Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menegaskan tujuannya berkongsi aktiviti sihat bukanlah niat untuk menunjuk-nunjuk. Pemilik nama sebenar, Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata ia adalah sebagai salah satu cara untuk kekal sihat dan bertenaga walau usia hampir mencecah 40 tahun. “Saya buat badan ni bukan nak sado atau nak tunjuk hebat. “Tapi saya buat badan ni sebab bila umur dah nak meningkat 40 tahun, saya rasa sudah semakin tua dengan rambut pun dah beruban. “Saya amalkan bersenam cara sihat... saya masih muda, kaya, tak nak mati cepat,” katanya.
|
ADVERTISEMENT