Sedang menantikan kelahiran cahaya mata, pelakon Nad Zainal mendedahkan kebijaksanaan pelakon, Ungku Ismail adalah salah satu kriteria suami idamannya. Memetik laporan Gempak, kata Nad, dia mengimpikan seorang lelaki yang lebih bijak darinya untuk mengemudi keluarga.
"Saya suka individu yang bijak, pandai bawa diri, seorang lelaki pandai agama dan menjaga solat... dia kena bijak, serba-serbi bijak. Kalau nak bandingkan saya yang bijak ini, dia kena lebih bijak. "Saya dah bijak dah, dia kena lagi bijak daripada saya. Untuk jumpa lelaki yang lebih bijak daripada saya, susah. Untuk saya hormat seseorang itu, menjadi ketua keluarga itu, susah nak dapat ciri-ciri lelaki itu. "Selalunya, ramai perempuan sekarang ini yang ambil alih tugas lelaki, mendominasi keluarga. Saya seorang wanita tradisional, jadi saya suka yang dominan, ada leadership," katanya.
|
she replied at 29-8-2023 05:38 AM
Busuknya statement ekau Nad
Bawak2 lah mengucap sikit
ADVERTISEMENT