyi," katanya.

Heliza berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Selasa.



Bagaimanapn tidak dapat dipastikan lokasi Heliza dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman berada.

Dalam pada itu, Heliza berkata, dia ada menghubungi pihak hotel untuk pengesahan tentang bencana itu sebelum mendapatkan maklumat lanjut menerusi carian di internet.

"Perkara pertama saya capai adalah jubah untuk tutup aurat dengan sempurna sebab tak tahu apa yang berlaku.

"Hubungi pihak hotel dan bertanya mereka kata ada gempa bumi. Selepas beberapa minit buat carian di internet sahih ada gempa bumi," katanya.

Heliza juga turut memohon doa orang ramai agar dia dan suami berada dalam keadaan selamat.



Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan gempa bumi berskala 7.4 magnitud berlaku sekitar pukul 2.55 pagi waktu tempatan.

Gempa tersebut turut dirasai di sekitar kawasan Kuta dan Denpasar di Bali serta Lombok.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 29-8-2023 10:04 AM
laaa...tak terkambus sekali dengan alam semesta??? sheols kan terpaling alam kemanusiaan.... belakang2 je minta duit sponsor & share program anak yatim & gelandangan malaysia takpe takpe....janji terpaling kemanusiaan dekat luar negara gitteww.... siap bagitau benda pertama sauk jubah dulu..giteww tetap feeling good good gitteww.. puihhh!!
Quote likilu 29-8-2023 05:18 PM
Sure ke bukan penguatkuasa nak tangkap suami baru
Quote smeetasmitten 29-8-2023 05:22 PM
Kalau kita terkorban mati shahid kesah ke kalau tak tutup aurat dgn sempurna? I tanya serious tak tau
Quote alieyrina 29-8-2023 05:26 PM
Pagi ni ada gempa ka..elokla buat peringatan kat kau n laki kau tu. Mcm2 cerita dok ada

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.048195 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top